Apa punya tajuk entri daaa...
memang tengah pening.
nak letak cara-cara memberhentikan susu badan, tak ada banyak cara pun.

Cuma nak share pengalaman semasa Qisya mula bercerai susu.
Qisya berhenti menyusu badan pada umur 2 tahun 3 bulan.
memang payah sebenarnya sebab sangat kasihan.
Pada usia sebegitu, dia dah pandai cakap sikit-sikit, meminta-minta dan merayu-rayu.
kesian sungguh.

Tapi memandangkan dia dah besar, 
nak melekap je memanjang kalau kat rumah tu, memang payah le kan.
lenguh tau.
hari terakhir tu saya sapu minyak angin, tapi dia tak kisah langsung.
nak menyusu jugak.
menyusu bersungguh-sungguh pulak tu macam dah lama tak menyusu.

Esoknya, sampai je kat rumah selepas ambil dia di rumah pengasuh...
saya bagitahu kat dia ..
"hari ni tak boleh shetek dah tau. adik dah besar. minum susu botol je."
tanpa saya sangka, dia terus mencari botol susunya dan menyerahkan pada saya.
lepas tu saya pun saja offer dia nak tengok reaksi dia.
terus dia kata, "tak nak!"

Eh? terkejut juga saya.
macam mana boleh senang sangat pulak ni?
padahal, berhari-hari saya fikirkan cara untuk buat dia berhenti menyusu badan.
Manakan tak, sejak masuk umur dua tahun, makin kerap dia nak menyusu.
lama pulak tu.
tak sangka pulak begitu senang.

Alhamdulillah....tak payah pening-pening dah.
tapi sejak tak menyusu badan ni, kemain noti budak kecik ni.
lasak bukan main.
segala benda nak di explore.
yang terbaru, habis dinding dicontengnya dengan pensil.
adoiii...


#gigi dah nak penuh... :)