Sunday, 20 March 2011

PerJaLaNaN ke CaMeRoN HighLanD

Cuti sekolah datang lagi. Yeayy!! Aku yg seronok, ok! Bukan Amsyar & cousin2 dia jer. Melampau betul...ekeke. Aku memang kaki meronda pun. Tengok kat tapak kaki ler beb...punya besor taik lalat tu..ngeeee. 

Anyway...kitorang (my siblings & me) decide cuti sekolah Mac nie pegi Cameron Highland. Hajat nak pegi sabtu ahad jer. Tapi mana boleh...depa kat Kedah nun sekolah hari Ahad. So, we all kena tunggu cuti sekolah ler. Ramai2 dapat bercuti bersama2 lagi best. Walau pun tau cuti sekolah memang jam teruk kat Berinchang tu ha. Takper, kita bagi geng Kedah yg tak kena jam tu merasa pulak. Kita yg dok kat Lembah Klang nie dah lali dah....ekeke..

Posing jgn la buat muka boring Adik yer..

Kami bergerak dari rumah kira awal jugak la dlm kol 8pg gitu. Singgah bekfes kat Mc Donald Highway NKVE. Hujan lebat time tu. Risau gak kot2 naik bukit bukau tu hujan. Nasib baik elok jer masuk exit Tapah dah tak hujan.


Cuaca elok jer sepanjang naik bukit bukau tu. Sempat singgah Lata Iskandar dan ambik2 gambo. Selama nie tiap kali pegi Cameron Highland x pernah singgah pon. Hari tu singgah sbb nak elak budak2 nie pening. Kang uwek2 dlm kete kang, aku jugak yg susah. Masa nie Amsyar kata dia tak pening tiap kali ditanya.Tengok la posing. Lentok sana sini bagai. Ceewaaahhh...ye la tu. Pastuh...


Ha...ini ler muka orang yg kata tak akan pening tadi tu. Hahaha...asik merengek cakap pening jer...so kitorang stop lagi. Kali nie kat Cameron Valley pulak. Yg Bharat Tea tu. Amsyar takde mood dah nak bergambo. So, aku snap la apa yg patut kat situ.


Amik gambo di dalam kehijauan pokok teh & pokok2 yg cantek. I like..hehe.


Tersnap pulak gambo Qisya tgh tarik rambut abangnya. Yg Amsyar pon pasrah jer. Jgn marah yer bangg...adik nak tolong legakan pening abg jer...hahaha...

Air mineral perisa strawberi. Ok gak rasanya.

Dalam kol 1 tgh hari gitu, adik2 aku dah call ckp diorang dah sampai kat Berinchang.(Diorg ikut jalan Simpang Pulai). So, cancel jumpa kat Tanah Rata suh diorg pegi Strawberry Park terus sbb bilik dah siap takyah tunggu check in kol 3 ptg. Waaahhhh......sgt hepiiii....nak jumpa Mak!! Rindu sangat2...

Lobby Strawberry Park. Dulu2, ini adalah banglo milik Jim Thompson yg dikatakan hilang dlm hutan. Boleh baca kat buku2 yg ada kat lobi tu.


Check-in di Strawberry Park.

Qisya amik kesempatan golek2 dulu atas katil. Suke beno dia...ekeke..

Rombongan cik kiah dah sampai di Strawberry Park..hehe

Akhirnya menjadi jugak plan kitorang nak bercuti ramai2 ke Cameron Highland. Lama woo aku dok rancang percutian nie. Tahun lepas tak menjadi sbb yg jadi cik kiahnye peknen dan kena alahan teruk pulak tu. Dah asik kuar masuk wad tak dapek la nak pi jenjalan. Tu yg kali nie dpt join pegi aku sgt hepi kalah kot Amsyar tu rasanya ...hahaha..

2 comments: