Tajuk entri hasil ciplak ayat makcik saya.
Dia kata, isteri-isteri yang mendapat suami hebat dari segi personaliti dan kerjaya, tolonglah carry juga kehebatan itu.
Saya rasa agak setuju dengan statement itu.
Hasil pemerhatian sekeliling saya,
memang agak ramai isteri-isteri yang macam itu.
gagal carry kehebatan suami.

 
#sebagai hiasan semata.

Sebagai contoh ye,

1) suami income berpuluh ribu sebulan, duduk rumah banglo siap ada swimming pool. 
Tapi si isteri langsung tak reti nak bersiap rumah dan diri sendiri.
Rumah tak berhias langsung, diri sendiri pun selekeh.
Dah la siap ada bibik, sungguh tak faham di situ.

2) suami yang hebat dan merupakan cendiakawan. 
Kalau melawak pun penuh ilmu.
Sangat dihormati penduduk setempat.
Tapi isteri biarkan rumah kotor dan bersepah.
Padahal rumah tu selalu tetamu datang.

3) suami yang hebat ilmu agama.
Tapi isterinya tak mahu mengikut tuntutan agama atau tidak berakhlak selayaknya isteri ilmuan agama.

Bukan nak kutuk, tapi betul kata makcik saya,
Dapat suami hebat, merupakan anugerah tak ternilai seorang isteri.
Hargailah....dan cubalah menjadi isteri yang hebat juga.
Tak gitu?

p/s: pesanan untuk diri sendiri juga. TQ makcik Nani... :)