Opah Strawberries Farms, Cameron Highlands

Sejak membaca blog Azza yng bercerita pasal Opah Strawberry Farm, saya sangat teruja.
Maunya tak...makan pai,scone, muffin dan lain-lain yang disediakan panas-panas adalah sangat best, ok?
Tambah-tambah di tempat sejuk macam di Cameron Highlands.

Jadi, selepas kami singgah di Water Crest Valley, kami terus menuju Kampung Taman Sedia yang banyak menyediakan homestay.
kat sinilah terletaknya Opah Strawberries Farms tu.
Mula-mula sampai, tersangatlah ramai orang.
scone pun dah habis. kecewa saya.


#akhirnya sampai di sini.


#kaunter jualan. Strawberi pun ada dijual di sini.


#menikmati pai strawberi di bawah pohon anggur yang berbuah agak lebat.


#tak percaya? tu diaaa.....geram tengok buah anggur kat atas kepala  tu. Rasa nak petik-petik.


#Opah's products. Memang terbaik. 


#Amsyar nak berposing dengan strawberi.


#aiskrim saya. Apalagi, tambah strawberi la. Terliur la pulak....huhu..


#Pai strawberi yang tersedap pernah saya makan. Sedap melampau..

Ok. Itu cerita hari pertama.
Saya, encik hubby dan anak-anak sahaja yang ke sini sebab ahli rombongan lain belum sampai.
Hari kedua sebelum balik, saya ajak semua family ke sini.
Puncanya saya tak dapat makan scone! haha..
walaupun jem sangat teruk dan susah parking
datang ke sini adalah sangat mengujakan.
Hari pertama, pai ada scone takde.
Hari kedua pulak pai takde, scone pulak yang ada. 
Rezeki saya la sebab dapat makan semua. lalala..

#ramainya manusia di hari kedua.


#bersempit-sempit adik-adik ipar saya sebab tak cukup tempat.


#penat melilau mencari scone terbaik di Cameron Haighlands pada hari pertama, akhirnya berjumpa juga di Opah Strawberries Farms. Panas-panas pula tu. Memang terbaik. Alhamdulillah...

Semua product berasaskan strawberi terdapat di sini. Ais krim Malaysia strawberi pun ada, tau.
Tapi sold out juga masa kami sampai. 
Yang itu saya belum merasa lagi.
Tapi pai, muffin, scone dan ais krim sangat sedaplah.
Teringat-ingat lagi ni...hehe..

Antara jualan  di sini ialah:

1)ais krim strawberi
2)ais krim malaysia strawberi
3)madu lebah
4)scone +butter & jem
5)muffin strawberi
6)pai strawberi
7)dadih strawberi
8)jus strawberi
9)topping paste strawberi
10)jem strawberi
11)buah strawberi segar. (boleh juga memetik sendiri di sini)

Menarik tak?
Singgahlah di sini kalau ke Cameron Highlands.
Memang bestlah.




13 Comments

  1. fuhh..!! entry kak yana kali ni, betul2 mengoda sy...!

    siyes..!terliurrr..dah le tgh lapo..huhuhu...

    aiskrim malaysia perasa stwberi..msti sedap..

    teringinnya nk ke sana...huhuh

    ReplyDelete
  2. membuat hatiku membuak² nak menjejakkan kaki ke tanah tinggi cameron highland je ni.. haishhh!!!

    ReplyDelete
  3. ci nur....bukan sengaja tau...akak cerita je. kih kih kih..

    ReplyDelete
  4. Adam Hawa....pergi hujung minggu x de jem. kalau cuti sekolah dan cuti berangkai, jgnlah pergi. Buang banyak masa je.

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak pegi CH.. Nanti nak ajak hubby gi la... Nampak best makan2 kata bawah pokok anggur tu...

    ReplyDelete
  6. smlm housemate bru je ajak p cameron highland

    ReplyDelete
  7. salam..nape eh, sebelum ni tak pernah perasan kedai ni. lain kali boleh singgah.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sedapnya...

    terasa air liur dah meleleh ni..hahaha

    ReplyDelete
  9. nak stoberi pieeee!!!!

    ReplyDelete
  10. syani.....siyes best. ajak le hubby pergi. x jauh sangatlah..

    Titisan hujan....apalagi. dah orang ajak tu....hehe

    ReplyDelete
  11. najwa....sebab terletak kat kg taman sedia kot. Kat situ byk homestay.

    cik ketam....ampunkan akak....hehe..

    ReplyDelete
  12. sha.....nanti ikut gal, pulun la pie tu. sedap okayh...

    ReplyDelete
  13. wah!!! azza lak teruja nak g lagi!!!!

    ReplyDelete