Thursday, 2 July 2015

Ikan kering Tanjung Dawai

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Balik dari Perlis, singgah ke Kedah pulak. Teringin sangat nak naik Gunung Jerai katanya. Pagi-pagi check- out singgah dulu di UUM. Encik hubby nak tunjuk kat anak-anak tempat dia belajar dulu. Ronda-ronda la kami dalam UUM tu tengok kolej kediaman, fakulti dan tempat-tempat latihan Palapes encik hubby. Kemain tacing betul beliau mengingat kenangan lalu. hahaha...

#kenangan kena lanyak katanya... hehe...

Dah habis meronda, kami lunch di Changlun. Kemain puas hati lauknya. Murah pulak tu. Lepas tu gerak terus ke Gunung Jerai. Sampai-sampai je di sana, hujan la pulak. Encik hubby tak berani nak drive jalan licin lepas tu tak pernah pergi, makanya tak dapat nak imagine la jalannya macam mana. Ada la driver-driver van kat situ offer naik van diorang. RM60 untuk pergi dan balik.  Lepas tu call Kak Kamsiah blogger untuk dapat kepastian tentang keadaan jalan nak naik ke atas Gunung Jerai. Beliau kata, ok je kalau naik ke atas drive sendiri. Tq kak Kamsiah.

Tapi disebabkan hujan, kami buat keputusan ke Tanjung Dawai. Dah kata nak dekat puasa, wajiblah cari ikan2 kering, belacan bagai. Kat situ memang murah berbanding di tempat lain. Dah lama sangat tak pergi. Last pergi masa zaman bekerja kat Intel Kulim dulu. Berkelah di Pantai Merdeka lepas tu naik bot ke Tanjung Dawai. Eh tetibe teringat arwah bos yang rajin ajak shift kitorang berkelah.


#bot ulang-alik ke Pantai Merdeka.

Hujan renyai-renyai sikit kat sini masa kami sampai. Yang Qisya pulak buat perangai nak gula-gula dan belon. Sudahnya, tiap gerai yang kitorang singgah, semua bagi jajan kat dia. Macam-macam dia dapat hasil tangisan ngade-ngade dia yang memang malas nak layan tu. hahaha...



# wahh...teruja tengok. Kat sini saya beli ikan talang, ikan jeruk, ikan kering, ikan bilis, keropok dan belacan tumbuk. Share untuk rumah sendiri, rumah mak dan rumah mak mertua. Senang nanti untuk juadah bersahur. Kalau takde lauk, goreng je ikan kering dengan bawang besar. Membangkit selera, tuu...



# bergambar depan arked Tanjung Dawai. Kat tingkat bawahnya ada foodcourt. Harga memang murah berbanding tempat lain.

Kat mana Tanjung Dawai ni? Ni nak habaq mai. Terletak di daerah Kuala Muda. 30 km dari Sungai Petani. Tanjung Dawai ni terletak di muara sungai. Penduduknya ramai kerja nelayan dan petani. Memang jadi pusat makanan laut la jawabnya. Tu sebab harga makanan laut kat sini adalah agak murah. Nanti mai la singgah ke sini shopping ikan masin. hehe...



# sayup-sayup kelihatan Gunung Jerai. Cantik pemandangan sawah yang menghijau di kiri-kanan jalan. Subhanallah...


Semasa nak bergerak ke Gunung Jerai, hujan pun berhenti. Lega betul. Dah terbayang-bayang bunga hydrangea di Gunung Jerai yang cantik menawan tu. Excited dan tak sabar rasanya.



Terima kasih sudi baca.
Luv,


2 comments:

  1. dah lama tak pergi tg.dawai...nama ja duduk kedah tapi jarang ke sana..hihi

    ReplyDelete
  2. Wah cantiknya Gunung Jerai! :D

    ReplyDelete