Al-Hamra Integrated School (AHIS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini saya telah melawat sebuah sekolah antarabangsa yang diberikan nama Al-Hamra Integrated School (AHIS). Sekolah ini bolehlah difahami secara mudahnya sebagai Islamic international school di mana ia menekankan keseimbangan ilmu akademik dan agama demi generasi yang akan datang. Sangat menarik untuk pilihan alternatif kepada ibu- bapa yang sedang tercari-cari sekolah yang menerapkan pendidikan sebegini.


Kredit : carian google

Al-Hamra Integrated School (AHIS) AHIS menawarkan sukatan pelajaran Antarabangsa dan Kebangsaan, menyemai nilai-nilai Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek pendidikan. Visi sekolah ini adalah untuk menjadi institusi pendidikan Islam contoh yang melahirkan pemimpin masa depan yang memberi inspirasi. Demi mencapai matlamat ini, pihak sekolah berusaha menyemai budaya Khairu Ummah (budaya kecemerlangan) yang menumpukan kepada kecemerlangan pendidikan dan pembangunan sahsiah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Sangat menarik kerana konsep pendidikan bersepadu seperti ini membawa imej sekolah agama juga adalah tempat di mana pembelajarannya adalah berdaya saing, seimbang dan bertaraf internasional.



Sedikit info Al-Hamra Integrated School (AHIS)

Lokasi :-
Encorp Strand Garden Office
Blok A, A-GF
No. 12 Jalan PJU 5/1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Tel : 03-26308010

Tahun mula beroperasi :
 2019

Dimiliki oleh :
Awqaf Holdings Berhad 


Terdapat 3 peringkat pembelajaran :-
pra-sekolah
Sekolah rendah
Sekolah menengah 

Waktu pembelajaran :-
8 pagi hingga 4 petang
(Buat masa ini pelajar boleh memilih samada hadir ke kelas atau belajar secara online norma baru)

Al-hamra menggunakan gabungan silibus pendidikan Cambridge Assessment International Education (CAIE), silibus pendidikan kebangsaan, Quranic Generation Development Program (QGDP), dan berkonsepkan Integrated Holistic Education System (IHES) 

Al-Hamra menilai prestasi pelajar mengikut kemampuan individu tersebut - setiap pelajar akan diberi ujian penilaian bertujuan untuk mengenalpasti  tahap kemampuan pelajar tersebut.

Aktiviti ko-kurikullum yg ditawarkan :-

> Aktiviti berkonsepkan sunnah seperti berenang (tahun 1-3), memanah dan seni pertahanan diri (silat)

> Aktiviti ko-kurikullum berasaskan STEAM : Sains, teknologi, engineering, arts & mathematics seperti kelas memasak, robotik, pengaturcaraan (coding) dan pelbagai lagi.

Al-Hamra menawarkan fasiliti bertaraf antarabangsa seperti makmal sains, makmal IT, pusat sumber dan pelbagai lagi

Sehingga hari ini, Al-Hamra mempunyai  145 pelajar dengan sasaran 300 pelajar berdaftar untuk tahun 2022.

Suasana belajar yang selesa & mengikut norma baru
> jumlah pelajar di setiap kelas dihadkan
> makanan dihantar ke setiap kelas bagi mengurangkan pergerakan pelajar
> ruang wudhuk di setiap tingkat

Yuran pengajian di Al-Hamra lebih kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarbangsa yang lain, dengan kadar diantara RM900 hingga RM1900 sebulan mengikut peringkat pendidikan.

Laman web :
Https://alhamra.edu.my
IG : 
alhamrainternational
FB : 
alhamrainternational
Email :
enquiries@alhamra.my

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Al-Hamra ini adalah lengkap dimana terdapat surau, pusat sumber,
makmal sains, makmal komputer, kelas-kelas berupa mini auditorium, kantin dan lain-lain di mana semuanya tersusun rapi dan dihias dengan cantik. Saya pun tidak menyangka di sebalik bangunan pejabat, terdapat sekolah yang menyediakan kelengkapan sempurna untuk pembelajaran. Malah setiap tingkat warna cat adalah berlainan dan menggunakan warna-warna ceria. Mesti anak-anak berasa seronok hendak belajar. Ini sangat terbukti melihat keceriaan wajah-wajah mereka. 






Dewan makan dengan hiasan dalaman yang menarik. Boleh sambung lihat gambar-gambar aktiviti sekolah ini di laman-laman media sosial sekolah ini

Promosi terkini untuk lebih penjimatan jika ada adik-beradik yang bersekolah di Al-Hamra.


School preparation expenditure can be a mess, especially if we have a lot of school-going children.
.
Al-Hamra understands your situation.
.
For the 2022 school session, we are offering a Siblings Discount of up to 100% on your children’s tuition fees.
.
Call/WhatApp us now to find out more about this great offer.
.
========================
.
Al-Hamra is open for admission. Join us now!
.
AL-HAMRA INTEGRATED SCHOOL
Early Years  |  Primary  |  Secondary
.
A Corporate Waqf Project by Awqaf Holdings Berhad
.
Like and follow us on
>> Facebook - facebook.com/alhamrainternational/
>> Instagram - instagram.com/alhamrainternational/


Keseluruhannya, Al-Hamra Integrated School (AHIS) sangat baik untuk pendidikan yang seimbang dan memudahkan ibu bapa kerana turut menyediakan aktiviti ko-kurikulum yang turut berorientasikan sunnah sambil mewujudkan platform yang menyeronokkan seperti berenang, memanah, silat dan lain-lain. Ianya menarik untuk para pelajar meningkatkan kemahiran dan daya saing berdasarkan keutamaan mereka.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

www.alhamra.edu.my
 enquiries@alhamra.my
 +603-2630 8010
 www.wasap.my/60123145924


 

0 Comments