Percutian ke Sabah - Part 6 (Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang)

Assalamualaikum wbt...
bismillah...

Alhamdulillah dapat sampai ke sini. Tujuan utama ke Sabah! hehe..
Ladang lembu macam kat New Zealand ni namanya Desa Cattle Dairy Farm. Mesilau Highland pun ya juga. Tapi paling senang, panggil lembu Kundasang je kot. Tapi lembu bukan sebarang lembu, lembu ni dari jenis Holstein Friesian Cattle yang berasal dari Germany/Holland. Lembu yang diternak khusus untuk pengeluaran susu, macam tu. Tu sebab la bila nampak lembu di tanah tinggi, berlatatarbelakangkan gunung, ala-ala macam kat Europe jadinya. Cuba u olss bayangkan kalau lembu tu jenis lembu biasa kat kampung tu. Mesti tak berapa best, kan? hehe...

Lepas sarapan pagi, terus laju-laju ke sini untuk ambil gambar sementara gunung nampak terang benderang. Kecewa juga sebab tak nampak lembu. Tapi takpe, dapat backdrop untuk gambar family macam ni dah sangat puas hati.




# happyyyy....




#buah hati pengarang jantung mama...

Makanya, ambil gambar sepuas hati di sini. Semata-mata bergambar. Sebabnya, petang nanti dalam pukul 3 nak datang semula ke sini. Pada waktu tu lah sesi memerah susu mula dijalankan. Desa Cattle Dairy Farm ini adalah tempat yang sesuai untuk pembelajaran tentang pemprosesan susu dari mula hingga akhir. Sangat bagus untuk menambah pengetahuan sekeluarga. 



#mak dan anak sama naik je bab bergambo. hahaha...



#itu info bayaran masuk dan waktu lawatan. Model kecik wajib ada.



#nampak pokok ni. Rasa unik pulak. Menempel sekali la jawabnya. 

Petang tu selepas bertagal, kami datang ke sini semula. Ini la jalan Kauluan Kundasang. Jalan yang sama menuju ke Kundasang Inn dan seterusnya ke Mersilau Highland di mana terletaknya Desa Cattle Dairy Farm. Tak sabar nak berjumpa lembu-lembu tu.




#port wajib bergambar jika ke Desa Cattle Dairy Farm. Boleh pulak ada seketul batu besar yang menyambut kedatangan pengunjung ke sini.




#Budak ni pulak over excited asyik nak melompat je kerjanya. Nasib baik ada Mila yang rajin melayan.

Kami sampai di sini dalam pukul 3 petang. Cuaca dah mendung siap ada gerimis. Pemandangan dah berselubung kabus. Nasib baik dah datang waktu pagi tadi ambil gambar. Kalau tak, gambar kabus je la yang kelihatan.


#ramai sangat orang sampai susah cari parking. Sepatutnya nampak Gunung Kinabalu di depan ni. Tapi kabus je yang kelihatan. huhu...








#ini pun port wajib jbergambar juga ni. Pintu masuk utama ke ruang membeli hasil produk tenusu yang dihasilkan di Desa Cattle Dairy Farm ni.



#haaa....macam-macam ada di lobby ni. Susu segar ada. Yang berperisa coklat pun ada. Souvenir pun ada dijual di sini.



#Qisya kata ini mak lembu. Cantik mak lembu ni katanya lagi. hehe...

Saya membeli susu segar sekotak dan dua mangkuk aiskrim kat sini. Kongsi je dengan anak-anak.

#ais krim yang sangat yummy....

Sambil kami lepak-lepak makan ais krim, encik hubby dah bersantai-santai kat atas batu mengadap lembu-lembu yang makan rumput. Dia pesan suruh cepat datang ke situ kerana hari dah mula gerimis. Cepat-cepat kami ke kandang lembu. Aktivitinya tengok lembu dan bagi makan lembu dan kambing. Kalau nak menyusukan anak lembu, kena bayar RM1 kalau tak silap. Mungkin kos susu kot.


#ramai juga yang buat aktiviti menyusukan anak lembu ni.


#aktiviti bagi kambing makan rumput pun ada juga di sini. Seronok la budak-budak tu. Qisya kalau bab bagi makan kat binatang memang suka sangat. Garang pulak tu. "nah! makan! ambek ni, makan!" hahaha.....nasib tak tercekik kambing tu. 




#sebab saiznya besar sikit, Qisya jadi takut nak bagi makan lembu ni sendiri. Tapi dipaksanya Amsyar pulak yang bagi makan. Sibuk dia menarik rumput dan bagi kat Amsyar suruh lembu tu makan. hehe...



#dah gerimis sikit-sikit dah masa ni.


#pemandangan perjalanan pulang ke Kundasang Inn yang kelam. Sedih je rasa di hati nak tinggalkan Desa Cattle Dairy Farm ni. Entah bilalah akan sampai lagi ke sini. Sobs sobs...



#tapi balik ke Kundasang Inn, kat sini pulak budak berdua ni meneruskan aktiviti bagi makan kat binatang. Arnab la pulak, ye. Lantak korang berdua lah asalkan happy. Tapi sekejap je saya kasi can. Lepas tu saya perhambat pegi solat dan rehat. Nak kena keluar balik sebab nak pegi tempat dinner yang best. Kat mana? tungguuu....

Part - 5
Part - 7


*bersambung...



4 Comments

  1. kalaulah ada sebuah rumah di sana , mesti best ... sejuk jer memanjang .

    ReplyDelete
  2. tu la. sebelah gunung je. View pun cantik. kalau la ye. hehe...

    ReplyDelete
  3. Dulu g sana tahun 2010...desa farm ni xde lagi rasanya.
    Mau pegi juga.....hihi

    ReplyDelete
  4. saya sampai sekarang sorok wajah kesayangan hamba tu tau. hahaha.

    ReplyDelete