Wednesday, 30 January 2013

Lepak santai di Pullman Lakeside, Putrajaya

Sebenarnya tiada plan pun nak ke sini.
Tetiba je adik-adik ajak ke sini lepas makan-makan di Padi House.
Anak-anak kalau dah nampak air tu, mana tahan.
Mula-mula je main rendam kaki dan randuk air.
Si Amsyar konon-konon terjatuh dalam air, habis basah seluar.
Lepas tu semua selamat masuk dalam air.


#Bagus betul ada pasir pantai di tepi tasik buatan ni. Takde la melengas dengan air laut.



 #Mula-mula sampai, test randuk-randuk air dulu.



 #Rombongan Cik Kiah ke pantai Pullman Lakeside, Putrajaya.



 #Qisya dan Ireen bantai pakai diapers je. Sudahnya tak mampu diselamatkan lagi akibat berat sangat menampung air. haha... Tapi saya cepat-cepat rescue tau, terpaksa pakaikan balik legging dia. Biarlah tak pakai diapers masa on the way balik tu, rumah aunty unclenya dekat je kat situ.



 #Mengadap anak-anak main air. Punya ramai la orang fotoshoot kawen, model baju-bajan kat tepi pantai Pullman Lakeside Putrajaya ni.



#Umi dan Ariq. Qisya yang bergumbira.


#Sebelum bergerak pulang. Cantik juga Pullman Lakeside Putrajaya ni. Seronok lepak-lepak kat sini dengan family. Lain kali kalau datang lagi kena prepare baju mandi budak-budak tu.



#Mandikan anak-anak sebelum balik. Punya banyak pasir atas kepala Qisya. Jenuh juga nak keluarkan sebab rambut kerinting dia tu. Balik rumah aunty di Presint 5 berseksi-seksian. hahaha....





15 comments:

  1. cantik pullman leakside. hari tu g site visit sayang tak round semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun x sangka ada tempat mcm tu. :)

      Delete
  2. tak pernah singgah sini...selesa juga tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la nak melepak petang2 kat sini.. :)

      Delete
  3. boleh suka hati masuk ke kat situ.. x pnh pegi.. kalau boleh masuk suka hati.. teringin gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 je. Org dewasa mintak mahap ye. Air paras lutut je. hehe..

      Delete
  4. hotel pullman ni, waktu mlm lagi cantik kak..
    mcm istana kayangan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.....nnti nak try jugak satu malam stay kat sini. Adik ipar akak bgtau harganya tak le mahal sgt.

      Delete
  5. Replies
    1. hujung minggu ajak le family dtg sini.. :)

      Delete
  6. wa..rindu nye nak ke sini..huhu..tmpat ni mmg sgt catik..kat sni ade 2 swimming pool..tp kne bayar la plak..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tahu pun ada pantai sana. best nyer la budak2 tu koonon2 jatuh dalam air yer.

    ReplyDelete
  8. Tu la. Banyak tempat lepak juga Putrajaya ni. :)

    ReplyDelete
  9. Salamalaikum,
    Came across ur site...Nice photos :-)
    Just wanted to ask do we have to buy tickets to use pullman lakeside beach area or its free?

    ReplyDelete