Ahad lepas saya telah khatam membaca novel Adam dan Hawa di mana dramanya kini sedang hangat diperkatakan.
Nanti saya akan review pasal drama dan novel ini di entri yang lain.
panjang sangat nak cerita kekdahnya.
entri ini ditulis sebab terkenangkan nama watak cerita tu.
To tell the truth, semasa Amsyar masih dalam kandungan saya nak letak nama Adam Mukhriz.
masa tu belum keluar lagi novel Adam dan Hawa tu tau.
nama Adam tu memang cool, macho dan sangat terserlah kelelakiannya kalau diletakkan pada baby boy.
Nanti bila dah besar, badan pulak ada six pack memang la nama Adam tu sangat cocok sekali.
memang berangan sungguh dah.
Kalau lelaki nak letak Adam Mukhriz.
Kalau perempuan nak letak Aireen Sofea.
kemainnn...hehe
Tapi bila dah nak masuk kandungan 7 bulan,
saya dapati too many Adam around me.
sepupu, nephew, kawan2.....hatta jiran pun ada nama Adam.
nama Adam yang bermaksud tanah tu terus taknak letak.
Mukhriz pun walaupun sangat sedap di telinga tapi adalah agak payah untuk disebut oleh kanak-kanak dan orang-orang tua.
Masa ni dah terbayangkan entah apalah Opahnya panggil nanti. huhu..
lagi pun terus teringat muka Mukhriz anak Che Det tu.
saya kalau bab2 nama politician ni agak skeptikal sikit.
tambah2 nama Anwar tu. hahaha....
makanya terus pangkah Adam Mukhriz walau pun dah lama set kat dalam kepala ni.
Lagi tak berapa hari Amsyar nak keluar, baru kelam kabut cari nama anak kat buku nama-nama bayi dalam Islam.
Kat situ saya jumpa Amsyar.
walaupun nama tu nama yang dah biasa tapi tiada Amsyar around me.
tambahan pula semasa mengandungkan dia saya adalah lembik semacam, makanya saya mahu dia jadi seorang yang cergas.
Maka jadilah Amier Amsyar.
Tiba pulak time Qisya.....termengandung sama-sama pula dengan adik ipar saya.
sambil duduk-duduk kat ruang tamu kami sembang ler adik-beradik nak letak nama apa.
Saya bagitau la nak letak nama Aireen Sofea.
pastu diorang cakap dah decide nak letak nama Ireen Darnisa.
Biras saya siap cakap siapa lahir dulu, dia la yang amik nama tu.
Oh......tak kosser saya nak rebut-rebut nama anak pulak.
walaupun dah bertahun dah set nama Aireen Sofea, ada beribu lagi nama lain untuk dipilih walaupun agak pening. hahaha...
Saya cerita pada adik angkat saya pasal hal nama baby ni lepas dah scan confirm baby girl.
lepas tu dia suggestkan nick saya sendiri yang digunakan di alam maya.
dia kata dia sukakan nama Qisya tu.
Saya bagitahu dia Qisya tu nama reka-reka saya sejak zaman sekolah.
lepas tu saya gunakan untuk semua aktiviti di internet.
Walaupun sangat suka tapi saya rasa tiada maksud yang baik.
google punya google dan tanya merata baru dapat tau tentang maksud Qisya tu.
Sangat happy dan taknak pening kepala, terus letak nama Qisya kat baby girl saya.
Lagipun, belum ada lagi Qisya kat persekitaran saya..
tambahan pulak, Qisya itu adalah saya.
dah sinonim sangat.
dah sinonim sangat.
Sonang cerito...
Walaupun saya rasa nama Amsyar dan Qisya senang disebut,
Opah diorang tetap berlaku 'kejam'.
Amsyar dipanggil Sepet. Qisya dipanggilnya ponyok.
nanges.
Lepas tu bila balik Sabak Bernam yang penuh accent Jawa atau bibik2 Indon,
Amsyar terus jadi Amsor.
nanges lagi sekali.
kah kah kah...
Bila bercerita tentang nama baby ni juga,
saya sangat hairan dengan sepupu-sepupu saya.
bayangkan mereka cuma tiga orang adik-beradik,
tapi ketiga-tiga mereka mempunyai anak perempuan bernama Nur Athirah.
camno tuh?
tak konpius ke makcik saya tu bila nak panggil cucu-cucu dia?
memang pelik diorang nie.
bila ditanya kenapa letak nama sama, boleh pulak kata takde idea.
pitaammmmm.....
Saya sebenarnya sangat sukakan nama yang simple.
paling panjang pun gabungan dua nama je.
Bukan apa, panjang-panjang dan canggih-canggih sangat pun, nanti panggilnya ciput aje.
Bila ada dua, bolehlah buat pilihan nak panggil mana satu dan sebutannya penuh dan membawa maksud yang baik.
Lagi pun, takut tak terbawa baby tu dengan sesetengah nama.
contoh macam nama-nama yang para Jin suka.
kena berhati-hatilah bila dah tahu, kan?
Saya telah memberikan nickname untuk 3 orang anak saudara saya dan nama penuh untuk anak lelaki adik bongsu saya.
Nak letak nama-nama ni dah tak pening dah. ngee....
p/s : Untuk Syani adikku yang tengah preggy tu, takde idea boleh roger2 akak...hehe
27 Comments
pun penah nak bagi nama anak Adam Qayyum. Tapi mak kata Adam cam nama org dulu plak...bubulah Firhan Qayyum
ReplyDeleteAlin.....sedapnya nama Firhan Qayyum.. :)
ReplyDeletepening jugak kan nk cari nama anak ni + kena cr yg ada makna. huhuhu pening la aj klu turn aj smpai nnt
ReplyDeletesaya suka nama adam.. dari dulu sampai sekarang.. harap Allah beri saya rezeki 1 hari nanti..
ReplyDeletenama baby ni kene pandai match kan.. untuk mudah dan sedap di dengar kan kak.. angah sy.. kalau bab bagi nama ank dia.. semua bg kat saya.. pening nak match kan.. dia siapkan 1 je nama.. kita kene matchkan pulak..
hahaha mcm best je pilih2 nme anak hihi
ReplyDeletepandai pilih nama + makna...
ReplyDeleteinsya allah akan sedap namanya.....
pandai pilih nama + makna...
ReplyDeleteinsya allah akan sedap namanya.....
3 org perempuan nama yg sama.. senang keje, panggil satu nama tiga2 datang.. :)
ReplyDeletekak, aku suka nama zafina..sebab nama watak princess of persia dalam game ps..bleh ke kalau nak guna..hahaha..
ReplyDeletetanya ustak takda maksud plak dalam bahasa arab..
dulu masa mama mengandungkan adik bongsu...scan pompuan,so mama nak bubuh nama Siti Asriza (lbh kurg dgn nama adik pompuan)..then,klu lelaki mama nak bubuh Ashrulhisyam..tpi kat QTRS tu ada sorg nama hisyam,terus mama cancel..lahir je adik lelaki,terus letak Ashrulnizam.hahaha.
ReplyDeletekalau eca lak,eca nak letak nama sempena nama ketiga-tiga arwah kwn baik eca.harapnya bakal hubby setuju la ye kak?...ngee,kahwin pun xlagi.hahaha XD
entah macam mana la perasaan ketika tu kan?? dan saya pasti akan melalui saat ketika hendak menamakan nama anak saya nanti.. adeh..tak dapat bayangkan..hehehe
ReplyDeleteaku suke sangat nama aurora. kalau ada anak bile dah kawen nanti nak letak tapi takde maksud dalam bahasa arab.
ReplyDeleteaurora dalam bahasa greek. bintang yang cerah...
Yang salah opah juga...hehehehe
ReplyDeleteAkuterbalik lak..anak2 aku panggil nenek dia Nek Mok...hehehehe
aj.... jgn risau, tak pening sgt sbb skrg maklumat di hujung jari je.. :)
ReplyDeleteAdam Hawa.... mmg dah tau pun suka nama Adam tu. ekeke..
ReplyDeleteinche hlovate... mmg best pun. Cepat le kawen... hehe
ReplyDeleteQhaifa nur... yup betull. setuju sgt.
ReplyDeleteBundle.... Zafina? Nanti dia asyik menari zapin je. hahaha..
ReplyDeleteEca.... takde masalah pasang awal angan2 tu. Ada la arah tuju sikit.. :)
ReplyDeleteBoni.... perasaannya mestilah best. Silalah kawen cepat. :p
ReplyDeleteRapunzel Cikilolo.... x semestinya kena bahasa Arab, asal membawa maksud yg baik, kira ok le tu. :)
ReplyDeleteHanif Idrus.... ater, dah opahnya susah nak ingat nama cucu2nya yg ramai tu. hadap je la...hehe..
ReplyDeletewarghhh cam ni nak mintak suggest yana laaa pa nak bg nama kat baby yanty ni hihiiiii
ReplyDeletewarghhh cam ni nak mintak suggest yana laaa pa nak bg nama kat baby yanty ni hihiiiii
ReplyDeleteterima kasih buat saya gelak di malam-malam buta hehehehe... bab opah tu memang x leh blah.. akakakaka
ReplyDeleteYana Halim....semestinyer nama anak dlm bahsa arab...kerana arab akhirat yg akan digunakan nanti..bukan greek
ReplyDeletebleh carikan nama bby boy bermula huruf A n F sy blur byk sgt nama unik sekrg..nnti bleh reply by email
ReplyDeleteyan_farah@yahoo.com