Monday, 19 November 2012

Beraninya kamu....

Alhamdulillah...
Amsyar dah selamat dikhatankan oleh pakar bedah di CTC Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh pagi tadi.
Disebabkan cita-citanya ingin menjadi doktor pakar, semua prosedur hospital yang dilalui amat menggembirakan hati sampai terlebih excited.
Menyengih memanjang sampai la saya hantar dia di pintu masuk dewan bedah.

Kanak-kanak tetaplah fitrahnya kanak-kanak.
Meraung juga bila kena suntikan bius.
Apa pun, keberanian yang paling penting.
Mama harap Amsyar akan terus menjadi seorang yang berani sampai bila-bila.



#keberanian yang tiada taranya. Air mata bercucuran menonton video ini. Siapakah ibumu wahai anak kecil? Bertuahnya dirimu menjadi ibu kepada insan yang sungguh berhati kental. Semoga kemenangan menjadi milik Palestine....


p/s: Maaf. Hati ini sedang terbang ke Gaza.


7 comments:

  1. Ameen..!
    Moga anak akak terus berani dan berani.. :)

    Untuk Gaza, kita jangan putus doa buat saudara kita di sana..

    ReplyDelete
  2. salam
    akak ada terbaca,ibu2 disana gembira jika anak2 mereka gugur sbg pejuang...syurga menanti...bayi yg dilahirkan,walau dalam keadaan serba kedaifan...melebihi yg terkorban...

    ReplyDelete
  3. mereka berani kerana sejak daripada mereka lahir ke bumi, mereka disajikan dengan bunyi bom, senjata, kematian ahli keluarga depan mata, peperangan di depan mata... mereka membesar di dalam keadaan itu... saya rasa sebak sangat mengenangkan saudara2 kita di sana.... berbeza dengan kita di sini... paling kuat pun dengar letupan daripada mercun sahaja.... tetapi mereka..... Ya Allah.. berikanlah kemenangan buat Palestin... berikanlah kemenangan buat saudara2 kami.... Kau hancurkanlah yahudi laknat... Kau hancurkanlah Israel dan sekutu2 mereka.. Ya Allah.. Kau makbulkanlah doa ini... Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan...amin...

    ReplyDelete
  4. terbanglah kak yana.xsalah pun :) benda baik..dan terima kasih sebab bwk hati hati kami terbang bersama sama ke sana.

    ReplyDelete
  5. salam sedih tgk nasib mereka kt sane,,

    yg mmpu buat hanya berdoa, moge Allah lindungi umat Islam di sana kak, amin

    ReplyDelete
  6. kalau la budak tu bawak m16 tembak orang depan nyer

    ReplyDelete
  7. kalo kita rasanya belom tentu lagi berani camtu..tengok orang bwk senjata pun dah lari.insha allah, gaza will not go down.

    ReplyDelete