D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani

Saya sebenarnya agak hairan dengan penggunaan 'D' dalam perusahaan orang Melayu.
dah banyak sangat letak 'D' sebelum nama bisnes.
feeling-feeling omputih kot ganti 'the'. entahapehape kadang-kadang. hehe.

lantak le.
saya pun entahapehape jugak.
ni nak promote ke nak mengutuk nih? hahaha...
ampuuuuunnnn....
ini adalah persoalan, okeh? persoalan.
*abaikan intro yang sungguh entahapehape. :p

Bengkel Yayasan Pendidikan Raden kembali lagi.
dan kami menginap di D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani di Sungai Besar, Selangor.
tu dia. punya panjang nama tempat.
kalau tak jumpa juga, tak tahu la.

Encik hubby dan kaum lelaki je yang berbengkel.
kami yang kaum perempuan sesi chitchat dan jaga anak je. hehe..
sembang-sembang sambil lepak kat bilik, sangat bestlah.

Untuk ke sini sangat senang.
ikut laluan jalan besar menghala ke Sungai Besar kalau dari Klang.
sampai kat Sungai Dorani, ada satu pintu gerbang dan banyak gerai kat situ.
masuk ikut jalan yang ada gerai kiri kanan, jalan terus sampai nampak simpang.
kat simpang tu dah ada arah jalan ke resort.
jalan kampung je.
tapi tak jauh pun dari simpang tu.

saya ingat sebelum sampai ke resort, nak la menyinggah dulu kat pasar,
buat beli bekalan semasa di resort.
tapi hampeh sebab tak boleh nak parking.
takde bahu jalan, ok.
so cancel plan.
lagi pun Qisya dan Amsyar tidur pulak dah.
teruskan perjalanan sampai ke rsort.
sampai sudah tak pergi pun pasar pun.
kat resort pun dah banyak makanan.
sekejap makan, sekejap makan kitorang kat situ.
sebelah malamnya lepas dinner ada barbeku pulak.
makan lagilah kitorang.
tapi macam tulah saya.
lupa lagi nak snap-snap gambar makanan.
pihak resort yang tolong bakarkan.
serius sedap betul.
ikan fresh gamaknya.


# lepak di bilik sambil snap-snap gambar anak dara kecik ni.


#makan malam kami. Masakan ala kampung.


#aktiviti-aktiviti di resort. Ramai artis dah menginap di sini.


#Amsyar dan Qisya memerhatikan laut pasang.


#seronok budak berdua nie.


#pemandangan chalet.


#ruang chalet yang luas. Boleh tambah tilam. Satu set RM30 (tilam, cadar, bantal & selimut).


#pemandangan dari tempat makan. Boleh nampak burung flamingo berterbangan.

Kalau nak buat tempahan, silalah ke D' Muara Marine Park Resort .
Kadar yang amat berpatutan untuk seisi keluarga.





#cedok dari dmuara blog.

p/s: kebaikan khasiat minyak kelapa dara bukan rahsia lagi. Dapatkan minyak kelapa dara/VCO Softgel Catalyst pada harga istimewa melalui inbox saya di FB atau sms 019-2764682. Berminat menjadi ejen amatlah dialukan. 


6 Comments

  1. Cantik la chalet tu.. Berapa harga untuk satu malam kak?

    ReplyDelete
  2. waaa cantek laa pemandangan :)

    ReplyDelete
  3. noh da penah pegi kat situ. ada program tanam pokok bakau. Best kat situ. first noh sampai, terus noh isap rokok kat tempat cam jeti untuk bot berenti tu...kat gambar sebelum last. Memang best.

    ReplyDelete
  4. syani....bawah rm200. tak rugi sebab ruang luas. boleh bentang 4/5 tilam lagi.

    ReplyDelete
  5. cik moon....mmg cantik pemandangan kat sini...

    ReplyDelete
  6. noh...mmg best petang-petang kat sini. tengok orang kutip mentarang. tengok burung flamingo tu. tengok bot nelayan lalu lalang...

    ReplyDelete