Percutian ke Cambodia dan Vietnam - Part 3

Jom sambung lagi cerita yang entah bila nak habis ni. hihihi... Istiqomah yang makin teruk nampaknya untuk bercerita tapi ini adalah kisah untuk arkib di masa depan. Kugagahkan jua mengimbau balik kisah di Kemboja ni.

Perjalanan kami diteruskan ke restoran Muslim Family Kitchen untuk makan tengahari. Restoran ni adalah restoran muslim paling popular di Siem Reap. Pasti sesiapa yang pernah membaca blog-blog lain tentang nama menu yang sangat unik iaitu Lembu Naik Bukit dan Ikan Amok. Dah semestinya kami memilih menu ini. Walau pun harga agak mahal almaklumlah menggunakan USD tapi portion sangat banyak.


Pemandangan dari hadapan restoran.



Inilah menu yang femes tu. Lembu Naik Bukit. Lepas je lunch, kami check in hotel. Untuk pengetahuan, di Siem Reap terlalu banyak hotel. Dari yang murah untuk backpackers hingga yang mahal. Terlalu banyak sangat hotel sampai saya pun dah terlupa nama hotel tempat kami menginap. Eh kejap, dah teringat balik hotel ni betul-betul bersebelahan pejabat cawangan Giant Ibis Siem Reap. Namanya Ponloue Angkor Siem Reap Villa. Senang dekat sebelah je sebab esoknya kami naik bas Giant Ibis tu. Di sini, penumpang akan dijemput oleh pihak Giant Ibis dari hotel masing-masing ke stesen bas Giant Ibis. Senang, kan?

Rehat-rehat, solat dan ronda-ronda sekitar jalan yang agak sibuk di Siem Reap ni, kami dijemput kembali oleh Din untuk dinner di Muslim Family Kitchen semula. 



Restoran ni sangat selesa dan deko dalaman agak menarik di mana ia turut menjual barang-barang keraftangan dan jajan Kemboja.



Ikan Amok pulak ye. Tadi dah try Lembu Naik Bukit. Risau dengar nama menu. Tapi memang terbaik. In sya Allah u ols tak naik minyak. hihihi..



Bergambar kenangan dengan Din supir tuk tuk kami yang peramah dan sangat membantu perjalanan kami.



Malam tu kami ronda-ronda pasar malam Angkor Night Market. Memang meriah. Cuci-cuci mata tengok batu permata rasa macam geram je nak rembat semua. hahaha..



Terembat juga sebentuk cincin batu amethyst. Kitakan February babies. Mestilah amethyst jadi pilihan. Nama melayunya batu kecubung ye u ols. Warna purple.



Wajib masuk sini tau. Kita belek batu-batu permata yang belum di proses dan ditemui di kawasan mana di Kemboja. Ambil ilmu ye dak...



Kecubung sebelum diproses pun dah cantik menawan tau... love sangat tengok.



Oh begituuu...

Pagi esoknya kami menaiki bas Giant Ibis yang saya book secara online dari Malaysia. Book awal-awal kekdahnya. Bas ni ada pelayan macam pramugara dan pemandu pelancong ye. Siap bagi roti bagai, wifi dan soket untuk charge handphone tau. Harganya dalam rm80 macam tu. Perjalanan ke Phnom Penh memakan masa 6 jam lebih kurang dan akan singgah di beberapa tempat rehat. Toilet adalah agak scary. Hihihi...


Toilet di Prey Pros Rest Area ni la yang agak scary tu.



Jangan tido di sepanjang perjalanan ni ya u ols. Kita boleh tengok pemandangan kampung, pekan kecil, senibina rumah Kemboja dan sawah padi yang luas terbentang menghijau.



Seronok tengok pemandangan macam ni sebab teringat kisah dalam novel tulisan Melur Jelita yang bertajuk I Luv u Stupid di mana buat kita rasa nak pergi Kemboja. Alhamdulillah dah sampai...


*bersambung...

2 Comments

  1. Cantiknya cincin tu sis.. bape rm sebentuk yg sis beli tu?

    ReplyDelete