Bufet Ramadan di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Ramadan yang bakal tiba pasti ada yang ingin membuat perancangan untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga atau sahabat kesayangan. Kali ini saya nak kongsi salah sebuah destinasi berbuka puasa secara bufet yang sangat menarik untuk Ramadan tahun ini iaitu di Sofitel Kuala Lumpur Damansara. Bertemakan  Destinasi Rasa Serantau, ia di adakan di dua buah tempat iaitu Kwee Zeen dan Wau Bulan Ballroom
Alamat : 

No 6, Jalan Damanlela,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia.



Harga adalah seperti berikut :
3April 2022 - 10 April 2022 --->  RM128 (Dewasa) RM 64 (Kanak-kanak)
11 April 2022 dan 24 April 2022 ----> RM178 (Dewasa) RM 89 (Kanak-kanak)

Early bird promo:
Diskaun 20 % bagi tempahan sebelum April 2022

Tempahan:
0327206608

Email:
HA123-fb4 sofitel.com
Banyak sangat pilihan di bufet ramadan Destinasi Rasa Serantau in. Memang terbaik dan padu habis! 7 menu utama dari pelbagai negeri seperti Itik Salai Lemak dari Negeri Sembilan, Rendang Tok Batu Kikir dari Perak, Manuk Pansuh dari Sabah, Udang Galah Masak Diraja dari Pahang, Asam Pedas Ekor Lembu dari Melaka, Otak-otak Lobster dari Johor dan Kambing Bakar dari Selangor wajib dicuba. Rugi tau kalau tak makan juadah autentik ni.
Sudahlah signature dish yang 7 tu dah hebat ditambah juadah-juadah lain semuanya tidak kalah lazatnya hinggakan air batu campur yang biasa pun sangat sedap. Wah...masih terbayang lagi keenakan isi kelapa laut di dalam air batu campur. Serius mengasyikkan. Memang bufet Ramadan Destinasi Rasa Serantau ini  menjadi pilihan tepat untuk anda.
Penggemar seafood pula jangan susah hati. Terlalu banyak pilihan di sini dan kesemuanya bergred A+. Super segar nak bagitahu. Sushi pun banyak pilihan. Hah, apa lagi peminat sushi. Jom buat tempahan.
Pemanis mulut atau dessert yang disediakan sangat memuaskan hati. Selain pelbagai kuih muih, pastri, kek dan puding, kuih raya yang comel dan cantik pun turut tersedia. Pilih jangan tak pilih.

#7 juadah utama

#seksyen menu dari negara Arab dan India pun ada. Ini yang rasa nak pergi lagi ni. 
#Udang Galah Masak Diraja ni wajib dicuba.
#seksyen makanan laut yang semuanya sangat segar.
#sushi selection

Pendek kata, saya sendiri rasa nak pergi lagi di bulan Ramadan nanti. Hahaha... Best sangat kalau dapat berbuka puasa di sini bersama kesayangan kerana menunya hebat-hebat belaka dan sambil makan kita dapat menikmati persembahan gamelan asli dari Kumpulan Gita Gangsa. Makanya jika anda berhajat untuk menikmati bufet Ramadan di Kwee Zeen dan Wau Bulan Ballroom  Sofitel Kuala Lumpur Damansara yang bertemakan Destinasi Rasa Serantau ini, cepat-cepatlah membuat tempahan untuk lebih penjimatan. Perkara baik kenalah kongsi, ye tak? 

0 Comments