Umrah cara persendirian

Assalamualaikum dan salam sejahtera... :)

Saya sangat bercita-cita nak pergi umrah cara persendirian. Lagipun dah biasa travel buat sendiri segala urusan trip, jadi teringin nak cuba untuk umrah pula. Ramai juga yang kongsi cara-caranya tapi belum jumpa lagi kenalan sendiri yang buat. Hujung tahun 2018 lalu, ada adik junior sekolah saya telah buat umrah cara persendirian ini. Rajin beliau kongsikan di facebook dengan detail. Entri kali ini saya kongsikan pengalaman umrah cara persendirian beliau di blog ini setelah mendapat keizinan tapi saya mohon sangat-sangat entri ini tidak di copy paste oleh mana-mana pihak untuk viral. Cukup sekadar pembaca di blog ini sahaja.

Suka juga untuk saya mengingatkan, trip umrah cara persendirian ini adalah tidak sesuai untuk mereka yang belum pernah pergi menunaikan umrah. Sila follow pakej umrah berdaftar jika baru pertama kali ingin menunaikan umrah. Entri ini ditulis oleh adik junior saya sendiri dan saya kongsikan pengalaman ini untuk rujukan di masa akan datang. Jutaan terima kasih buat beliau.

Kembara Umrah Persendirian: Part 1 (Persediaan)

Disclaimer: Post ini bukan bertujuan untuk memperkecilkan atau menidakkan sumbangan pakej2 umrah yang disediakan oleh agensi2 yang ada di Malaysia. Post ini hanyalah sekadar suatu perkongsian untuk sahabat-sahabat dan keluarga yang asyik bertanya. Moga post ini tidak mendapat kecaman daripada pihak2 yang tidak berpuas hati. Wallahualam..

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, saya bersama suami dan tiga orang anak serta kedua ibu bapa saya telah selamat menunaikan umrah minggu lepas. Kami bertolak pada 13 Disember 2018 dan kembali pada 24 Disember 2018. Sebahagian besar sahabat2 saya telah maklum bahawa kami ke sana secara persendirian dan oleh sebab itu, mereka memohon agar saya membuat sedikit review tentang kembara umrah persendirian kami. InsyaAllah saya akan cuba share lah apa yang mampu ye..

KENAPA PILIH UMRAH PERSENDIRIAN?

Sejak setahun yang lalu, saya memang dah mula baca tentang umrah persendirian nie.. Rasa nak cuba, tapi belum berani. Tapi keinginan nak menjejakkan kaki ke Bumi Haramain memang tinggi sesangat. So awal tahun nie, kami pergilah survey beberapa travel agency yang menawarkan pakej2 umrah cuti sekolah bulan Disember. Rata2 harga yang kami dapat adalah sekitar RM6,990 dan ke atas. Ye lah.. Cuti sekolah, umrah musim sejuk.. Memang lah mahal. Kalau nak murah sikit, boleh ambil tarikh akhir Disember, yang langgar awal Januari. Tapi impossible lah untuk kami pilih sebab anak-anak dah nak mula sekolah time tu kan.. So, kalau harga pakej RM6,990 sorang, darab ngan 7 orang.. Gulpppp… Hampir RM50k!! Si kenit Nabihah tu pun hanya diberikan diskaun RM500 sahaja. Rasa macam tak berbaloi pulak.. Ye lah.. Baru 2 tahun setengah.. Tido pun celah ketiak mak lagi.. Jadinya inilah salah satu sebab yang menguatkan semangat nak gie sendiri nie..

Yang keduanya, ahli rombongan Cik Kiah nie cukup lengkap lapisan umurnya.. Ada anak kecik yang baru 2 tahun lebih.. Ada sorang sek rendah.. Ada sorang sek menengah.. Then kami berdua yang dah cecah 40 tahun nie dah.. Lutut pun dah start longgar.. hihihihi.. Dan ada pulak mak abah yang dah berusia 70 tahun.. Makanya kami fikir, nak selesa sikitlah.. Nak yang dekat, tak perlu jalan jauh2.. Maklum le.. Mak abah tak sihat sangat.. then nak kurangkan masa menunggu yang unnecessary (kalau pergi by pakej, memang banyak masa kena menunggu).. Then si kenit nie pulak bukan jenis mesra alam dengan orang yang dia tak biasa jumpa.. Ngan atok opah dia pun susah nak ngam, apatah lagik kalo bercampur ngan ramai2 orang yang dia tak kenal.. kalau budak2 dia ok.. Kalau ngan org dewasa, menangis je lah nanti kejenya.. Sahabat2 keliling saya dan ahli keluarga faham sangat dah situasi kami kalo si kenit berdepan dengan strangers.. So nie satu lagi sebab kenapa kami pilih umrah persendirian. Ok.. Done with the reasons. Orang bukan nak tau reason ko pun.. Hahahahha..

PERSEDIAAN

Saya listkan step by step persediaan yang nak dibuat sebelum gie umrah. Bukan persedian in terms of shopping beli barang ke hapa.. Tapi penyediaan dokumen untuk mendapatkan visa umrah…

1. Flight ticket
Ini sebenarnya item yang paling banyak guna duit dalam trip umrah nie. Kalau sesiapa yang tiada kekangan tarikh, boleh pilih je bila2 masa yang ada tiket murah. Macam kami memang ada kekangan tarikh.. tak boleh pergi lebih awal daripada 13 Disember dan tak boleh balik lewat daripada 24 Disember. So terpaksa lah cari tiket flight yang murah antara yang mahal. And kalau korang jenis tak kisah nak naik flight apa pun, insyaAllah boleh dapat tiket murah. Kami restricted kan pemilihan flight kepada beberapa operator sahaja. And at the end, kami pilih Etihad Airways untuk perjalanan Kuala Lumppur – Jeddah – Kuala Lumpur. Transit adalah di Abu Dhabi untuk both legs. Harga tiket pergi balik yang kami dapat adalah RM3,052 sorang. Kenapa tak pilih Saudia terus ke Madinah? Mahallllll… Tak mampu dennnn… hihihihihi…

2. Hotel
Bila dah settle tiket kapal terbang, baru boleh booking hotel. Memula rajin lah guna 2,3 operator macam Booking.comAgoda.com, Trivago, Hotel.com.. Then terus stick guna Booking.com je sebab lebih mudah. Bila buat carian, saya akan filter results kepada ‘Breakfast Included’ dan ‘Free Cancellation’. ‘Free Cancellation’ tu penting sebab kalau jumpa offer yang lebih best, so FOC je lah nak cancel yang lain. Selain tu, saya juga filterkan supaya keluar hotel yang dekat dengan Masjid Nabawi/Masjidil Haram. Kalau tengok list booking saya, punyalah banyak cancellation hotel. Selalunya sebarang cancellation adalah FOC sehinggalah few days before check in. So feel free to keep searching for the best deals. Saya check every week. And right before apply visa, saya tukar hotel lagik.. Hahhahaha.. Pening Encik Suami, kejap kata dok hotel nie, nanti kata hotel lain pulak.. Yang penting pilihlah hotel yang berkenan di hati, di poket dan di kaki (yang kena jalan lebih mestilah harga lebih murah)..

Tips untuk pilih hotel di Madinah.. Kalau untuk perempuan yang nak mudah ke Raudah, carik lah hotel yang berdekatan dengan pintu 25. Nanti boleh refer gambar ye, area mana tu.. Kat situ pun senang nak carik kedai nasi arab.. Hotel belah situ mahal sket le.. Saya cari yang kurang mahal, tapi masih dekat dengan Masjid Nabawi.. So kami settle down dengan Jewar Al Saqefah Hotel.. Dekat dengan Anwar Movenpick.. Tak jauh dari pintu 15, tempat solat wanita juga.. Cuma bila nak ke Raudah tu, kena jalan sikit le ke hujung sebelah sana pulak untuk cari pintu 25.. Di Mekah, kami pilih Swissotel Al Maqam.. Hotel nie dalam komplek menara jam tu..

Oh satu lagi.. Harga yang Booking.com papar tu belum kira tax lagi ye.. On top of jumlah keseluruhan nanti, kena top up dengan 5% VAT dan 5% Municipality Fee.. tax nie bukan Booking.com yang ambil.. Tax tu memang kerajaan Saudi imposed ye..

3. Dokumen Sokongan
Bila dah settle 2 perkara utama tu, dah boleh sediakan dokumen sokongan untuk apply visa.

3(a). Passport yang valid..
Mesti valid at least 6 bulan dari date penerbangan.. Dan kalo kita nie jenis travel oversea sesaja, make sure ada at least 6 muka surat kosong.

3(b). 4 keping gambo yang background nye putih.
Gambo nye saiz beso ye.. Bukan saiz passport.. Ukuran 4cm x 6cm.. Gie je mana2 kedai gambo, mesti dia tau le ukuran gambo umrah.. Kalo perempuan, sila pakai tudung kaler gelap. Kalo lelaki jangan pakai tudung pulak.. Ehhh.. Jangan pakai songkok or kopiah.. Kalau budak perempuan kecik2 tu, tak perlu pakai tudung kalo dia tak mo pakai.. x

3(c). Buku suntikan ACYW 135 (Meningitis)..
Yang nie bila gie klinik nak amik injection, tanya dulu, ada ke tak sediakan buku or apa2 dokumen as bukti. Nanti dah inject baru tanya, takde pulak tu.. kan dah susah.. Harga injection nie kekadang lelain ikut klinik.. Ada yang mahal.. Ada yang murah.. Kebanyakan klinik ada injection yang expired 3 tahun, ada yang 5 tahun.. Saya, si kenit dan mak abah gie buat injection kat Ipoh, harga RM150 per injection and expired 5 tahun.. Encik Suami ngan anak dara 2 orang lagik tu buat injection di Johor, harga RM140 per injection and expired 3 tahun..

3(d). Salinan Sijil Nikah untuk Isteri..
Make sure photostat tu clean and clear ye.. Dah Photostat, sila gie mana2 pejabat agama bahagian nikah cerai untuk dapatkan pengesahan. Bahagian lain tak boleh ye.. Mesti bahagian tu jugak.. Tapi kalo isteri dah cukup umur 45 tahun, tak perlu salinan sijil nikah nie..

3(e). Salinan Surat Beranak untuk anak-anak..
Bagi anak-anak pulak, kena photostat surat beranak diorang dan gie ke mana2 Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Cakap je nak sahkan untuk dokumen umrah..

3(f). Pengesahan dokumen di Wisma Putra..
Untuk dokumen 3(d) dan 3(e), kena bawa ke Wisma Putra untuk pengesahan kali kedua pulak. Part nie ada sket leceh le untuk orang yang luar KL/Selangor.. Pengesahan dari Wisma Putra boleh dibuat sama ada kat Putrajaya, Kota Kinabalu atau Kuching.. hihihihi.. Nak seribu daya.. Buat je lah ye..

4. Permohonan Visa
Bila semua dokumen di bahagian 1 (tiket flight),2 (tempahan hotel) dan 3 (dokumen sokongan) dah settle.. Boleh le apply visa.. Kita orang awam tak boleh gie apply visa sendiri, kena through agensi yang berdaftar.. Kalau pergi tanya kat agensi yang buat pakej umrah nie, diorang tak mo tolong applykan visa sahaja untuk kita.. So hasil bacaan berbulan-bulan sebelum ini, saya pergi jumpa dengan sorang travel agen nie lah.. Visa hanya boleh submit ke kedutaan dalam masa 30 hari sebelum tarikh penerbangan. Awal macamana pun kita submit kat agen, agen akan submit ke kedutaan dalam masa 30 hari sebelum penerbangan.. Kenapa? Sebab bila dah diberi visa nanti, kita kena fly dalam masa 30 hari dari tarikh visa.. Kalau mintak awal, silap2 by the time nak fly, visa dah expired. Selepas submit ke kedutaan, ambil masa dalam 3,4 hari bekerja je.. Sekejap je.. So jangan lah risau sangat takut tak sempat.. Bila dah settle urusan visa, dah boleh tersenyum sambil mengemas beg untuk pergi umrah..

5. Ground Transportation di Bumi Haramain..
Nie benda paling penting bila dah kat sana.. Sebab kita nie buat sendiri, so sapa nak uruskan pergerakan kita di sana? Saya deal dengan agen yang sama uruskan visa untuk tempahkan kenderaan di sana. Saya bagi draf itinerary sepanjang kat sana dan highlightkan tarikh mana yang kita perlukan kenderaan. Sebagai contoh, Airport Jeddah – Madinah, Ziarah luar Madinah, Madinah – Mekah, Ziarah luar Mekah, Mekah ke Airport Jeddah. Agen akan contact dengan Muassasah yang berkenaan dan segala tempahan akan diambil alih oleh muassasah.. Kami pilih Starex untuk trip kami nie.. Tapi yang kami dapat kat sana…. Jeng jeng jeng..
So basically semua arrangement dah dibuat.. Dah boleh rasa lega sambil doa bebanyak urusan dipermudahkan.. Ada yang tanya soalan2 susulan..

(i) TAK TAKUT KE KALAU JADI APA2 KAT SANA NANTI? TAKDE AGEN ATAU MUTAWWIF YANG URUSKAN?

Masa buat visa tu, actually kita ada muassasah dah… So segala urusan atau pertanyaan boleh contact muassasah kita tu… Macam kami, memang agen yang ursan visa tu assigankan sau company nie untuk jadi muassasah kami.. Meskipun kami hanya bayar untuk khidmat urusan tempahan transportation sahaja dengan mereka, tapi kami contact juga dengan wakil muassasasah (di Mekah) untuk tanya soalan2 berkaitan. So, kalau ada apa2 kecemasan berlaku, boleh contact muassasah kita tu je.. Cuma kena bayar le sket atas service yang diorg provide tu nanti.. Kira kita bayar on demand lah.. Alhamdulillah, masa kat sana, kami takde apa2 masalah..

(ii) TAK SUSAH KE TAKDE MUTAWWIF?

Ok.. kalau pergi ngan pakej, memang kelebihannya ada mutawif le kan.. Siap ada sesi tazkirah dan pengisian lain.. Kalau pergi sendiri apa pun takde le.. Kena banyakkan membaca, tengok youtube, attend kursus umrah free.. Pokoknye memang kena cari ilmu di mana2 sahaja lah.. Kalau rasa tak yakin jugak, boleh hubungi ‘Sahabat Haramain’ untuk dapatkan khidmat mutawwif.. SH nie terdiri daripada pelajar2 kita di Madinah dan Mekah.. Diorg provide service untuk jadi mutawwif umrah dan juga ziarah.. Boleh contact FB diorg untuk dapatkan harga servis yang terkini ye..

(iii) TAK SUSAH KE BAWAK ANAK KECIK?

Tak lah.. Doa je bebanyak moga urusan dipermudahkan.. Kalau nak hantar anak ke day care pun boleh.. Boleh cari FB ‘Umrah Playtime Mekah’.. Tempatnye di Safwa Tower.. Tapi kami tak hantar pun si kenit ke situ.. Cuma pernah berkomunikasi dengan pihak mereka untuk tanya kot2 le perlu nanti..

(iv) TAK TAKUT KE BUAT UMRAH PERSENDIRIAN?

Soalan nie paling banyak ditanya.. Saya cuma kata.. Tawakkal Ilallah.. Allah sebaik2 perancang.. Kita bukan pergi secara haram pun..

Ok.. Part yang paling ditunggu kot nie.. BERAPA KOS UNTUK BUAT UMRAH PERSENDIRIAN NIE? Saya senaraikan kos nye seperti di bawah ye.. Ini kos kembara kami hari tu lah.. Lain orang lain le kot preference nye..

Flight Eithad KUL – JED – KUL
RM21,364 (RM3,052 per pax)

Jewar Al Saqefah Hotel, Madinah (4 malam)
1 x Double Room & 1 x Quad Room
RM3,293.55

Swissotel Al Maqam, Mekah (5 malam)
2 x Classic Twin Room with Haram View
RM8,861.22

Visa Umrah
RM2,450 (350 per pax)

Ground Transportation
RM2,520

Makan ((kami bukan jenis makan banyak.. hahahha)
RM1,000

Insurans
RM492.25

JUMLAH RM39,981.02 (RM5,711.60 per pax)

Jumlah atas tu kiraan standard kalo nak compare dengan harga pakej yang menginap di Swissotel Al Maqam di Mekah. Sebab orang yang amik pakej pun kena inject vaksin sendiri jugak, tak masuk dalam pakej pun.. Tu yang tak masukkan kat atas tu..
Lain-lain kos yang kami dah belanjakan untuk tujuan kembara umrah persendirian nie:
Vaksin
RM1,020

JUMLAH SEBENAR RM41,7001.02 (RM5,857.30 per pax)
Harap sharing nie boleh membantu anda lah ye.. Boleh pm untuk pertanyaan lanjut… Cepat ke idok reply nye tu, harap bertabah je lah ye.



#Cadangan pilihan hotel yang berdekatan dengan Pintu 25 untuk wanita ke Raudah..



#Sijil nikah disahkan oleh Pejabat Agama dan juga Wisma Putra..



#Surat beranak untuk anak2 yang disahkan oleh JPN..



#JPN akan tanya nak buat pengesahan untuk apa.. So that's why ada cop umrah tu..



#Contoh buku suntikan.. Kami ada 2 buku yang berbeza sebab tempat lain-lain.. Doesn't matter.. As long as ada bukti..



#Ground transportation kami sepanjang di Bumi Haramain.. Alhamdulillah selesa sangat.. Mak kata terasa macam mak datin.. Hahhahahaha..

Kami bayar RM2.5k++ untuk ground transportation.. Airport Jeddah - Madinah. Ziarah Madinah, Madinah - Mekah, Ziarah Mekah, Mekah - Airport Jeddah.. Boleh rujuk post..



Harap memberi manfaat. Terima kasih sudi baca.

0 Comments