Thursday, 11 April 2013

Umrah 2013 - Part 2

Assalamualaikum wbt.....bismillah...

Setelah penat berlenguh di kerusi sempit hampir 10 jam, akhirnya selamat tiba di Jeddah dalam pukul 4 petang macam tu.
Agak aneh sebab airport di sana kelihatan lengang dan sunyi di sebalik warna putih serba-serbi tak semeriah airport kita tak kiralah di KLIA atau LCCT.
Dah siap urusan beg semua, mutawif bawa kami terus ke bas untuk ke Madinah.

Sejak masukkan beg dalam baslah, kamera dah tak keluar langsung nak snap itu ini.
Lagi pun keletihan sangat disebabkan tak tidur langsung dalam flight.
Dah kerusi tegak dengan tengkuk yang tak boleh rehat cenggitu, macam manalah nak tido.
Makanya, jika u olls pulak berkesempatan nak menunaikan umrah suatu masa nanti, fikir-fikirkan dulu jika pakej umrah tu naik Air Asia X.

Dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 6 jam sebab ada berhenti solat dan makan malam di R & R di daerah yang saya tak tahu namanya.
Sedar-sedar je kena kejut sebab dah sampai tempat rehat.
Tapi tempatnya jauh beza dengan keadaan R & R highway kita.
Ada toilet yang penuh sesak sila bersabar menanti, ada surau yang penuh sesak juga dan ada restoran yang sangat besar, ada lapangan berkarpet dan luas tapi tak nampak makanannya.
Semua kedudukan bangunan tadi adalah bangunan berbentuk kotak ikut suka hati binaannya.
Memang tiada nilai seni estetika langsung, kira asal ada je tu.

Saya dan mak mertua saya mengambil keputusan bersolat jamak ta'khir saja di Madinah nanti.
Makanya kami berdua menunggu di ruang luar restoran sambil memerhatikan karpet-karpet berhabuk yang terbentang.
Tak lama lepas tu nampak seorang Arab ni membentang plastik di atas karpet dan makan di situ.
Ooo....baru tau karpet tu untuk apa.
Rupa-rupanya orang Arab ni tak berapa suka makan di meja.
Masuk dalam restoran pun, di sekeliling tepi dinding restoran ada binaan lebih tinggi sedikit dari lantai dan dibentangkan karpet.
Di situlah mereka solat, makan dan melepak sambil sembang kuat-kuat.

Rupa-rupanya di restoran itu yang ada hanyalah nasi Arab untuk makan malam.
Nak makan, barulah diorang cedok dari periuk besar.
Patut pun tak nampak di atas meja apa-apa makanan, memang tak ada pilihan pun.
Kami duduk di meja dan pelayan cepat-cepat letakkan alas plastik di atas meja.
Tak lama kemudian barulah nasi Arab tu sampai.
Nasi dan ayam panggangnya diperah limau nipis berulamkan bawang besar dan cili hijau mentah.
Memang layanlah sebab dah lapar. hehe..

Selain itu, saya dan mak mertua saya melayan drama realiti yang terdapat di dalam group kami tu.
Walaupun group kami tu kecil, tapi macam-macam kisah ada.
Siap boleh buat drama. hahaha...
Tapi inilah pengajaran sebuah kehidupan.
Ada macam-macam kisah yang boleh kita pelajari dari pengalaman hidup orang lain, kan? :)



Kami sampai di hotel Al-Ansar New Palace di Madinah ketika waktu dah hampir 12 tengah malam.
Pukul 5 pagi waktu Malaysia.
Terus snap waktu solat di Madinah cepat-cepat.


Hotel di Madinah adalah luas, cantik dan selesa
Lobi pun bukan main luas lagi dengan macam-macam ruang.



 #Saja je snap gambo Pak Arab2 yang tengah lepak tu. Kemain sembang kuat-kuat bunyi macam nak bergaduh pun ya juga. Hadoiii....



 #Ini wajah-wajah pemimpin Arab Saudi. 



 #Semua pintu ada kawasan lobby masing-masing. Boleh konpius juga dibuatnya. Saya pun banyak kali silap pintu keluar bila nak ke masjid.



#Lif yang menarik. Masa ni tengah tunggu urusan bilik selesai. Alhamdulillah....bilik untuk kami berempat adalah sangat selesa walaupun berkongsi bilik air.


Bell boy di sini, tips adalah kemestian.
Mereka akan tunggu selagi tidak diberikan tips.
Makanya, sediakanlah duit kecik siap-siap.


#pemandangan selepas subuh dari bilik.


Inilah pemandangan di sebelah belakang hotel Al-Ansar New Palace di Madinah.
Masih banyak lagi proses pembinaan sedang dijalankan.
Cuaca di Madinah adalah nyaman.
Tiada peluh dan tiada bau.
Angin pun sejuk je.
Memang bestlah Madinah. :)




24 comments:

  1. masa daftra amik pakej umrah tu,depa tak habaq ka,flight apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. habaq tp ingatkan Air Asia X yang guna airbus 330 ni seat dia selesa. Rupanya sama je dgn seat dlm Air Asia yg jenis biasa tu.

      Delete
  2. mudah2 an ada rezeki aj ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.....rajin2 berdoa insya Allah... :)

      Delete
  3. ya Allah...bestnya blh g sana...tak sabar nak ke sana jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah dapat pergi kalau dah ada niat.. :)

      Delete
  4. keinginan ada juga nak kesana..bestnye..

    ReplyDelete
  5. alahai..rindunya aku tengok madinah tu kak..

    ReplyDelete
  6. Rezeki akak dapat pegi awal ke sana.. Saya ni bila la gamaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah doakan...insya Allah kalau dah ada niat, akan ada jalannya. :)

      Delete
  7. waahh,bestnya. sha bila bile lagi. huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah ada niat, ada jalan.. :)

      Delete
  8. semoga suatu saat saya juga bisa umrah. Amien

    ReplyDelete
  9. sonoknya akak dah sampai.. saya ni.. pasang angan2 tatau bila boleh sampainya.. moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah nani. Akak dah doakan semua kenalan dan saudara mara dipermudahkan menjadi tetamu Allah swt. Jika dah ada niat, insya Allah ada jalannya. :)

      Delete
  10. Tentulah sejukkan..
    tak sabar Nur nak tgk gambar kaabah dari lensa akak..

    ReplyDelete
  11. Puan pi dgn syarikat apa? Katanya perkhidmatan andalusia baik juga tapi tak cukup mutawif. mereka pakai tangkap pelajar2 yg ada di sana saja.

    ReplyDelete
  12. Puan pi dgn syarikat apa? Katanya perkhidmatan andalusia baik juga tapi tak cukup mutawif. mereka pakai tangkap pelajar2 yg ada di sana saja.

    ReplyDelete
  13. Subhanallah...seronok sangat baca travelog ni... Banyak ilmu yg dpt :-) Insyaallah nak ke sana juga awal tahun 2014 nanti.

    ReplyDelete