Percutian di Gold Coast Morib Resort, Part 4

Mak aiihhh.....panjangnya cerita. ---->kot-kot dalam hati u olls. hahaha.....lantak.
saya nak cerita juga.

Gold Coast ni ada dua tau.
Satu yang saya dan family menginap ni namanya Gold Coast Morib Resort.
Yang lagi satu tu namanya Golden Palm Tree Resort - Sepang Gold Coast.
Jangan tersilap pulak macam saya.
Saya mula-mula ingat pun adik-adik booking Golden Palm Tree Resort ni.
Perasan betul, tak sedar yang kat situ tempat lepak orang banyak duit. ekeke...
Kat situ la juga tempat Lee Chong Wei ambil gambar kawen dia.


#google.

Tempat ni berhampiran dengan pantai Bagan Lalang.
Jaraknya dari Gold Coast Morib Resort tu lebih kurang 30 km atau hampir setengah jam memandu ke situ.
Di pantai Bagan Lalang ni la kami lepak-lepak cari makan malam tu.
Untuk mempercepatkan proses order, adik-adik yang lelaki gerak dulu ke sana untuk pilih-pilih seafood.
Kami pulak bergerak ke sana selepas solat Maghrib.
Kiranya sampai sana, makanan dah siap atas meja.
Macam tu la bajet kitorang.

Kami memilih makan di restoran ikan bakar yang sangat terkenal di Selangor ni.
Terlalu ramai dah blogger promosi tempat ni.
Makanya kini sampai pula giliran saya nak review restoran yang saya hanya dengar-dengar saja ceritanya sebelum ni.


#Restoran Senandung Malam Pantai Bagan Lalang.

Biasa dengar dah kan?
Kalau dengar orang cerita pasal ikan bakar pantai Bagan Lalang, inilah satu-satunya yang nampak hidup dan meriah giler.
Terpaksa bagitahu jugak meriah giler sebab terlalu ramai orang.
Sila sabar menanti kalau tak mahu naik gila. hahaha...


 #Semua lauk buat dua hidang. Air buah tembikai dan epal 4 jag.



 #Ada ketam, pepahat, ikan siakap, ikan pari, udang dan sotong. Sayur kailan datang lambat time nasi dah nak habis.



 #Look like macam tiada yang gembira dengan makanan di atas meja. hehe...



#Ada jualan mainan jugak kat sini. Sempatlah cucu-cucu pow Tok Bah diorang.


Bukan tak bersyukur sebab dapat makan seafood...TAPI untuk 12 orang makan, dibuat dua hidang, lauk serba serbi pedas termasuk sayur kailan dan rasa yang so so je.....harganya ialah RM350 ye.
Tersilap order kot.
Untuk nilai RM30 seorang, saya tak puas makan seafood.
Daripada 5 bintang, saya boleh bagi dua je.
Dua tu pun sebab makan dengan family, so happy la sikit. hehe...

Esoknya kami makan breakfast di Restoran Gold Coast Morib Resort.
Harga untuk dewasa ialah RM25 seorang dan kanak-kanak RM18 seorang.


#Breakfast di Gold Coast Morib Resort.

Terlalu ramai orang di pagi Ahad breakfast di sini.
Kebanyakan menu ala-ala masakan Cina.
Nasi lemak berlauk ayam kari, bubur nasi, yong tau fu, pau, dimsum dan mi/kuetiow sup.
Ala-ala western pun ada juga macam scrumble egg, hotdog, kacang panggang, roti bakar dan coco crunch bagai tu.
Pelbagai jenis air panas dan jus oren.
Buah-buahan pun ada.
Ok jugalah. 
Takdelah ngadap nasi lemak sambal tumis je tiap kali breakfast di resort.


bersambung....




7 Comments

  1. adehhh...!
    nur nur tekebil2 je tgk makanan2 tu....
    kalau bulan puasa ni..tergugat oooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong tau fu kat bomba Taiping tu jauh lebih sedap daripada makanan2 di dalam gambo2 di atas. (fuyoooo.....berterus terang giler. Pehni takde sape panggil buat review dah. kah kah kah....)
      Idak le kata tak sedap langsung. Perkataannya ialah so so sebab seafood Pokok Manggis, KAE, Teluk Tempoyak markah lebih tinggi.-----> tekak yang bagitahu. ngeeee.......

      Delete
    2. yong taufu kat bomba tu, ikut gerai gak kak..kalu de yg sedap.sedap..
      kalu salah xsedap...hihihi

      Delete
  2. w'salam....terima kasih.
    kalau rasa nice, rajin2lah singgah. hehe...

    ReplyDelete
  3. salam
    saya pun pernah terkena dekat senandung ni.sbb terpengaruh review dari blogger tryla jugak.servis lambat,mahal n kurang sedap.lg prefer mkn kat hm bagan.atas air +seaview lagi.angin sepoi2.kat senandung ni dahla ramai sgt then x betul2 tp pantai.masa nk order pun pekerja mcm layan x layan je.sorry terpanjang plak review saya.:)

    ReplyDelete
  4. as salam, tumpang lalu...just nk share, sy ada membership IVC golden palm tree..so if rase nk stay kat sini leh email or call sy abuburn888@gmail.com (0122208140)..rm350-400/nite.tq

    ReplyDelete