Tuesday, 3 June 2014

Mee Udang Mak Jah - Kuala Sepetang

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Lawatan kerja kami ke Taiping memberi peluang kepada saya merasa sendiri mee udang Mak Jah yang sangat popular di Kuala Sepetang.
Dah bertahun asyik dengar cerita, akhirnya dapat juga saya tersenarai dia antara mereka yang turut buat review tentang makanan di restoran Mak Jah ni terutama mee udangnya.

Ramai juga kenalan saya yang merupakan kawan kepada owner restoran Mak Jah ni.
Walaupun restoran Mak Jah ni dah buka cawangan lain, tuan empunya masih bertugas sebagai penjawat awam.
Bagusnya..... sedangkan kalau saya dah lama tinggalkan kerja makan gaji gamaknya.
Syabas untuk beliau.

Jom...mari kita tengok apa yang ada di Restoran Mak Jah di Kuala Sepetang ni.
Kami sampai dah agak lewat petang, harus bergegas mencari surau dulu untuk menunaikan solat.
Tak perlu risau ye, memang ada sebuah surau yang agak besar berdekatan Restorah Mak Jah.
Dah solat, baru senang hati nak makan puas-puas.


#Signboard ni kena tukar baru dah kot. Dah tak berapa nampak tulisan tu.


#dekorasi yang agak sederhana tapi luas.


#parking bersebelahan restoran Mak Jah.


#surau berhampiran Restoran Mak Jah.


#semua tempat adalah susunan memanjang macam ni. Memang sesuai untuk makan beramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan.


#bukan mee udang je yang terdapat di restoran Mak Jah ni, menu lain pun ada, tau.


#ini di antaranya. Nasi goreng udang dalam bekas macam bot. Tak praktikal kot. Elok lagi letak dalam pinggan. Rasa pun biasa saja.


#mee udang Mak jah yang menjadi menu utama di sini.

Pada saya, mee udang Mak Jah ni rasanya biasa saja.
Yang nampak istimewanya, udangnya saiz besar.
Memang puas makan udang la nak bagitahu.
Mee udang biasa, harganya RM8, yang spesel RM12 kalau tak silap.
Tapi beli yang biasa pun dah ok sebab udangnya memang banyak.

Sesiapa yang belum mencuba mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang ni, bolehlah mencuba di musim cuti sekolah ni sambil-sambil berjalan ke Taiping.
Tak rugi mencuba.



3 comments:

  1. in sya Allah,balik kekedah jumaat nih nak try

    ReplyDelete
  2. in sya Allah,balik kekedah jumaat nih nak try

    ReplyDelete