Rumah embah dari halaman. Cantik untuk dilukis. Mak mertua saya beritahu, embah semasa sihatnya rajin tanam macam2 pokok. Tapi sekarang embah dah uzur dan halaman yang luas dibiarkan lapang jadi tempat parking anak cucu cicit balik kampung.

 
Jom jalan2 sekejap tengok pokok apa yang embah tanam tapi jarang dilihat.



Ini buah malinja atau belinjau. Orang jawa sebut melinjo. Buah nie la yg buat kerepek tu. Buat bubur pun boleh jugak. Tapi renyah nak buat. Nak ketuk2 guna hammer sebijik demi sebijik adoyaiiii.......kalau teringin sangat bolehlah cuba. Rajin ke? hehe..


Ini pulak pokok jambu susu. Jarang jumpa buah nie. Tak pernah nampak lagi dijual di mana2 buahnya.



Macam ni la rupa buah jambu susu yang telah gugur. Rasanya masam2 kelat sikit.


Bertemu jodoh dengan orang jawa kelahiran Scotland, UK dan menetap pulak di KL tak membantu vocab jawa saya. Encik hubby tak mengajar bahasa jawa di rumah. Sudah pasti pupus di generasi Amsyar agaknya. Jadi, kesempatan balik kampung Embah, saya cuba menambah vocab jawa saya walau pun asyik diketawakan akibat sebutan yang salah. Mau tak ketawa, bahasa jawa nie kelakar. ekekeke...
 ok. Jom kita belajar nama kuih2 jawa.

Kuih lemper di dalam pinggan. Sebut lem (lem dr perkataan lembut) dan per (per dari perkataan Perlis). Bukan macam sebutan lempeng tu tau. LEMPER. kih kih kih...


close up kuih lemper. Unik cara bungkus kuih nie. Dalamnya ada pulut berinti. (tak ingat inti apa...)


Yang nie pulak kuih tum tumman. Pekat2 sikit cara sebut tu. Dalamnya tepung ala2 kanji sum sum yg lembut tu. Berwarna hijau.


Gemblong atau pulut tumbuk. Yang nie kena sebut betul2. GEMB + LONG (sebut macam long bahasa inggeris yg bermaksud panjang tu). Jangan sesekali sebut GEMB + LONG (sebut macam long ahlong bukit beruntung tu). Nak tau maksudnya apa? ORANG GILA. Hahaha.....jangan memain korang. Nak sebut, dengung idgham kena betul bahasa jawa ni. Gemblong nie sgt sedap dimakan dengan rendang. (ish ish ish...saja bagi lemak2 nie bertambah..huhu)


Inilah Embah kesayangan kami yang berusia 80-an. Embah Yot kesayangan Amsyar dan Qisya. Semoga Allah SWT memanjangkan usia Embah untuk kami terus dapat menumpang kasih sayang Embah yg sangat besar ini. We luv u Embah......... :)




Posted by Picasa