Thursday, 31 October 2019

Homestay ada kolam di Ipoh

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Cuti-cuti Malaysia ke Ipoh, jom tempah homestay Suria Suites di Casa Kayangan, Meru. Homestay jenis apartment ni sangat sesuai untuk percutian keluarga yang mementingkan kegembiraan kanak-kanak. Yelah.. nak bagi mereka ada lebih aktiviti terutamanya mandi-manda di kolam renang. Mesti best, kan?

Lokasi Casa Kayangan ini sangat strategik kerana berhampiran dengan pusat bandar Meru Raya, Ipoh. Antara kemudahan di sini ialah 24 jam kawalan security beserta cctv, gym, kolam renang, playground dan yang paling penting ialah kebersihan dan keselesaan jika menginap di sini.


Jom lihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di homestay ini.

                                                          #ada kolam renang yang besar

                                                      #ada playground untuk anak2

#ada garden boleh jalan-jalan ambil angin petang

Unit homestay  Suria Suites ini merupakan unit baru, ya. Jadi, kesemua perabot dan peralatan adalah baru dan turut dihiasi dengan deko sederhana yang menyejukkan mata memandang.


#ada tv, aircond, kipas dan kelengkapan lain.

#Cantik, kan?




#Tidak boleh memasak di sini kerana tiada dapur tetapi terdapat kelengkapan lain seperti peti sejuk, microwave dan toaster. Jangan risau kerana homestay ini berdekatan dengan banyak kedai makan. :)


#keperluan mandian turut disediakan di unit ini.


Tarikan berhampiran : -2 minit berjalan kaki ke Amanjaya, Mydin, KFC, McDonald dan MAPS

-5 minit memandu ke air terjun Klebang Siong dan Ulu Chepor

-15 minit ke AEON Klebang

-15 minit ke Sunway Lost World of Tambun

-15 minit ke pusat bandaraya Ipoh

-15 minit ke Gua Tempurung,Gopeng

-30 minit ke Kuala Kangsar

Unit ini selesa untuk 6 orang dan hanya Muslim saja dibenarkan menginap di sini. Binatang peliharaan adalah tidak dibenarkan di Casa Kayangan. 

Sebarang pertanyaan untuk tempahan sila hubungi Suria Suites.


No comments:

Post a Comment