Wednesday, 16 March 2016

Komen yang best sangat

Assalamualaikum wbt....

Cuti sekolah kali ni sempat balik kampung hujung minggu je. Sebabnya cuti dah banyak ambil pada Februari lepas. Simpan untuk raya dan hujung tahun pulak. Kuat menyongket macam tu la. :D

Kebetulan kali ni balik, sungai Perak surut la pulak. Apa lagi, ambil kesempatan la berendam. Dah musim panas katanya. Pagi petang kami dok berendam kat sungai ni. hehe..

Encik hubby dan anak-anak tengah berendam.

Pastu, family saya ramai la yang share aktiviti mandi sungai kat fb. Tapi saya betul2 tak boleh tahan tang komen. Nak kata bangang kang marah pulak. Tapi memang betul bangang la. Gambar mandi-mandi kan seronok? Tengah happy-happy? Tak boleh ke bila orang share gambar yang happy-happy, ko pun tumpang happy? Ini tak. Nak kondem je memanjang dengan komen-komen yang cukup annoying.

Eee.....tak takut lintah ke? Tak takut buaya ke? Entahpape. Serius menyampah baca. Mentang-mentang la asyik bercuti kat hotel berkolam renang yang mewah-mewah, peleceh pulak orang yang balik kampung bersukaria mandi sungai dengan komen-komen yang menyakitkan hati.

Itu citer yang mandi sungai. Citer kena cop sombong sebab tak balas komen pasal entri kat blog, satu hal. Saya bukannya blogger sepenuh masa. Nak mengadap blog berjam-jam. Insha Allah saya bertanggungjawab dengan entri-entri saya. Jika pasal trip, dah taip kot terang-terang kat entry tu info-info pasal trip. Biasanya di entri terakhir. Kata baca, tapi dok tanya jugak nombor telefon ejen/supir yang saya gunakan masa trip tu.

Haih, panas pulak rasa. Ekekeke... Camni la, korang tak buat, jangan gatai nak terasa pulak. Ini cuma luahan rasa. Lama jugak tak membebel kat blog. Bz sangat katanya.:)  Entri ke Bukittinggi/Padang dan Medan tak tulis lagi ni. Kalau ada tu, ada la. Ada ke yang baca? huhu..

5 tahun dah usia blog ni. Happy birthday blog... mudah-mudahan terus istiqomah menulis... :)





6 comments:

  1. Replies
    1. kaann....bertabah je la. Nasib ade blog. ekekeke...

      Delete
  2. abaikan ja org2 mcm tu...
    lagi dipikir lagi tensen..

    ReplyDelete
  3. nggak usah diambil pusing dan sakit hati, abaikan saja...tetapi memang kadang manusia tidak lepas dari khilaf...demikian juga saya.
    maaf yah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah x ambil pusing dah. Geram datang sesekali. :D

      Delete