Bertemu tuan blog Moh Kembara

Teruja betul rasanya hari ni.
Pertama, sebab dapat buat banyak sale.
Yang kedua, dapat jumpa tuan blog Moh Kembara.
Antara blogger feveret saya.

Blog banyak gambar dan tuannya yang ramah tamah melayan tetamu singgah kat blognya memang jadi pilihan saya.
Tambah-tambah letak gambar travel dan makanan yang banyak macam kat blog Moh Kembara.
Teruja betul saya nak jumpa Yong Halima yang rajin berkembara ni.
Sampai melilau saya di kompleks PKNS mencari beliau di setiap escalator yang saya nampak. 
teruja habis....hehe..

Ini blogger ketiga yang saya jumpa sejak saya berblog.
Tak ramai, kan?
Mula-mula sifu saya tuan blog Cahaya cintaku dan yang kedua ialah tuan blog Kisah aku dan Kuih.
Segan giler bila kak halima amik gambar dan nak letakkan dalam blog.
Oh tidaaakkk....
Selebet bebeno saya ni. hahaha..

Lepas tu paling tak sangka, kak halima berikan saya ole-ole dari Turki pulak tu.
Terharu, beb.


#comel tak lesung Akcacoca tu? Itu fridge magnet tau. Dalam plastik tu pulak lemon kering yang biasa dicampurkan dalam air panas.  Rasa lemon yang lebih berperisa kata kak halima. Yang selalu dijual dalam bentuk serbuk tu selalunya letak perisa je. Tak asli macam yang dikeringkan ni. Happy sungguh encik hubby yang suka sangat minum lemon tea.

Terima kasih kak halima.
Tadi rasa macam tak cukup masa pulak nak sembang lama dengan kak halima.
Saya yang macam wartawan ni memang banyak soalan.
Mesti bengang kak halima sebab saya tanya macam mana jumpa pakwe Turki. kah kah kah...
Sabo je la dengan saya ni. ngeeeee....

Lepas ni nak jumpa tuan blog Detik-detik Indah dalam Hidupku pulak sebab nak pergi ke Kulim hujung minggu ni insya Allah.
Kak Kamsiah sila siap sedia dengan menu yang best-best tu. ahaks!
Eh! Tetibe rasa nak jumpa semua blogger yang selalu singgah.
Kenapa semuanya best-best, ye?
Suka....happy...terharu....sebak....semua ada.


#dah selamat tepek kat fridge. Kemain macam-macam negara woiii...... (pencetus semangat yang suatu hari nanti saya pun akan sampai ke sana jugak!)

Makanya siapa belum follow blogger-blogger feveret saya ni....satu ayat untuk u olls.
'Rugi weh...kalau tak follow!'


MOH KEMBARA
#Blog Yong Halima


❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤
#Blog Kak kamsiah

Kak Kamsiah blogger pertama yang saya add di Facebook.
main terjah je. hehe....

Terima kasih sudi baca.
Luv,



8 Comments

  1. FM ke lesung comel tu..?
    wahhh..bertambah2 comel nampaknya..!

    seronokkan dapat jumpa blogger2... :)

    ReplyDelete
  2. waahhhh...bkn main hepi lagi...(jeles tau)

    nanti kalau nak datang...kena bgtau 2,3 ari sblm tu ya yana..:)
    kut2 terkena hari yg takde kat rumah..yalah cuti2 ni..

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya.. siap dapat ole2 lagi...

    ReplyDelete
  4. bestnye dpt berjumpa dan mgeratkan ag silaturahim..

    ReplyDelete
  5. mmg teruja kan..kan dpt jumpa blogger yg terkenal nih he..he..
    cantik FM lesung tuh...

    ReplyDelete
  6. Salam Yana,
    Waahhh udoh tempek lesung tu yaa, comel gak rope!

    ReplyDelete