Assalamualaikum wbt...bismillah...
Selepas mengisi minyak kereta dan mengisi perut di Ranau, kami meneruskan perjalanan ke ladang Sabah Tea. Excited sangat sebab teringatkan drama Dejavu di Kinabalu. Nak sangat tengok ladang teh Sabah ni depan mata.
Jalan menuju ke ladang teh Sabah ni tidak berturap tar. Jenuh jugalah merempuh jalan yang berbatu-batu tu. Tapi demi nak tengok ladang teh ni macam mana, kami gagahkan juga. Walau pun ladang teh Sabah ni tidak sekemas dan tersusun seperti ladang teh di Cameron Highlands, pemandangan tanah tinggi masih mengasyikkan, gitu. Kiranya tidaklah kecewa sangat. Sejuk-sejuk tanah tinggi tu masih terasa di Sabah Tea ni.
Dan kawasan tinjau pengunjung di ladang teh ni banyak anjing berkeliaran. Seriau jugak saya. Tak tenang dibuatnya. Makanya kami tidak berlama-lamaan di sini, cukuplah mengambil gambar dan membaca sejarah yang berlaku di sini
#boleh laaa....ye dak? Ok jugak la pemandangan dia.
#baca apa yang patut.
# encik hubby gigih membaca semua info. Binik gigih bergambo. hahaha...
#kat kawasan tinjau pemandangan ni banyak wakaf disediakan untuk pengunjung. Ramai juga yang lepak-lepak dan berkelah di sini. Tapi saya adalah penakut dengan anjing, makanya tak dapatlah nak berlama-lama di sini.
#haaa......pemandangan yang dah biasa nampak, kan? Dalam drama dan iklan Teh Sabah. hehe... Macam ni la rupa dia tanpa edit.
#sebelum balik, singgah la kejap kat Cafe Teh Sabah ni rasa teh 3 layer dia. Harganya RM 5.50 segelas. Nasib baik ok rasa dia.
#tak lama lagi berturap la kot. Tak kisah pun terpaksa lalu jalan berbatu ni. Yang penting dapat tengok pemandangan cantik dalam perjalanan. Memang puas hati sangat.
Seterusnya kami bergerak ke Kampung Luanti. Dekat sangat la dengan pintu nak masuk ke Sabah Tea ni. Tak sampai 500 m pun. Lega betul dapat jimat masa perjalanan. hehe...
Apa yang ada di Kampung Luanti ni? Kat kampung ni ada Sungai Moroli yang menggunakann sistem TAGAL. Mereka memanggil tempat ni Tagal Luanti Sungai Moroli. Tagal ialah satu sistem di mana ikan di sungai tidak boleh ditangkap pada satu-satu bahagian sungai atau pada satu-satu masa. Tagal yang diperkenalkan Jabatan Perikanan Sabah akan menyaksikan penduduk kampung sendiri yang menguatkuasakan peraturannya. Untuk tagal di Sabah, Kampung Luanti adalah paling berjaya dan terkenal kerana kejayaan mereka mengekal dan membiakkan ikan sungai seperti ikan kelah yang saya lihat sihat-sihat belakanya.
#ok. ini bayaran masuk dan peraturannnya. 15 minit sahaja.
#Mila posing dengan buah tarap yang masih di pokok. Memang banyak sangat la pokok ni di Sabah. Tumbuh sendiri atau ditanam, tak pasti pulak saya.
#tempat tumpuan pelancong, seperti biasalah. Banyak gerai menjual souvenir dan makanan ringan.
Banyak aktiviti juga di Tagal Luanti Sungai Moroli ni. Kalau tak minat nak merendam kaki dengan ikan, ada jungle trekking...river trekking...berkhemah...karaoke (orang Sabah suka menyanyi)...menaiki jambatan gantung dan white water rafting. Kadang-kadang ada persembahan tarian tradisional Sabah.
Hmmm.....saya tak berkesempatan tengok orang Kadazan menari sumazau.
#ha. ini satu lagi port wajib ambil gambar.
Selepas membeli makanan ikan dan menunggu giliran untuk masuk dipanggil, dengan over excitednya terus mendengar arahan cara-cara memberi makanan ikan di Sungai Moroli oleh petugas tagal ini. Tak sabo nak bagi makan dan nak rasa spa istimewa oleh si ikan kelah.* sedapnya ko kelah woiii....
#wah wah waahhhh.....mocik teruja!!
#air Sungai Moroli yang super bersih dan jernih. Ikan kelah yang saya rasa nak sauk je buat bako. Cicah pulak dengan air asam. perghhhh.....
#memang tak menahan muka mocik yang over excited nih... hahaha...
#mula-mula masuk, ikan yang kecik-kecik datang. Arghhhh geli! geli! Tak tahan rasa macam nak melompat je. Sekali datang yang besor-besor tu. Ngap! Hoihhh.....sakit lah! Digigitnya kaki saya. Hampeh betul. Memang terus melompat keluar la jawabnya tak masuk dah. Nasib baik takde sauk. Selamat ko, ikan oiii.....
#anak dengan bapak yang bertindak bijak. Dua-dua tak berani nak jejakkan kaki ke dalam sungai. Masing-masing bagi makanan ikan dari tepi je. Haihhh....buat rugi je bayo.
#memang meriah. Yang pelik tu, bukan cuti sekolah tapi semua tempat kami pergi, kemain ramai orang. Macam mana kalau waktu musim cuti sekolah gamaknya ye. Musykil jap.
#inilah pemandangan Sungai Moroli yang cantik. Suka sungai-sungai di Sabah. Semuanya cantik-cantik dan jernih airnya.
Si Qisya buat perangai masa nak balik. Ditelannya gula-gula getah. Adoiii....apa la jadi kat dalam perut tu. Nasib dia tak apa-apa. Panik kejap dibuatnya.
#bergerak pulang ke Kundasang untuk ke Desa Dairyfarm pulak.
Ingat nak menyinggah semula ke Kinabalu Pine Resort tapi tak berkesempatan sebab ada tempat yang lagi utama dan wajib untuk singgah.
Part - 4
Part - 6
Part - 4
Part - 6
7 Comments
keindahan yg masih terpelihara...
ReplyDeleteikan2 tu geram nengoknya Yana...mcm nak dibakar2 ja...
Memang geram tengok ikan2 tu kak kamsiah. Satu sbb depa gigit, dua..dok terbayang2 ikan bakaq! Hahaha...
DeleteTeringin nak ke Sabah! Best tengok ikan kat sungai tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteYg baru balik sabah pun teringin nak pergi lagi. Huhu..
DeleteEh..eh..gambor mila lak..buat kelakor je... Tahun depan p sarawak ya.
ReplyDeletesalam kak, sy baru je balik dari sabah bulan 2 haritu .. jalan ke Sabah Tea still lagi berbatu , takde turap tar pon. hehe, tapi gagahkan jugak la nak ke sana . hehehe
ReplyDelete