Monday, 23 December 2013

Bukan cerita kau saja

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Perlunya kita bergaul dengan ramai orang dan dari pelbagai bidang dan golongan akan membuka minda kita untuk berfikir dari sudut yang berlainan.
Saya memerhatikan orang sekeliling saya yang berada di media sosial akan mudah dikenalpasti cara berfikir mereka melalui tulisan mereka dan apa yang dikongsi.
Ada golongan yang main kongsi saja apa yang terfikir.
Ada golongan yang agak eksklusif dengan status yang ditulis.

Satu petang, saya dikejutkan dengan luahan hati seorang sahabat saya.
'Aku tak suka bila orang yang keje bidang tu, bila keluar sembang dengan kawan-kawan lain akan cerita pasal keje dia saja. Pasal dia saja. Macam takmo tau pasal orang lain.' kata dia.
Contoh? saya.
'Kalau doktor, asyik citer pasal hospital je....pasal keje dia je. Nak semua orang dengar cerita dia je. Boring." kata dia.
Ooooo......ok.
I got it.
Patut sahabat saya tu kalau keluar dengan classmate, silalah jangan cakap pasal landskap.
Pasal pokok.
Kena sound la jawabnya. hahaha....

Ye jugak.
Dah la duduk dalam bidang yang sama.
Cerita pasal benda yang sama.
Soooo boring.
But u should know, my sahabat.
Kadang-kadang keterujaan dan minat yang mendalam dalam bidang dia, nak tak nak tersasul juga.

Main point yang saya boleh ambil dari luahan hati sahabat saya tu,
'Bukan cerita kau saja yang wajib orang lain dengar. Cubalah kau pulak jadi pendengar cerita orang lain."
Haaa....gitu.
Makanya.....banyaklah gambar di FB yang saya delete.
Bukan kerana kata-kata sahabat saya.
Tersedar sendiri.
Terlalu berkongsi yang tidak perlu adalah lambang tidak eksklusif.
errr......boleh gitu?



9 comments:

  1. Haa...ade gak sesetengah org mcm tu kan..
    tp mcm share gambar tu, kekadang xsengaja..

    dan bila akak ckp tak eksklusif, salah satu caranya tak berkongsi sgt tu la..
    nak post yg berkaitan pun, bagi hint2 je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur... sesetengah orang berfikiran sempoi. Lantak la wall masing2, kan? Tapi bila kita tersedar sendiri, baik la ubah ke arah yang lebih menenangkan hati. Eksklusif tu rujuk pada tidak terlalu menonjol. Kan bangsa kita ni x bape gemor sangat org yg suka ke depan? Banyak beno nak mengatanya. hehe.

      Delete
  2. Saya tak faham sangat apa yg cuba dikatakan oleh kawan cik Yana tu? ekslusif celah mana bila dalam facebook..? Eh.. very the senang, kalau tak suka boleh unfriend. no one can bother how many things we want to share about our life with others.

    Btw, saya takde fb. Adakah itu bermakna sy seorang yg ekslusif? hihi.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gee Lion....

      kawan saya citer pasal alam nyata.
      Saya pula relatekan dgn fb since kat fb lebih ramai orang dan macam2 perangai boleh jumpa.
      Tapi begitulah. Nak nmpk eksklusif di FB, share something good tp tidak selalu. Ya. Takde FB, eksklusif le. Takde isu menunjuk. hahaha...

      Delete
    2. Oohhh baru saya faham.. ingatkan dia cakap tentang isu share dlm FB.. heee..

      Of courselah kalau kita ni seorang dokter, apa lagi kita nak cakap? Takkan kita nak cakap pasal kerja cari gali minyak pulak.. haha ^^ Tapi betul jugak, sebab tu kita kena bergaul dengan ramai orang so that our conversation topic tak menjurus ke arah kerja kita saja.. *applause*

      saya takde FB sebab addicted. Bila takde FB lama-lama orang pon boleh pada kita.. memang tak ekslusif langsung dah jadinyer.. ^^

      Delete
  3. Yup...dulu mak saya selalu larang saya upload gambar kat facebook...Skrg ni dh terikut-ikut dah tak upload gambar..Mungkin sbb eklusif kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... itu lebih baik. Kadang2 gambo di FB x menutup aurat mengikut syariat yang sebenarnya. Elok la x upload selalu. Takut menghimpun dosa x sedar. Peringatan utk diri sendiri, jugak ni. :)

      Delete
  4. Hak mereka memasing. Memang ada sesetengah org akan suka citer diri sendiri manjang. Smpai xde can kita nak citer hal kita. Pasang telinga ajalah.. bagi dia menang. Hahaha... org mcm ni suka 'kongker' perbualan.



    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true, nong. Setuju sgt aku ni. Sbb selalu aku jumpa jenis cenggitu. Asyik nak kena dengo citer dia je. Errr....aku x pe kot. Sbb aku tukang cerita kat blog je. Hahahaha...

      Delete