Tuesday, 5 July 2011

TemPaT JaTuH Lagi DiKenanG

Tiap kali saya balik kampung, petang2 mesti pergi pekan Kuala Kangsar menikmati cendol simple paling sedap di dunia. Letak bahan asas je tapi rasa dia fullamaakkk.....teringat-ingat tau. Lepas tu lepak-lepak kejap tepi sungai ambil angin memandang ke arah kampung saya di seberang sungai Perak itu. Kampung Sayong Lembah yang indah menawan. ecece.....kampung sendiri mesti la puji lebih sikit. ekeke...Kalau tak, takkan la Mat Saleh sibuk sangat ambil gambar kampung saya nie sejak tahun 1800-an lagi. (kalau rasa jeles, sila tulis entri pasal kampung masing2...hahaha)


ini gambar terbaru yang saya snap semasa balik kampung Jun lalu. Rasa syahdu bila memandang pemandangan ini. Nostalgia sungguh.


Jambatan yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar dan kampung saya. Susah tau nak mintak jambatan nie kat kerajaan. Saya pun siap sign sekali untuk memohon pembinaan jambatan ini. Alhamdulillah akhirnya terbina juga jambatan yang memudahkan kami ini.


Jeti bot ke kampung saya. Sejak ada jambatan, bot bukan lagi pengangkutan utama di sini. Jeti nie, tempat ramai orang pencen lepak bila waktu petang. Apek2 kuale pun suka lepak kat sini.


budak kecik ini harus ada dalam entri ...ekeke...


Jeti tempat Allahyarham ayah saya mengikat sampannya yang merupakan pengangkutan utama ulang-alik ke pekan Kuale. T_T.  Al-Fatihah untuk Allahyarham Abd. Halim.


boleh layan blues kat sini.


nampak tak menara masjid tu? di situlah tempat saya mengaji & belajar yang merupakan Sekolah Agama Rakyat saya. Juga tempat saya dinikahkan..... (senyum simpul sat....ekeke)


Rasa agak sedih dengan pembinaan yang tidak perlu ini. Musnah keindahan pantai sungai yang berpasir dan berbatu tempat budak-budak kampung saya mandi-manda di sini. Kalau dulu, musim raya/cuti sekolah ramai yang balik kampung, ramai jugalah yang mandi di sini. Kini, itu semua tinggal memori. Sedih wooo....


saya rindukan pemandangan yang dulu. Pemandangan kampung tradisional yang indah tanpa pembangunan yang merosakkan keindahan semulajadi sungai. Kecewa tauu....sob sob...


pemandangan ke arah Rumah Rehat Kuala Kangsar. RM 150 per night. Luas dan selesa biliknya.


 *credit to sembangkuala.wordpress
Tempat yang sama pada tahun 1890-an. Entah kenapa rasa syahdu....huhu...



Posted by Picasa

10 comments:

  1. cantik..nmpk best.boleh slalu main air..

    ReplyDelete
  2. singgah2 la kat Kuala Kangsar. Nikmati cendol terbaik dan laksa Sayong yg sedap tu.... :)

    ReplyDelete
  3. wow... windu kat kuale... dulu sek kat sna... hehe

    ReplyDelete
  4. makan laksa kuala dkt lembah.. sedapnyeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. ismiladyjaja....sekolah idrisiah ye...kuncu kincit ramai jugak sekolah kat situ...

    heebum....terbaekkk...hehe

    ReplyDelete
  6. syok boleh blk kampung...

    cheq lani mmg dok kampung

    ReplyDelete
  7. adeh aku pon da rindu dengan kuala kangsar.. :D

    dah teringat akan 7e.. London.. Jet... wahahaha

    ReplyDelete
  8. cik zai...kampung kat mana ye?

    mejuez.....hahaha...nanti akan ditempek jugak gambo2 tu kat sini... :)

    ReplyDelete