Monday, 16 April 2012

Bila tiada kesedaran sivik

pagi ni dah kali kedua saya kena.
kena block kereta dengan cik kak yang hantar anak dia kat blok rumah saya.
orang yang sama, okeh.
sungguh tiada perasaan ke hape.

orang lain pun hantar anak juga.
tapi takdelah block-block kereta orang lain yang tengah kelam kabut nak pergi kerja ni.
tak reti-reti masuk petak parking dulu.
suka hati dia je letak kereta tengah-tengah jalan.
dah la jalan tu sehala pulak tu.

paling geram, dia dah nampak saya kat belakang, tapi terus keluar juga dari kereta.
bukan nak ubah kereta dia ke hape.
hoho.....pagi-pagi dah bikin panaasss je.
hairan orang macam ini.
tiada kesedaran sivik kekdahnya.

u olls jangan buat macam tu, tau.
nanti tak pasal-pasal dapat perkataan bongoks.

ok. nak masuk kursus pagi nih.
tajuknya? 
Menangani Stress.
canteeekkkk....... macam tau-tau je.
hahaha....



18 comments:

  1. mmg ramai orang yang xpandai parkir kereta..sesedap rasa suka hati dia jer...izan begang btol kalau jadi camtu...dia ingat dia saja ada kereta????....hihihihi...saja mengapikan Yana...

    ReplyDelete
  2. mcm tu la kalau pentingkan diri sendiri...tak kisah la org lain dok meruap panas ati kat dia...janji dia tak susah...

    ReplyDelete
  3. elok je erk.. kursus menangani stress..

    ReplyDelete
  4. kak jom lompat bintang hilang strees haha

    ReplyDelete
  5. haish..!selalu gak kena mcm ni...mmg xfahamm org yg mcm ni..ape ek perasaan diorg...!

    ReplyDelete
  6. kak, dalam purse sy dah tersedia dgn notes dan pen.. bila ada driver lain yg menyusahkan mcm tu, trus tinggal notes.. kalau ada kertas besar lg bagus.. bleh tulis besar2 guna marker pen kat kertas tu atas kereta dia.. biar kesan marker pen tu terkena kereta tu sekali.. hehe

    ReplyDelete
  7. saya penah kena..bukan block keta saya, terus park kat parking lot saya, lama plak tuh smpai kena panggil guard untuk lock tayar..skali bila dia balik,alasan amek anak kat umah pengasuh..x kan smpai 2 jam...mengarut

    ReplyDelete
  8. seb baiklah tak block orang yang samseng. kalau tak, sia2 je kena calar kete akak yang block kete orang tu

    ReplyDelete
  9. izan.... hehe. sabo je la... :)

    ReplyDelete
  10. kak Kamsiah... hati kering, kan kak?

    ReplyDelete
  11. AdamHawa....kebetulan pulak semalam tu... :)

    ReplyDelete
  12. cik pha.... x larat le nak lompat bintang. x sesuai pun ye jugak. haha.

    ReplyDelete
  13. Cik Nur....perasaan diorang tu pentingkan diri sendiri le. fikir nak senang je. orang lain lantak kat situ. huhu..

    ReplyDelete
  14. aisya.... teringin juga nak buat macam tu...hehe

    ReplyDelete
  15. zuha...suka hati dia je ye tak? menyusahkan orang. haishh...

    ReplyDelete
  16. Boni JJL...akak belum jadi samseng lagi. hanya 'bongoks' yang mampu. hahaha..

    ReplyDelete
  17. Biasala dia sorang nak cepat org lain takpe boleh tunggu.. Semoga Kakak tu baca entry Yana ni, moga esok tak jadi kali ke3

    ReplyDelete
  18. Qaseeh Tolia.....kali ketiga kaluuu....mmg nak tepek kertas beso2. biar dia pulak hangen sorang2...hehe

    ReplyDelete