Rumah embah dari halaman. Cantik untuk dilukis. Mak mertua saya beritahu, embah semasa sihatnya rajin tanam macam2 pokok. Tapi sekarang embah dah uzur dan halaman yang luas dibiarkan lapang jadi tempat parking anak cucu cicit balik kampung.
Jom jalan2 sekejap tengok pokok apa yang embah tanam tapi jarang dilihat.
Ini buah malinja atau belinjau. Orang jawa sebut melinjo. Buah nie la yg buat kerepek tu. Buat bubur pun boleh jugak. Tapi renyah nak buat. Nak ketuk2 guna hammer sebijik demi sebijik adoyaiiii.......kalau teringin sangat bolehlah cuba. Rajin ke? hehe..
Ini pulak pokok jambu susu. Jarang jumpa buah nie. Tak pernah nampak lagi dijual di mana2 buahnya.
Macam ni la rupa buah jambu susu yang telah gugur. Rasanya masam2 kelat sikit.
Bertemu jodoh dengan orang jawa kelahiran Scotland, UK dan menetap pulak di KL tak membantu vocab jawa saya. Encik hubby tak mengajar bahasa jawa di rumah. Sudah pasti pupus di generasi Amsyar agaknya. Jadi, kesempatan balik kampung Embah, saya cuba menambah vocab jawa saya walau pun asyik diketawakan akibat sebutan yang salah. Mau tak ketawa, bahasa jawa nie kelakar. ekekeke...
ok. Jom kita belajar nama kuih2 jawa.
Kuih lemper di dalam pinggan. Sebut lem (lem dr perkataan lembut) dan per (per dari perkataan Perlis). Bukan macam sebutan lempeng tu tau. LEMPER. kih kih kih...
close up kuih lemper. Unik cara bungkus kuih nie. Dalamnya ada pulut berinti. (tak ingat inti apa...)
Yang nie pulak kuih tum tumman. Pekat2 sikit cara sebut tu. Dalamnya tepung ala2 kanji sum sum yg lembut tu. Berwarna hijau.
Gemblong atau pulut tumbuk. Yang nie kena sebut betul2. GEMB + LONG (sebut macam long bahasa inggeris yg bermaksud panjang tu). Jangan sesekali sebut GEMB + LONG (sebut macam long ahlong bukit beruntung tu). Nak tau maksudnya apa? ORANG GILA. Hahaha.....jangan memain korang. Nak sebut, dengung idgham kena betul bahasa jawa ni. Gemblong nie sgt sedap dimakan dengan rendang. (ish ish ish...saja bagi lemak2 nie bertambah..huhu)
Inilah Embah kesayangan kami yang berusia 80-an. Embah Yot kesayangan Amsyar dan Qisya. Semoga Allah SWT memanjangkan usia Embah untuk kami terus dapat menumpang kasih sayang Embah yg sangat besar ini. We luv u Embah......... :)
15 Comments
Semoga panjang umo embah tu.. Insyaallah. Kalau balik kg lg tolong kirim salam embah ekk..Mcm besh je kuih2 yg dihidang ekk..
ReplyDeletependekar laut.... thanx. Saya asyik dok makan gemblong tu je. Nasi tolak tepi. hehe...
ReplyDeletefirst time tgk buah malinja....selalunya makan yg dah jadi kerepek tu je...
ReplyDeletemunna....saya kenal pun sebab pokok yg nie la. dah kawen baru kenal buahnya mcm mana. :)
ReplyDeletearisha suka pemandangan serta suasana kampung and so with the dishes :))
ReplyDeleteDah dua kali tgk antry ni still terliur tgk kuih2 tu.. Heheheeh
ReplyDeleteima xtau pon ada kuih gemblong?? serius x pnh mkn n x pnh dgr. how la??
ReplyDeletehani pun xtau pasal gemblong tu, ni musti kes makan je tauuu... hihi... erm, malinja tu kite xpanggil dia kerepek ye, kite panggil dia emping... sbb dia mmg pure buah tu dilenyek2 sampai leper...
ReplyDeletehani pun xtau pasal gemblong tu, ni musti kes makan je tauuu... hihi... erm, malinja tu kite xpanggil dia kerepek ye, kite panggil dia emping... sbb dia mmg pure buah tu dilenyek2 sampai leper...
ReplyDeletearisha.... kalau kampung harus mcm ini la kot...hehe
ReplyDeletependekar laut...hahaha... tak dapek nak nolong...
ima & hani....akak pun baru nampak, baru belajar & baru makan. hahaha.. tapi pelik la. takkan korang tak pernah makan ekk? musykil jap....sape sebenonya org jawa nih? hahaha...
ReplyDeletehani...ha'ah la. emping patutnya. terfikir2 jugak nama benda tu. takkan nak letak keropok kot.....ekeke..
hehe,.. ikut tersenyum membacanya,,..
ReplyDeletesemoga embahnya di kasih umur yang panjang ya,.amiin
Salaam. Saya berminat untuk mendapatkan biji benih jambu susu seperti yang terdapat di rumah Embah puan. Boleh ke jikanya saya meminta bantuan puan untuk mendapatkan biji benih tersebut? Sudah agak lama mencari benih-benih pokok buahan lama seperti jambu susu ini. Diharap puan dapat membantu saya. Terima Kasih.
ReplyDeleteSalam..minta share gambar buah jambu susu untuk entry saya..Susah nak jumpa buah ni..Saya baru dua kali dapat makan buah ni..TQ
ReplyDeletehttp://faizaleda.blogspot.com/
sedapnye buah jambu susu..dah lame xmakan..last mkn se sek g..dah lame mencari buah ni..dulu penah beli anak pokok jambu susu di nurseri,tapi beli dah besar dan berbuah kua buah jambu air..tlng email sy sis sya nk beli ank pokok@anak benih pokok jambu susu.email noorhazeilahyazid@yahoo.com dan tel 01127640694..
ReplyDelete