Sunday, 3 April 2016

Resepi semperit susu


Assalamualaikum wbt...bismillah...

Tahun ni berazam nak jimat untuk persiapan raya. Terutamanya dari bab penyediaan kuih raya. Kalau bab gajet raya, handphone yang sedia ada dah cukup smart. Tapi kita kena la smart juga berjimat dengan penggunaannya macam <<Rahsia Berjimat Bila Guna Handphone Canggih>> nanti bila tiba raya nak guna data banyak nak share itu ini dah jenuh asyik kena topup je kan. Makanya, mari kita rancang cara penjimatan kita di musim perayaan nanti. Saya dah mula mencuba buat biskut sendiri dan membuat bajet. Menunya ialah semperit susu . 

Bahan-bahannya ialah :

Setengah cawan susu pekat manis
seketul butter 250gm
400gm tepung jagung
5 sudu besar tepung kastad
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:

1.Mix butter dan susu pekat hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan dan uli sehingga jadi doh lembut. Jika terlalu lembik, masukkan dulu dalam fridge selama 15 minit.
3. Masukkan dalam acuan bentuk semperit yang diminati dan lepa terus dalam dulang yang sudah disapu sedikit butter.
4. Bakar pada suhu 150° selama 15-20 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.


#rupa yang agak tak semenggah. Tapi rasanya memang tak mengecewakan. Hehe...

Selamat mencuba.