Semalam saja-saja menonton movie Hafalan Shalat Delisa kat youtube.
Rasa tersentuh sangat hati dengan ayat "Delisa sayang Ummi kerana Allah."
syahdu sangat.

Betapa besar dan tulusnya hati seseorang itu jika dia menyayangi insan lain hanya kerana Allah.
Bukan rupa, bukan harta, bukan darjat dan kemewahan dunia.
Tiada alasan melainkan HANYA KERANA ALLAH SWT.
Bolehkah seorang 'saya'?

Tiba-tiba terasa nak bersihkan hati.
nak sayang semua orang kerana Allah.
jika dia membenci, hati ini tiada benci untuk dia.
jika dia menyakiti, 
tiada dendam untuk dia.
Semoga sifat mahmudah dalam diri melontar sifat mazmumah jauh-jauh.
hilang dendam.
hilang benci.
hilang segala sangka buruk.

Sayang kerana Allah.
Mudah-mudahan.....

 

p/s: hanya ingin mendidik hati... :)