Friday, 6 December 2013

Vietnam, Kami Datang ! - Part 5 (My Tho - Delta Mekong)

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Selalu orang bagitahu kalau pergi Vietnam, mereka sebut Sungai Mekong je kan.
Tapi ramai yang tak tahu tempat tu bernama My Tho.
Sebutannya seperti biasalah, kena sengau-sengau sikit. 
Meii Tho (macam sebutan huruf tho jawi tu).

Mari kita belajar sedikit sejarah mengenai My Tho.
My Tho merupakan satu pusat bandar di Delta Mekong dan merupakan pintu masuk ke Delta Mekong di bahagian selatan Vietnam.
Kiranya pada zaman dahulu, jadi pusat perdagangan la My Tho ni.
Jaraknya 70 km daripada Ho Chi Minh City.
Tapi saya rasa jauh ya amat. hehe..

Ok. Orang China jumpa My Tho ni pada tahun 1680-an.
Pada masa tu My Tho ni sebahagian jajahan Kerajaan Khmer.
Asyik berperang je mereka ini China utara dengan China Selatan, Khmer dengan Siam.
Orang-orang Viet lari ke sini dan seterusnya Kerajaan Khmer malas nak ambik port lagi pasal tempat ni sebab dah lemah masa perang dengan Siam, last-last terus dapat kat orang Viet.
Asyik bertukar nama je sebelum dapat nama Vietnam.
Pada tahun 1860-an, My Tho ni jadi sasaran utama kempen Perancis.
Ha....sila jangan tak tahu yang Vietnam pernah dijajah oleh Perancis.
Disebabkan itulah landskap di Ho Chi Minh City banyak dipengaruhi oleh Perancis.
My Tho juga pernah memiliki landasan keretapi moden di antara yang terawal di dunia iaitu menghubungkan My Tho dengan Saigon (Ho Chi Minh City).
Boleh digunakan pada tahun 1885 dan musnah pada tahun 1950an.
*mak aiii....panjang intro. hehe..

Perjalanan ke My Tho ini mengambil masa yang agak lama disebabkan kena pergi merata tempat kutip pelancong sampai bas tu penuh.
Hoho....bengang jugak la sebab pekerja Basiroh tu tak bagitahu yang kami kena share trip dengan pelancong asing.
Ingatkan share dengan pelancong dari Malaysia.
Kalau tahu, tak nak cancel trip dengan Delta Travel yang 11usd je tu. huhu....



#Tourist guide yang bernama Bang. Jenuh nak faham English dia yang terlalu slang  Vietnam. Sebutan huruf yang hujung pada perkataan English tu selalu hilang. Wife disebutnya why. Ha....camtu contohnya. Sampai naik boring sebab tak faham. Sian jugak tengok dia sendiri cerita, sendiri gelak. Nak gelak juga, tapi dah tak berapa nak faham, nak buek camno? hahaha....

Si Bang  ni kan....
Dia ni bercerita pasal kehidupan pelbagai etnik yang ada kat sepanjang Sungai Mekong tu.
Married pregnant, married pregnant memanjang je la.
Lepas tu harga mahar kawin kat sana biasanya guna kerbau.
So si Bang ni balik-balik sebut buffalo, marry dan pregnant berulangkali.
Sabo je la kitorang.
Tapi apedehal....tido lagi best.  :D


#ini rupa bas yang kami naik tu. Cerdik sangat duduk kat tepi pintu. Asik rasa nak terjatuh je.



#pemandangan biasa dalam perjalanan ke My Tho.

Yang luar biasanya cuba u olls tengok betul-betul kat tengah sawah tu.
Ya betul. Kubur.
Kubur di tengah-tengah sawah.
Bang cerita, mereka percaya yang datuk moyang mereka akan mendoakan kesejahteraan keturunan dan tanah mereka.
*errkkk....rahsia kesedapan beras Vietnam. huhu...



#di highway Vietnam.


#terdapat banyak warung yang turut menyediakan hammock yang menjadi kegemaran orang Vietnam. Di atas bot ada hammock, kat ruang tamu kebanyakan rumah pun ada hammock. Tak payah pakai sofa kekdahnya. Suka beno berayun orang Vietnam ni gamaknya.


#Mak Datins...


#Akhirnya sampai ke My Tho 3 jam kemudian. Turun je bas, terus naik ke bot.


#Sungai Mekong yang sangat besar dan luas. 


#ehhh....macam cantik pulak bot tu. Kami dibawa menyusuri sungai Mekong. Ramah-ramah la penduduk kat Sungai Mekong ni. Terutama yang duduk di rumah-rumah bot. Anak-anak kecil rajin melambai ke arah pelancong di dalam bot.

Kami dibawa ke sebuah pulau bernama Dragon Island.
Kat sini la ada persembahan, makan buah secara percuma dan naik sampan tu.


#persembahan lagu rakyat Vietnam di Dragon Island.

Mula-mula ada seorang penyanyi agak berumur menyanyikan lagu sedih.
Yang kitorang faham dia buat aksi dayung sampan je.
Yang lain, sepatah haram tak faham.
Si Bang tu pulak tak story  persembahan tu mengenai apa.
Memang terbaik betul. Langsung tak faham la jawabnya dari mula show sampai habis. 

Paling tak boleh blah, persembahan untuk gambar di atas.
Gedik giler sampai rasa nak lempang! hahaha...
Siyes...memang tak boleh nak terima.
Laga-laga pinggul lepas tu jerit "Aiyyaaa!"
Annoying yang tak boleh dijelaskan lagi. :D
Yang tourist lain semua pakat kagum tengok macam best bebeno.
Tapi kitorang.....


#tahap keboringan rasa nak nanges! Nasib baik la buah nangka yang dihidang tu sedap. Kitorang makan buah sambil sembang. Macam takde show kat depan kitorang. Kongajo. kikiki...rasa lawak bila dikenang.


#Ni la perempuan yang nyanyi lagu sedih mula-mula tu. Pun pakai baju jarang tak hengat. Hmmmm.....nasib baik la encik hubby masing-masing tak ikut. hehe...


Walau dilanda kebosanan menonoton show yang tak faham, rasa boleh terima kot.
Tapi show yang gedik macam tak boleh terima.
Berbulu je mata ni tengok. hahaha....
Kami tak taulah trip orang lain, rasanya banyak tempat macam ni kot.
Ada makan buah free, persembahan, jual madu dan kraftangan rakyat tempatan.
Dah kat Sungai Mekong tu banyak pulau-pulau.
Tapi pulau-pulau ni ada kampung tau.
Macam Dragon Island yang kami pegi ni.

Lepas tengok show, kami dibawa tengok dusun buah milik orang kampung.
Takde maknanya tunjuk pokok kat kitorang ni ha.
Semua pokok yang ditunjuk sebiji sama macam kat negara kita juga.
Tunjuk pokok durian, limau, manggis, nangka dan bla bla..
Takpe. Layankan aje.
Group trip kami ni ramai yang belum pernah tengok.



#saya layan rumah-rumah kat sini. Kesemua rumah kat sini macam kotak kasut je bentuknya. Macam takde seni kecuali rumah ini. Orang kaya kot sebab bukaan rumahnya besar. Tapi adalah mustahil kereta nak masuk kampung-kampung ni. Memang takde jalan kecuali laluan motorsikal yang sempit dan laluan anak sungai Mekong. Mereka tambak tebing sungai supaya tinggi menggunakan tanah liat.



#Akhirnya sampai juga tempat yang agak best. Yeayyy!! nak naik sampan.


#Inilah keadaan sebenarnya di anak Sungai Mekong. Satu-satunya alat keselamatan hanyalah topi Vietnam ni.

#Rasa lega selepas tengok show yang menyeksakan. hahaha... Tukang kayuh sampan kami tu perempuan. Sian dia kerah tenaga. Kami bagi tips RM3 kat dia.


#sampan sampai di kuala Sungai Mekong yang luas macam laut ni. Masa ni la yang rasa agak seriau tu. Dari sampan nak panjat naik ke bot. Tengok sorang tourist US tu sampai menggigil ketakutan.

U olls nilaikanlah sendiri.
Sesuai atau tak kalau nak bawa orang tua-tua atau anak kecil untuk trip ke Mekong ni.
Pada saya, tak sesuai langsung.
Lepas tu, kami dibawa ke tempat lain pula.
Tempat perusahaan makanan ringan penduduk tempatan.
Ada biskut beras dan candy kelapa.
Haaa....yang macam ni memang saya suka tengok.
Mereka tunjuk cara-cara bagaimana makanan tersebut dibuat.
Tapi saya tak beli pun.



#Elina dan Lyn siap beli topi. Balik nak buat tudung saji sepiring kuih. Bole?
Hahaha....layankan aje..


#Antara lukisan yang dijual. Suka beno lukis Miss Viet pakai aodai putih. Pastu lukis dari belakang berambut panjang. Macam ponti pun ada juga. Hahaha..... err...sorry... saya memang tak berapa boleh tengok lukisan. Imaginasi terlampau. :D


#anugerah pemerhati terbaik boleh bagi kat saya. Rasa macam-macam nak diulas, tapi panjang sangat pulak entri ni kang. Ini pun dah panjang, kan? :D




*google.
Pemandangan My Tho.

Kalau nak menghayati keindahan, di sini bukanlah tempatnya.
Pemerhatian lebih kepada budaya hidup penduduknya.
Kalau nak dibandingkan dengan sungai-sungai di Malaysia, Sungai Perak jauh lagi bersih dan cantik.
Untuk pengetahuan u olls, di sungai ini turut menjadi kubur ribuan manusia.
Tahun lepas saja, si Bang tu bagitahu...kerajaan terpaksa mengutip lebih 3000 mayat di Sungai ini dan kebanyakannya adalah penghuni rumah bot.
Tak percaya? Sila percaya.

Pengalaman ke Sungai Mekong tidak akan dilupakan.
Paling ingat.... "Aiyyaaaa!"
haishhh.....rasa nak sekeh-sekeh! hahaha....



3 comments:

  1. salam yana. heheh!!!menarik gak le dgr citer2 yana walau org yg mengalaminya mcm2 rasa dah ekk. btw mmg klau gini lambat lg le ros smp sbb anak kecik2 lg & xde tempat menarik perhatian dorg. mau haru laki & anak2 tgk aksi gedik tu. pepepun tq for sharing. atleast have some ideal camna keadaannya. trip vietnam/mynmar/sewaktu dgnnya ni mmg sesuai utk kaum hawa je kot. heheh

    ReplyDelete