Wednesday, 12 December 2012

Resepi Rendang Pedas Negeri Perak

#Rendang pedas Ikan Tilan

Rendang ada banyak versi.
Tapi bagi saya, rendang pedas Negeri Perak adalah yang paling simple.
Hiris-hiris semua bahan, lepas tu masukkan sekali bahan utama, cili kisar dan santan.
Selepas bubuh semua dalam kuali, boleh hidupkan api dapur.
Senang, kan?

Ops. Tulis macam ayat di atas, memang nak kena penampo sebab kedekut bebeno.
Maka, saya tepeklah resepinya seperti di bawah.
Untuk resepi Rendang Pedas Negeri Perak ini, saya menggunakan ikan Tilan hasil tangkapan datuk saudara saya dari Sungai Perak nun.
Rare, kan ikan ni?
Mesti ramai tak tahu. hehe...

#ikan tilan perlu dibakar untuk dibuang kulit sebelum dimasak. Ikan ni macam belut sikit tapi lebih besar.

Bahan-bahan :

-2 ekor ikan tilan (dibakar dulu untuk dibuang kulit dan dipotong-potong)
-segenggam cili kering (direndam air panas dan dikisar)
-3 biji bawang besar dihiris
-1 inci halia dihiris dan dimayang halus
-3 batang serai dihiris nipis
-2 helai daun kunyit digulung kemudian dihiris halus
-3 keping asam keping (sebab guna ikan, kalau ayam dan daging tak payah, ye)
-3 cawan santan pekat
-segenggam kelapa parut
-garam secukupnya
-sedikit perasa (ikut suka la kalau nak guna pak aji)

Semua bahan masukkan dalam kuali kecuali daun kunyit.
Kacau sampai masak, dah nak tutup api baru masukkan daun kunyit tadi.

U olls nak masak udang ke, ayam ke, daging ke....ini la resepinya.
Simple, kan?

Selamat mencuba Resepi Rendang Pedas Negeri Perak.



19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Rendang pedas ni wajib ada tiap2 kali raya [tapi mak yang buat..hehehehe]

    ReplyDelete
  3. wahhh.. sedap nyew ! pas nie nk buat lah. umah sye tak jauh dari sg perak. lerh tgkap ikan sat g... haha !

    ReplyDelete
  4. memang selalu buat rendang guna resepi nie pun..mudah je..kalau guna ikan kak sal guna ikan kayu/tongkol je..udang n kerang pun sedap...

    ReplyDelete
  5. mak aiii terussss teringin...huhuhuuuu

    ReplyDelete
  6. macam sedap je. tetiba rasa macam lapar pulak. heheee!

    ReplyDelete
  7. @SYANI
    mmg menu wajib time raya jugak. :0

    ReplyDelete
  8. @Kak Sal
    mmg sedap le kan kak sal? Yana selalu guna ayam.

    ReplyDelete
  9. @nana kamarul
    hehe...time lapar2, tengok makanan apa pun nmpk sedap. :)

    ReplyDelete
  10. mmg sedap rendang pedas ni....
    lama dah tak makan......

    ReplyDelete
  11. ikan tilan...?tak pernah tgk bagaimana rupanya...

    ReplyDelete
  12. @Qhaifa Nur
    bau rendang ni mmg menusuk perasaan...hehe

    ReplyDelete
  13. @❤Kamsiah❤
    tak sanggup nak tepek kat sini, takut ada yang geli sebab dia mcm belut. Badannya pulak bercorak macam ular sawa. Erk! andaian yg agak best di situ. :p

    ReplyDelete
  14. resepi piau dari kuale ni kan...
    makcik nur masak mcm ni lah..hiris2...

    mak nur masak cara lain...

    ReplyDelete
  15. @Cik Nur
    ye cik nur...sempoi, senang dibuat. Baunya menusuk kalbu! hehe..

    ReplyDelete
  16. pergh..sangat2 menyelerakan..

    ReplyDelete