Sunday, 17 March 2013

Mangsa komen berantai

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Saya nak cerita tentang kisah komen berantai...

Lamaaaaaaaa dulu...

Si A menempah makanan untuk jamuan hari raya pada si B. Suatu petang, si C tanya kat si A tentang harga tempahan makanan tersebut. Tidak terfikirkan apa-apa melalui pertanyaan yang difikirkan sekadar soalan, si A pun memberitahu harganya rm50. Esoknya, si B menangis-nangis mengadu kat si D yang si A komplen makanannya mahal. Aikkk????? Si A sangatlah terpinga-pinga mengenangkan entah bila pula dia komplen makanan tempahan si B itu adalah mahal. Sedangkan kalau si B minta rm300 pun si A akan berbesar hati membayar lantaran kesudian si B membantu majlisnya.

Hingga kini....si A tidak pernah pun berkonfront dengan si C walaupun si A tahu krisis ini adalah angkara si C. 

Lamaaaaaaa dulu...

Si A ada membuat komen tentang suatu rekaan yang difikirkan boleh dibuat penambahbaikan pada si B tentang kerja si C.  Tapi apa yang disampaikan pada C ialah ialah kutukan si A. Wah.....kelassss......balas dendam dengan pakat-pakat undi A pulak....

Hingga kini......si A tidak pernah pun berkonfront dengan si B tentang krisis itu.....biarlah mereka.


Lama jugak dulu.....

Si A didatangi si B mengadu tentang hatinya yang sangat terluka dengan perlakuan si C. Tapi dipesan-pesan kepada si A supaya jangan cerita pada sesiapa pun. Yang anehnya pada pandangan si A. Si B dan si C tersangatlah mesra di mata si A. Konpius.....

Hingga kini, rahsia itu masih terikat rapi...


Tak lama dulu....

Si A terkena kembali seperti ala-ala kisah yang pertama. Kali ini kisah main jual-jual. Si A sangat tersentuh hati lantaran komen spontannya ketika bersembang dengan si B tentang si X amatlah biasa, tidak menggugat sesiapa atau ekonomi sesiapa pun tapi disampai-sampai bermula si B...lepas tu si C...lepas tu si D dan seterusnya, siap dibincang-bincang....kalau boleh nak serang si A la la tu jugak kekdahnya. Hebatkan B,C,D dan bla-bla tu? hehe....

Tak teringin nak konfront pun. Biarkan mereka...

Siapa pernah kena komen berantai atau mangsa main petik nama je macam ni? Jom share pengalaman.

Nak cakap mangsa fitnah, macam pompuan lindungan kaabah la pulak.
Lagi pun, yang main petik nama lepas tu spin-spin ayat tu orang keliling kita.
Hmmmm.....bersabarlah wahai hati.


Moral of story ------> biarlah kita selalu jadi penyampai salam, bukan penyampai komen yang boleh menyinggung perasaan. Sesungguhnya pada saya, tersinggung hati terhadap si penyampai sentiasa melebihi terhadap yang mengata. Orang lain, saya tak tahu. Makanya....sampaikanlah ayat ini. Memang Yana Halim yang taip hasil perasaannya yang sangat bengang dengan penyampai (tak kiralah betul atau ditokok tambah sesedap rasa apatah lagi langsung tidak betul). Kalau tukang sampai suruh baca blog ni, takpe jugak.  hahaha...





20 comments:

  1. Biarkan la mereka.
    Saya pernah confront one friend, takder la gaduh apa just be honest with her about what she done wrong, better la kan dari duk pung pang ngumpat belakang. Tetiba other friend message me cakap I marah2 dia yang langsung takder kena mengena. saya macam..aikk??Memang la takder kena mengena, nak marah buat apa. I tak heboh pun dah syukur, tapi duk pi laga2 kan I ngan member lain pulak.
    (eh sesi meluah perasaan?) so biarkanlah mereka hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mommy JJ..... biarkanlah mereka. Ini pelengkap kehidupan namanya, kan? :)

      Delete
    2. yups, asam garam kehidupan. :D:D

      Delete
  2. Setiap kebenaran akan ditunjukan Allah juga akhirnya nanti, yg penting kena banyak bersabar... yang baik pasti dibalas baik, yang jahat pasti mendapat balasannya juga...

    http://selokamelayu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Biar buruk pada pandangan manusia, jangan buruk pada pandangan Allah... :)

      Delete
  3. Replies
    1. komen reply...komen reply pun contoh komen berantai jugak. hahaha..

      Delete
  4. nak kena baca 2 kali baru faham..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..... lebih baik gunakan ABC dan seangkatannya. Siapa terasa, nasib le. Ini memang kisah nyata.

      Delete
  5. wah..wah.. panas matahari kat luar tu... panas lagi cerita komen berantai ni Yana..

    sabar..

    aku pernah terbaca ntah kat mana.. kalau kita redha dengan umpatan orang lain.. setiap butir umpatan mereka itu adalah pahala bagi kita (yang di umpat) kiranya derang tambah pahala kau lah Yana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat KK panas ke? hehe....

      tgh memintal tali2 kesabaran le ni. ecewahhh....
      Tapi kalau dah sakit hati sangat, berderai jugak air mata.
      mentang-mentang le aku ni anak yatim, mak pun jauh...huhu.
      *tetibe...

      Delete
  6. ewah..ewah.. memital tali kesabaran gitu ke yana hehe..

    baguslah luah kat sini.. dah ringan sikit tak? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega dah...
      * x pepasal aku reveal yg A tu aku. kah kah kah....

      Delete
  7. padahal si A tak tau ape-ape pun kan??

    aieh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah org berani tembak dari belakang je. Tak pelah.....bahgian masing2 sendiri dapat le. Harap sesiapa yg selalu berada di situasi si A, bertabahlah selalu. Allah nak bagi sesuatu, mestilah kena uji dulu. Ye tak? :)

      Delete
  8. gila makan hati la macam ni... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo je la... nak wat camne lagi ye dak?

      Delete
  9. agak susah nak memahamkan plot2 cerita A, B, C, D & X..
    kena imagine 5 org yg xtau jantina masing2, dalam satu tempoh masa yg sama..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mcm2 jantina ada termasuklah kucing dan Anuwar Ibrahim! hahaha...

      Delete