Thursday, 11 April 2019

Trip Santai ke Bandung Part 2

Assalamualaikum wbt....apa kabor u olss. Lama sangat nak siapkan entri Bandung ni. Bertahun menyepi, kau. Rumah dah bersawang siap kena rukyah balik ni. Ini pun punca tergerak nak menulis balik ni sebab godek-godek youtube ternampak blog ni jadi sebahagian content seorang youtuber femes ni. Alaa... entri pasal Amber Court tu la. Kemain dia bold ayat 'memandang pun dah nampak seram'. Padahal rasa macam entahapehape pun entri tu. Saja buat lawatan tapak je. Idak le survey masuk ke dalam Amber Court apatah lagi menginap kat situ. Entri cikai tapi top view. Pening dengan citarasa masyarakat Malaysia ni. Yang beria bagi info dan tepek gambo sampai boleh jadi album tak nak dibaca dek deme, entri cikai juga yang jadi perhatian. Maka mari kita sambung entri walaupun mood menulis sedang ke laut.

Hari ke 3 di Bandung, kami melawat Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu ni kalau tak singgah, umpama tak lengkaplah lawatan kau ke Bandung. Gitu. Tapi jangan terkejut pulak dengan harga tiket ya. IDR 300k bersamaan RM100. Huh! Ambik kau! Terkujat jap dengar harga tiket yang mahai nak rak ni. Tangkuban Perahu ni kawah gunung berapi tau. Allah swt punya creation. Apa hal nak kena bayar mahal sangatlah tak faham. Tapi disebabkan tak pernah sampai, gigihkan diri jugalah bayar. Lepas ni kalau datang lagi, tak perlulah datang ke sini. Kita ambil gambar banyak-banyak buat kenangan di masa depan.




Kawah Ratu.


Inilah rupanya kawah tersebut. Saujana luas mata memandang. Gayat pun ada juga berdiri kat tepi kawah ni. Besar kemain.



Pokok-pokok area Tangkuban Perahu ni sangatlah unik. Batangnya berwarna hitam dan silaranya cantik. Wajiblah bergambar, kan?


Saya suka tempat-tempat sejuk macam ni. Mujur tak kena paksa dengan penjual souvenir kat sini. Relax je jalan-jalan tanpa gangguan.



Nampak tu. Atas batu pun boleh hidup pokok-pokok kat sini.



Senyum dalam kegayatan. Rasa nak tergolek ke bawah je. huhu..



Tahun depan ke Bandung lagi, jangan besor macam ni boleh tak ? hahaha...



Lepas ke Tangkuban Perahu, kami gerak ke Cikole pulak. Tempat camping ni. Ada chalet cantik dengan view tanah tinggi dipenuhi pokok pine yang sangat cantik. Tempat femes untuk photoshoot. Dah lawa tempatnya. Haruslah bergambo banyak-banyak.



Best kalau dapat camping kat sini. Sejuk je. Tiket masuknya 20k kalau tak silap. Diorang bagi minuman percuma . Sejuk-sejuk layan teh o panas beserta bubur apa entah namanya, sedap juga.



Siti ajak menyongket lagi. Penuh la blog ni dengan muka dia. hahaha..



Lepas lepak-lepak minum, kami ke tempat kopi luwak. Luwak ni sejenis musang yang suka makan biji kopi yang dah masak. Ia makan buahnya tapi biji kopinya tidak tercerna dan utuh walau pun dah jadi najis. Itu sebabnya ia halal sebab tidak pecah atau membusuk di dalam usus. Proses penghasilan kopi luwak yang lain dari kebiasaan ini menjadikan ianya kopi yang sangat mahal sejak zaman kolonial lagi.


Ha. Ini sebabnya.



Beria-ia kami mendengar ilmu baru tentang kopi luwak. Tapi walaupun dikata ianya sangat sedap, mahal dan halal....saya tetap tak lalu nak minum kopi ini. Bukan sebab geli, tapi lebih kerana kasihan terhadap binatang yang dipaksa berak kopi untuk memenuhi nafsu rakus manusia yang sukakan sesuatu yang nampak elegan dan mahal. Musang-musang luwak ini dikurung dan menunya hanya buah-buah mengikut diet yang sangat ketat. Sangat kasihan sebab tempatnya di hutan. Bukan dikurung. Faham ye?

Lepas layan luwak, kami lunch di sebuah restoran lesehan yang tak ingat dah namanya. Silap tak ambil gambar kedai. Memang sedap semua menu dia. Teringat-ingat pulak.






Tiap kali ke Indonesia,mesti kecur liur tengok tauhu goreng dengan sambal dan tumis kangkung. Lain macam dia punya sedap dan tauhu lembut tu sangat menggoda. Adoiiii...lapo la pulakkk..

Selepas lunch,kami bergerak ke Floating Market Limbang. 


Sampai mengepak kau, ya. Ini contoh takdak idea dah nak posing lagu mana. Dia terus jadi hentam je la labuuu....hahaha..



Tiada perbezaan sangat seperti tahun sebelumnya. Cuma ikan kapnya dah jadi besar.


Meriah korang kenduri, ya. Gemuk-gemuk nampaknya. Harap je bukan gurami. Selamat dari kena sauk buat lauk.



Destinasi seterusnya ke Farm House Limbang. Alaa.... yang ada rumah hobit tu. Meriah sangat kat sini. Tiket masuk 20k juga dapat satu botol susu free.





Siti pun kemain jugak pi try baju dutch woman ni. Tetiba teringat susu cap junjung. hahaha..



Tempat ni sangat cantik deko ala-ala Europe. Lukisan dinding pun cantik belaka.


Tunggu turn kalau nak bergambo kat depan rumah Hobbit ni. Jadi la buat inspirasi sebelum ke New Zealand. :p



Unik van dia. Cute je.

Masuk je Maghrib, kami bergerak pulang ke hotel. Penat sangat sampai tak larat dah nak pi cari dinner. Pesan kat Didi je mintak tolong dia belikan nasi goreng gila kat warung seberang jalan hotel. Lagi pun kalau dia yang beli, harga murah sikit. Kalau kita yang beli, siap la. Orang Malaysia? Top up lagi 10k. hahaha..


Nasi goreng dan keropok tidak dapat dipisahkan. Sup baksonya sedap, wehh...
Malam tu tido awal sebab keletihan ya amat sebab menapak dari habis subuh sampai ke Maghrib. Bekerja sungguh-sungguh. Berjalan pun sungguh-sungguh. Simpan motto ni ya kawan2.

Esoknya kami shopping kat pasar baru lagi sekali untuk beli makanan dan jajan-jajan pulak. Singgah kedai kek juga. Wajib bawa kek Bandung balik. Bukan Kartika Sari tau. Kedai tu Didi yang rekomen.



Kedai kek ni nama Maya Sari. Sedap betul kek dia. Beli yang panas-panas bawa balik ke Malaysia. Memang rerbaik. Beginilah serba sedikit trip santai ke Bandung kali ni. Next time kita explore tempat lain di Bandung. Memang macam-macam Bandung ni sampai dah pergi beberapa kali pun tak cover semua lagi. 

No comments:

Post a Comment