Trip Bandung 2015 - Part 1

Assalamualaikum...bismillah...

Lama dah teringin nak pergi Bandung. Tapi malangnya semua bff dah pegi. So, bila ajak diorang memang tak nak le. Kata diorang, "alaaa....aktiviti shopping je. Kena bawak banyak duit." Pendek kata, ayat penolakan le kiranya tu. Masing-masing kata, Bandung tempat shopping. Tempat jalan-jalan tengok keindahan alam semulajadi adalah kurang. Gitu la maksudnya. Makanya kena la ajak budak opis. Heheh...ramai jugak nak mengikut rupanya. Beli tiket bulan Mac dpt RM207 untuk harga return flight. Murah dop? Terus book la jawabnya.

Trip ni dari 25 -28 April lepas. Pergi berenam angkut bos kecik sekali. Sporting punya bos kecik. hehe.. Cuma trip kali ni macam amazing race dibuatnye sebab silap tengok nombor pintu kat tiket. Flight pukul 6.50, jalan kat KLIA2 tu udah le rasa berkilometer jauhnya, sampai surau dah mengah nak solat. Ingatkan nak relaks le kejap memandangkan teringat pintu J2 tu sebelah surau tu je. Dekat je kan. Sekaliii.....hah! Amik kau! J21 wehhh....pintu hujung sekali! Memang amazing race la kitorang jawabnya. Nasib baik tak kena tinggal. Dulu masa trip ke Vietnam pun nyaris jugak kena tinggal. hahaha....

Sampai-sampai je kat Husein Sastranegara International Airport, cuaca adalah sangat best. Macam ada aircond.  Supir kami, saya book Hayukka Bandoeng. Dapat la kami si Asep yang baik sangat la budaknye punnn...

Tapi dia ni memang le kan. Nak marah pun ada jugak. Sarapan pertama kami di Bandung, dibawanya kami ke kafe yang mahal gila. Bayangkan teh o kena bancuh sendiri berharga IDR 10,000. Gile mahal. Kena buat sendiri kot. Nasib baik sedap. Lepas tu, lambat sampai pulak tu. Saya punya geram, ambil gambar makanan pun sampai tak sedar gambar tu blur. So, tak boleh tepek kat sini. Memang nak tayang sangat makanan yang super mahal dan super lambat sampai tu. hahaha..

Elok je keluar cafe tu, terus bising kat Asep. "Apesal bawak kitorang kat sini? kedai biasa takde ke? Ke ko ni banyak dapat tip kat sini ye Asep..." sambil buat jelingan tajam. Marah sangat le kunun. Sekali Asep jawab, "Kedai biasa-biasa belum buka, kakaaak. Sini semuanya mula jam sepuluuh..." dengan nada yang gitu lemah lembut. Tak jadi nak fire lagi dia. ekeke...


#teh o mahal. Kena bancuh sendiri. Nasib baik sedap. Sebab buat sendiri, kot. hahaha...

Lepas sarapan, kami terus bergerak ke Hotel Marciella. Yang tu nanti saya cerita kat entry lain. Lepas rehat kejap kat bilik, kami terus ajak Asep ke Kawah Putih. Memang plan ke Kawah Putih je sebab Tangkuban Perahu harga tiketnya IDR 300 000 seorang. Giler mahal wehhh.... Pi Kawah Putih je la. Harga pun boleh tahan kot. IDR 50 000 seorang. Jauh kemain nak sampai ke sana. Macet pulak tu. huhu..

Sepanjang perjalanan, memang kagum sangat la tengok perkampungan Sunda. Landskap depan rumah, semuanya sayur atau buah stoberi. Laman rumah orang ni kobis, rumah sebelahnya pulak daun bawang, sebelahnya lagi sayur lain pulak. Waaahhh....menarik betul. Tapi disebabkan jalannya sempit, tak dapat lah kitorang ni berhenti di tepi jalan sambil snap-snap gambo.



#nampaknya macam tiada tanah yang tidak diusahakan. Rajin betul.

Sampai je ke Kawah Putih, hujan la pulak. Memang kecewa la rasa di hati. Sudah la hujan, kena sewa payung sampai 20k satu payung. Baju sejuk atau pashmina tak bawak. Angin kuat pulak tu. Sejuk sangat2! Tambah best lagi, bau Kawah Putih sangatlah busuk. Tak tertahan saya. Sudah la penat menapak dalam kesejukan, pakai mask...rasa macam tak boleh bernafas dibuatnya. Dan jadi penambah azab, payung yang saya share dengan Mila rosak!!! Ya Allah, dugaan betul.



#ramai puji gambar ni cantik. Tapi yang tukang snap gambar ni dah semput kesejukan masa snap gambar ni tanpa berpayung dan baju sejuk. T_T




#satu-satunya gambar Kawah Putih yang sempat disnap. Dah tak putih tapi kelabu. hahaha...




#Ini hasil keje En. Apis yang amik gambo dalam keadaan tak nampak apa2. Jadi laa......satu2-nya gambo sebelum payung rosak diterbangkan angin. huhu...

Ini la 3 keping je gambar di Kawah Putih. Semuanya saya letak kat sini bagi u olss tengok. Nak pergi boleh sebab tempatnya cantik tapi tinggal nasib baik dengan tak je. Kami ni contoh nasib tak baik le. huhu..
Tapi jangan sedih-sedih. Banyak tempat lain yang cantik-cantik. 



#stroberi sekilo hanya IDR 10k. RM3 gitu. Murah nau.

On the way turun tu ramai la penjaja stroberi tapi kami buat dek je la. Sampai la bila dah masuk kereta, si Mila promote kata buah stroberi kat situ manis-manis belaka. Haih...Mila ni. Tadi taknak cakap. Sudahnya kitorang memekak kat Asep suruh berhenti kat tepi jalan kalau ada nampak gerai stroberi. Nasib baik jumpa dan beli terus. Murah memang murah tapi rasanya idak la manis pong. Hahaha.... (tak marah Mila sebab dia memang orang bisnes. Bab promote memang dia juara punyalah!)

Turun dari Kawah Putih, kami singgah di Saung Gawir Bungalow and Resto di daerah Ciwidey Bandung. Terletak di kaki Gunung Patuha pada ketinggian 1884 dr ketinggian paras laut, tempat ni memang sangatlah sejuk. Angin kuat pulak tu. Dalam keadaan hujan gerimis dan angin yang agak kuat, memang menggeletar dibuatnya!





#ini yang saya suka tentang tempat-tempat makan pelancongan di Indonesia. Semuanya kelihatan agak tertutup. Dan kebanyakannya mesti ada elemen Indonesia. Sama ada dari senibina luaran atau dalaman. Lepas tu dengar muzik Jawa. Kok nyaman gitu. Tapi kat sini kami semua sedang menggeletar kesejukan sebab baju dah basah. T_T




#kan? Cantik betul interior dia. Semuanya menggunakan buluh. Servis pun sangat cepat. Elok je duduk, terus kami dihadangkan dengan teh jasmin yang panas.




#nasi timbel terbaik....yummy sangat.

Walaupun agak mahal, lebih kurang RM100 jugak le makan berenam, tapi nasi timbel ni memang tersangatlah sedapnya i tell u. Sambal memang pedas berdentum! hahaha... pastu kreatif diorang ni kemain lagi. Atas ikan bersambal pedas giler tu, bersusun la pulak stroberi. Ingat kat atas dessert je boleh letak stroberi. ekeke...


#yang ni pulak otak-otak versi Sunda. Puas ati sebab banyak isi. Idak le ciput macam otak-otak kat Malaysia. hehe..


#cantik kan? Pemandangan kebun sayur dan buah-buahan di daerah Ciwidey ni. Rajin sungguh penduduknya.


#lepas solat, muka pun ada ceria sikit. Meh la selfie sikit. hehe...

Balik tu dah kepenatan dalam perjalanan merempuh macet di kota Bandung. Singgah kedai ala-ala 7-e cari mi segera dan jajan untuk kudapan di hotel. Memang tak dinner dah. Saya memang nak cari bantal je. Penat wehhh....           



*bersambung....



2 Comments

  1. Hihihi seronot baca, saya cuba menghayati feeling feeling saya kat sana jugak.. tak pernah lagi jejak kaki ke situ, sejuk sangat eh? macma kat cameron ker?

    ReplyDelete
  2. Wah cantik view, betullah perjalanan membuka mata dan minda :)

    ReplyDelete