Wednesday, 31 October 2012

Korban tujuh bersaudara

Semua dah habis bercerita pasal Aidiladha kot.
tapi saya baru nak bermula...

Alhamdulillah, tahun ni kami bertujuh beradik dapat melakukan ibadah korban hasil kongsi-kongsi dan ditaja juga oleh bonda kesayangan kami.
saaaayang sangat kat mak dan semoga Allah swt terus memanjangkan usianya.

cadangan bonda kami nak buat sedikit kenduri sempena hari raya ini ditunaikan oleh keluarga.
makanya bergotong-royonglah kami semua demi menjayakan majlis ini.
hanya keluarga sendiri yang menguruskan bab masak-memasak.
akibatnya....ada yang masih belum mandi sedangkan tetamu dah sampai.
busy bebenor sampei tak sedor.
siapakah mereka? psssttt....rahsia. keh keh keh...

selepas solat raya je,
beramai-ramailah kami meninggalkan kerja dapur untuk menyaksikan ibadah korban.
lagi pun teringin juga nak melihat rupa paras yang terpilih tu.


#wah...ditempatkan di bawah pohon Lagerstroemia floribunda yang sedang lebat berbunga! Dua hari beliau  menatap pemandangan indah di sini sebelum dikorbankan.


#nampak tak? saya adalah penakut untuk berdiri dekat dengan ini kerbau. Beliau adalah agak agresif. Tapi tak memakan masa yang agak lama untuk handle beliau. 


#para pemerhati yang begitu tekun menonton aksi si kerbau sedang si tukang pegang kamera sempat memerhati bunga yang berguguran.


#setelah berjaya ditumbangkan, kerbau ini menjadi agak tenang sambil menutup mata tanda redho dan bangga kerana menjadi yang terpilih untuk ibadah ini. (gamaknya...)


#akhirnya selamat disembelih. Darah yang mengalir macam air paip. Tapi tak payah le tepek kat sini gambar-gambar tu ye. Kang ada pulak yang tak lalu nak makan. Saya pun mengalami debaran jantung yang agak lama kerana menyaksikan proses ini. 


#proses melapah kulit. Kerja jadi mudah sebab berhampiran sungai.


#banyak juga drama shooting di tepi sungai kat belakang rumah mak saya ni. Main layang-layang pun best jugak.

#pakcik2 saya yang gigih mengangkut daging untuk dilapah di belakang rumah.


Gambar-gambar selepas penyembelihan adalah ihsan adik saya.
tak sempat le nak layan tengok cara-cara diorang melapah daging tu.
banyak menu tau untuk kenduri ni.
tapi itu entry yang lain la pulak ye.

Semoga Allah swt menerima ibadah korban kami pada tahun ini.
ada rezeki lebih, boleh pakat-pakat lagi.



15 comments:

  1. wahh..nyamannya suasana di tepi sungai perak kan kak.. :)

    bab yg xsempa mandi tu, rasanya nur tahu siapa..hihi

    ReplyDelete
  2. wah.. best belakang rumah ada sungai wooo :P

    ReplyDelete
  3. permandangan yg cantik sekali....
    betul ke daging kerbau sedap ????..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. selesai ibadah korban awak :)

    ReplyDelete
  5. Kalau sy tak tgk la mende2 smelih ni.. Tak smpai hati.. Kang blk umah mule tmenung pk pnjg.. Hahha-

    ReplyDelete
  6. Yana... bunga apa.. bunga apa?

    Lagerstroemia floribunda (ni aku main copy paste haha..)

    cantik la mutu gambar.. guna camera baru ke??

    cantik gambar2 yg ko ambil.. aku suka!!

    *serius gambar pertama sangat cantik!!

    ReplyDelete
  7. kak yana :) bila laa nak rasa makanan akak kan? nak nak kalau dgg korban hehheheh

    ReplyDelete
  8. cik nur....best, kan? Bab x mandi tu, senyap2 udah le. hehe..

    ReplyDelete
  9. kura....mmg best sbb boleh mandi2...

    Qhaifa nur... mmg sedap. tambah2 buat rendang tok.

    ReplyDelete
  10. yartHayati...alhamdulillah. :)


    Liyana Zahim.... ustaz Uda Kassim kata, orang yang melakukan korban hendaklah melihat darah binatang korban itu. Ada Ustaz kat tv pulak cakap, kalau x sanggup tengok darah boleh serahkan segala urusan kepada yang handle penyembelihan itu tapi ada syarat2nya.

    hmmmm....ekceli akak pun jenuh memikir jugak sebab takut tengok darah, tp sbb taknak pening, ikut je la cakap Ustaz Uda Kassim yang bersandarkan hadis yg menceritakan tentang nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan anaknya Siti Fatimah kembali ke tempat penyembelihan kambing korbannya untuk disaksikan sendiri oleh Siti Fatimah.

    haa...cenggitu. Terpanjang la pulak replyanya, ye dak? :p

    ReplyDelete
  11. Nong...aku suka bagi korang pening kepala. keh keh keh.... itu pokok bungor je.

    pasal gambo pulak, yang lawo2 tu hasil bidikan adik aku le. DSLR Nikon D7000. Kalau yg blur2 tu kamera samsung aku yg pernah masuk wad dulu tu le.

    ReplyDelete
  12. cik pha....dah byk kali ajak datang umah, x sampai2 pong... :p

    ReplyDelete
  13. boni....segala xtvt family akak mmg meriah boni oiii....dah berkeluarga besar cenggini le.. :)

    ReplyDelete
  14. salam kenal...
    suspen jeh tajuk di atas tuh hi hi

    ReplyDelete