Lama tak letak gambo-gambo makanan menarik.
kali ni terajin pulak rasa nak upload.
kalau meleleh air liur, sila lap sendiri, ok? :p

#memperkenalkan Kaw Kaw Burger Bakar.

Sejak tersebar luasnya pasal keglameran burger ni,
saya dan encik hubby sangat teruja nak rasa.
sedap betul ke?
yelahh.....order kol 5 ptg, kol 8 mlm baru dapat.
pastu pukul 7, dah stop ambil order.
melampo tu.

tak pernah beli burger macam ni punya gaya.
kena tahan sabar le beratur.
tak pun macam kes saya hari tu,
order pukul 6, dapat dekat pukul 9.
sempat merayau sana-sini siap pi solat dan lepak kat masjid lagi.
itu hari kedua pergi baru dapat order.
hari first tu, pegang kertas menu aje la sebab burger habis.
hoihhh....kalaulah saya yang tokeh burgernya...
mokcik kayo! kikiki...

#jom tengok deme main bakor-bakor.


#brader ensem ni malu-malu pulak bila cakap nak ambik gambo dia.
'akak nak masukkan dalam blog ni.'
'blog sape?' dia tanya.
'blog akak le.' saya.
'dalam fb add le.' dia.

kemain pot pet kami berborak.
saya dah macam wartawan jadi tukang temubual.
tanya serba serbi macam saya pulak nak bukak gerai burger. hahaha..


#tersipu-sipu lagi. hehe.


# ramai jugak krew burger Kaw Kaw nie. Yelah, nak bakor-bakor ni bukannya senang.


#aik? mcm mana boleh jadi terbalik lagu nih? tadi rasa dah rotate. Lantak le. Tepek jugak kat sini. Sila la telengkan kepala u olls... :D



#amacam? Vogue the vass tak burger ni?

Lokasi cawangan Kaw Kaw Burger ni kat Puchong Utama.
Foodcourt tu namanya Lokas Makana.
saya rasa ambil dari perkataan lokasi makanan kot.
dah takde idea nak pikior nama le tu. LOL...

untuk burger yang saya makan seperti di dalam gambar tu,
ada bakon, ayam dan daging diselang seli cheese ala-ala cheesy wedges KFC tu.
hoh! sedap melampau.
beli sebijik je share makan dgn 3 beranak.
rasa tak cukup pulak. 
nyesal beli sebijik.

Amsyar sekarang dah selera sangat bab2 makan nie.
dah tak boleh share2 dah dengan dia.
nanti harus beli lagi tapi kena mintak tolong adik ipar yang orderkan.
diorang nie taknak order by phone.
customer kena datang sendiri order, pastu pandai2 la.
nak tunggu ke...nak merayau dulu ke..

eh? nak tau harga burger yang dalam gambar ni? 
RM17 ye kawan-kawan.
inilah burger termahal pernah kami beli seumur hidup ini. hahaha...
tapi berbaloi-baloi.
mahal tapi sedap bangat.
u olls tak teringin nak rasa ke?