Kau membuatku berantakan
Kau membuatku tak keruan
kau membuatku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku...

Siapa ingat kata-kata di atas, memang terel.
Itu sebahagian lirik lagu Cinta ini Membunuhku nyanyian D'masiv.
Memang best lagunya tapi tak best liriknya.
Apa kes nak lagi kat orang yang tak hendakkan kita, ye tak?
Terhegeh-hegeh namanya tu.

Janganlah terbawa-bawa sangat.
sampai membunuh jiwa, membunuh diri.
macam tiada agama pulak.
meh sini nak bagi lagi sekali doa andai kecewa putus cinta.


Harap-harap doa ini membantu.
Rajin-rajinlah mengadu pada Allah.
Tingkatkan maruah diri.

Eh? Tetibe pulak tulis entri macam ni.
Well, ceritanya semalam terbaca pasal Syafika yang jatuh dari tingkat 23 sebuah kondo di Setapak.
Tidak dapat dipastikan arwah terjatuh atau sengaja jatuh.
Tapi puncanya adalah kerana CINTA.
Boleh baca kat SINI .