Friday, 21 October 2016

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 9 (Last Part)

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera.... :)

Pagi selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Air Manis yang sangat popular dengan batu Malin Kundang.  Alkisahnya sama seperti Si Tanggang. Terkena sumpahan dari ibu yang sangat kecewa dengan anak yang derhaka apabila dah jadi saudagar kaya. 

Sangat kelakar apabila mengenangkan selama bertahun-tahun saya percaya yang batu yang menyerupai manusia yang sedang sujud ini adalah benar-benar susuk arwahnya Malin Kundang. Ia rupa-rupanya hanyalah sebuah karya relief yang dibuat oleh Dasril Bayras dan Ibenzani Usman pada tahun 1980an.
Tujuannya pembinaannya adalah untuk memperingati kisah Malin Kundang yang dikatakan berlaku di Pantai Air Manis ini. Selain itu, ia memberi pengajaran kepada pengunjung supaya tidak menjadi anak derhaka. Hmmm...menarik.


Karya relief ini nampak sangat real jika tidak dibelek dengan teliti. Sebelum ini saya sangat percaya inilah Malin Kundang. Tapi apabila dapat lihat sendiri di depan mata, barulah tahu yang ia adalah binaan manusia. Jangan korang maki pulak bila sampai sini dan tau ini hanyalah binaan relief semata-mata. Tarik nafas dan bertenang. Ambil je yang baik-baik untuk pengajaran dari kisah Malin Kundang ini. Budak-budak kan suka kisah-kisah sebegini... :D



Akibat terlalu dekat dengan warung-warung jualan makanan dan cenderamata, kawasan pelancongan ini adalah kurang bersih. Nampak seperti tidak dijaga dengan baik.



Disebabkan Pantai Air Manis ini sangat luas terbentang, ia sesuai untuk aktiviti menunggang ATV. Memang best. Tapi masa yang agak terhad tidak begitu mengizinkan.

Seterusnya kami melalui satu jambatan yang dinamakan Jambatan Siti Nurbaya. Kisah dari novel kasih tak sampai seorang gadis bernama Siti Nurbaya ini amat menyedihkan.
                                                                                    

Siti Nurbaya dipaksa berkahwin dengan seorang bangsawan yang telah berumur dan kaya tetapi bengis demi membebaskan belenggu hutang ayahnya sedangkan beliau sudah mempunyai kekasih yang pergi merantau. Dia akhirnya dibunuh oleh suaminya sendiri. Cantik kan jambatan ni? Nampak simple tapi rekabentuk lampunya berjaya menyerlahkan jambatan ini.


Adalah pelik jika tidak bergambar di sini. hihi..


Angkut-angkut yang dihias meriah dan sangat kreatif.


Suasana bandar yang agak tenang berbanding bandar-bandar lain.


Enterolobium saman yang menarik.



Sebelum bergerak ke Lapangan terbang Minangkabau, jom pekena soto di warung Soto Angkasa dulu.



Nasi dan soto ayam. Air teh botol sampai 3 botol masing-masing. Kemain dahaga katanya.


Inilah Dedek supir kami yang agak pendiam tapi sesekali berbicara macam bos dia juga kelakarnya.


Kaum lelaki dalam trip kami. Tq u ols... berakhir dah trip kami di Tanah Minang. Memang banyak kenangan menarik. Peristiwa Encik Hafiz tertinggal flight, makan nasi padang yang super sedap, tersesat mencari hotel dan lain-lain memang bestlah. Itulah pengalaman namanya. hihi..


Dapat tengok Istana Pagaruyung yang besar ni,



Dapat mempelajari sejarah Perang Dunia ke 2 di Lobang Jepang,


Tengok senibina-senibina yang menarik,






dapat tengok pemandangan-pemandangan yang super awesome! Memang puas hati.


Jadi mangsa paparazzi pun boleh. hahaha..


 
Tapi yang paling tidak boleh dilupakan mestilah dapat bercuti bersama dengan kawan-kawan super antik. 30 tahun dah kenai depa berdua ni. Sayang dari dulu sampai sekarang. In shaa Allah bersahabat sampai syurga... :)


Terima kasih sudi baca.
Yana Halim .. :)

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 8

Assalamualaikum wbt....salam sejahtera...

Sepanjang perjalanan di Bukittinggi, saya paling asyik melihat pemandangan desa yang sangat indah. Itu sebab orang Minang pandai menulis gamaknya. Dah la rajin, merantau dijadikan budaya, Bukittinggi adalah destinasi yang paling terpelihara kebersihannya. Saya tak bimbang nak makan dari jualan warung tolak di tepi-tepi jalan tu.





Subhanallah....cantiknya pemandangan. Saya akan berbesar hati jika berpeluang kembali ke sini.


Perjalanan diteruskan ke Danau Singkarak. Tasik yang kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. Jika Danau Toba sangat popular dengan ikan pora-poranya, Danau Singkarak pula sangat popular dengan ikan bilihnya yang sangat sedap. Memang bersaiz ikan bilis yang kita biasa nampak. Cuma besar sikit.


Ikan bilih yang dijual ini sudah siap digoreng. Rasanya memang rangup dan sedap sekali. Tak percaya, cubalah rasa dulu kalau anda singgah di sini. Tapi harganya memang terkejut sikitlah. hihi...



Pemandangan Danau Singkarak... :)


Sempat tengok surau lama yang masih utuh di semasa perjalanan ke Padang. Senibina yang sangat unik dan menarik.



Sampai di Padang, sudah menghampiri 8 malam. Jom dinner dulu di Restoran Kubang Hayuda yang sangat popular martabak yang pelbagai.



Saya mencuba mee rebus di restoran ini. Unik sikit sebab ada keropok malinjau dan acar timun dan cili padi. Air semestinya jus sirsak. Favourite saya. :)



Waahh...kemain anak-anak Lela. Happy je.

Seterusnya, perjalanan mencari hotel penginapan kami di Padang agak mencabar sedikit sebab Dedek (supir kami) tak pasti hotelnya yang mana satu. Berpusing-pusing jugalah kami mencari hotel Edotel Minangkabau tu. :)

Rupa-rupanya Hotel Edotel Minangkabau ni terletak di dalam sekolah! Patut payah nak jumpa. hahaha...

Tapi memang tak kecewa menginap di hotel ini. Sangat-sangat luas! Bilik ni memang sangat sesuai duduk beramai-ramai. Selesa betul untuk kami yang cuma bertiga.







Super luas kan? Main aci kejor pun boleh dalam ni.



Malam sebelum tido tu, kami makan martabak mesir yang kami beli di kedai makan tadi. Memang sedap. Pencicahnya adalah kuah kicap dan cili api berbawang. Unik rasanya. Kemain tido dalam kekenyangan. hihihi..


*bersambung....

Thursday, 20 October 2016

Mios Kitchen Bandar Kinrara

Assalamualaikum wbt... salam sejahtera..

Hari ni dinner annivesary di Mios Kitchen sebab encik hubby teringin sangat nak makan western food katanya. Lagi pun Mios Kitchen Bandar Kinrara ni paling dekat dengan rumah kami. Sempat la nak maghrib di rumah. Saya ni kalau dah naik ke rumah, memang bercinta sungguh nak keluar balik. Makanya jom dating lepas balik kerja.



Cawangan Mios Kitchen di Bandar Kinrara terletak di foodcourt BK4. Premis yang di hujung sekali. Menyediakan pelbagai jenis menu western. Harganya sangat berpatutan, tau. Korang pasti terkejut tengok harganya berbanding saiz hidangan. Saya pun dah terkejut pada hari kejadian. hahaha...


Selain menghidangkan menu-menu lazat western style tu, Mior Kitchen Bandar Kinrara turut membuat servis untuk event-event. Macam best, je kan? Sesiapa berminat, silalah hubungi nombor telefon yang tertera di dalam gambar di atas. Saya ambil dari page Mios Kitchen. Boleh cakap terus dengan brader-brader bernama Mior tu. Depa ni adik-beradik. Peramah pulak tu. 


U olls mesti nak tau apa yang saya order, kan? Ini diaaaa.....kombo lamb chop dan chicken chop bertingkek-tingkek dan kombo appertizer dalam pinggan sepanjang 2' (kaki)!! Giler besaarrr....bole habis?? hahaha...


Tu dia aaiihhhh.....



Korang bayangkan 4 hidangan dalam satu pinggan. Inilah dia....boleh kongsi beramai-ramai..



Yang ni closed up sikit rupa gandingan french fries ...nachos...salad ...whip potatoes and meatballs.....



Dating dengan anak-anak sekali. Takde makna nak dating berdua melainkan time kitorang cuti, depa berdua kat sekolah. kikiki...

Terima kasih En. Mior sudi bagi diskaun 50% sempena anniversary kami ni. Semoga bisnes makin maju jaya hendaknya.


Yana Halim. :)

Ulangtahun perkahwinan ke 14

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Hari ini 20 Oktober 2016. Tarikh yang sama di mana saya mendapat status saya sebagai isteri 14 tahun yang lalu. Selepas 14 tahun, hati ini lebih tenang in shaa Allah. Lebih redha melalui susah senang dugaan dalam alam perkahwinan. Mudah-mudahan.:)

Walaupun encik hubby saya tak membaca blog saya ni sebab blog yang dia baca lebih kepada isu-isu semasa, saya tetap nak beri penghargaan untuk beliau di dalam blog ni yang dah macam hidup segan mati tak mahu nampak gayanya.

To my dearest husband...
Terima kasih menerima diri ini seadanya. Dari muka berjerawat sampai hilang jerawat. Dari kurus sampai gemuk. :D....asyik selebet je memanjang, tetap tak pernah nampak apa yang kurang. Tak pernah komplen apa-apa. Terima kasih sangat-sangat. Eh...sedih pulak tiba-tiba... 


Terima kasih sudi bagi bunga ni. Makan sedap-sedap dah selalu, dapat bunga macam ni sekali-sekala....buat mama rasa special sangat hari ni. Thanx... :)
Terima kasih juga sebab selalu doakan mama jadi chief bidadari di syurga. Mudah-mudahan termakbul. Aamiin...
I luv u so much...


Ramai pulak yang wish happy anniversary tahun ni kat fb. Terima kasih atas doa2 kalian. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada yang mendoakan. :)


Wednesday, 19 October 2016

Percutian ke Bukittinggi dan Padang - Part 7 (Istana Pagaruyung)

Assalamualaikum wbt.... bismillah..

Perjalanan diteruskan ke Istana Pagaruyung. Sepanjang perjalanan, masih banyak rumah gadang yang dapat dilihat. Tapi tidak banyak yang masih kekal cantik. Banyak juga yang usang atau sudah ditinggalkan.


 Seperti biasa, nampak je yang cantik, jom la snap sekeping dua sebagai kenang-kenangan. Rumah ini masih dijaga dengan baik.


 Yang ini pula Istana Silindung Bulan. Dengar cerita ini adalah istana salah seorang permaisuri yang menyimpan harta pusaka dari Istana Pagaruyung.


 Rumah padi. Semua rumah gadang memiliki rumah padi untuk menyimpan padi.

Jom baca sedikit sebanyak tentang Istana Pagaruyung ini
.
Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana yang terletak di kecamatanTanjung Emas, kota Batusangkarkabupaten Tanah DatarSumatera Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat.
Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun 1966.
Proses pembangunan kembali Istano Basa dilakukan dengan peletakan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Desember 1976oleh Gubernur Sumatera Barat waktu itu, Harun Zain. Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru di sebelah selatannya.[1]. Pada akhir 1970-an, istana ini telah bisa dikunjungi oleh umum.

Kebakaran 2007

Pada tanggal 27 Februari 2007, Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat petir yang menyambar di puncak istana[2]. Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar. Ikut terbakar juga sebagian dokumen, serta kain-kain hiasan.[3]. Diperkirakan hanya sekitar 15 persen barang-barang berharga yang selamat. Barang-barang yang lolos dari kebakaran tersebut sekarang disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa.[4]
Sementara itu, biaya pendirian kembali istana ini diperkirakan lebih dari Rp 20 miliar 

Credit :Wikipedia

 Jom tengok Istana Pagaruyung yang gah sangat ni. Terletak di tanah lapang yang sangat luas. Makanya ia nampak sangat tersergam.




 Rumah padinya pula sangatlah besar. Saya masih terfikir cara mereka memasukkan atau mengeluarkan padi dari bangunan sebesar ini. Bagaimana agaknya ye?


 Sambungan ke dapur dan bilik dayang-dayang di bahagian belakang. Tersangatlah besar.


 Ruang balai seri Istana Pagaruyung. 


 Depan pintu bilik raja dan permaisuri.


 Yang ni pula ruang dapur Istana Pagaruyung. Luas dan selesa.


 Di laluan penyambung istana dan bahagian dapur.


 Tangganya sangat curam, ok. Gayat dibuatnya.




Pemandangan dari tingkat 3 di mana ia merupakan tempat penyimpanan senjata.

Macam manalah agaknya cara hidup mereka di istana berkonsepkan rumah gadang ini pada zaman dahulu. Walau pun ruang balai tersangatlah luas, tapi saiz bilik adalah sangat kecil untuk satu keluarga. Ok. Saya memang banyak berfikir. :D


*bersambung...