Friday, 25 October 2013

Karnival sukan sekolah

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya di zaman sekolah rendah, hari sukan la paling best.
Ada banyak makanan dijual.
Harga pun murah je.
Mak bagi 50 sen, macam-macam boleh dibeli.
Lepas tu masuk sukaneka dapat macam-macam hadiah.
Kemain best lagi kalau diingat.

Minggu lepas, sekolah Amsyar pulak buat karnival sukan.
(eh...lama tak citer pasal dia, ye?)
Wah wah wah......kemaiiinnn.....
Dahsyat jugak sekolah dia buat bisnes.
hahaha...


 # ini budaknya. Ramai bising kata dia dah bulat. Habih tu, mamanya nak buek camno? Takkan nak tahan-tahan dia tengah berselera nak makan. Mamanya pun tak kuruih2 jugak walaupun tahan-tahan jugak makan tu.


Seminggu sebelum kejadian ini berlaku, bising dia nak beli kupon untuk join karnival sukan ni.
Mintak duit beli baju sukan rumah merah.
T-shirt RM17 pastu kupon RM10.
Memang tau dah tak cukup RM10 tu. huhu..
Mana idaknya.
Cer tengok kat bawah.


 #teringin nak main paintball. Kat sini je RM5 lebur. Tembaknya 10 kali tak sampai pun 10 saat. hahaha..


 #amboi. Siap ada floating boat lagi. Pastu depa pakat berendam ramai-ramai. Faham je la dengan fe'el bebudak.



 #sesi mengepow lagi dan lagi. Ingat cukup ka RM10? Si kecik tu pun kuat mengepow gak tu. Dengan bolanya entah berapa kali beli pastu hilang, dengan air sabun buih tiupnya tak sampai 5 saat habis tumpah. Adeh laa.....


 #nak naik kuda juga. Tak pe la, sekali sekali. Naik kuda ni pun sekejap je RM5. Jenuh beratur tunggu turn.


# nak masuk tempat pet pulak. Kat sini bayar RM3. Pun sekejap je masanya sebab ramai nak masuk. Kang mati pulak arnab2 tu. Maklum la, dah ramai sangat berduyun-duyun nak pegang depa. Huish abaaanggg......kena kerap joging lagi ni. Tembam sangat dah ni. huhu...


Camni la karnival sukan sekolah Amsyar.
Tu belum lagi masuk yang lain-lain tu.
Rumah hantu pun ada, tau.
Hebat beno.

Pergi try makan kat kantin sekolah dia,
Dengan tak sedapnya, dengan mahalnya.
Sabo je la.
Terfikir-fikir mereka yang ada anak ramai duduk kat tengah bandar macam ni.
Macam mana la agaknya. huhu..



6 comments:

  1. Hebat karnival sekolah Amsyar.. Macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki budak2 skrg. zmn mamanya dulu, main sukaneka je. :)

      Delete
  2. bab makanan tu, tempat2 mcm ni mmg la kak...
    tahu nak untung je...kan..!

    apapun, sekali sekala ke tempat mcm ni, best jugak..hehehe

    ReplyDelete
  3. wah bestnya!part floating boat tu mesti bebudak suka:)

    ReplyDelete