Amsyar dah selamat bersunat pada hari Isnin lepas.
Mula-mula nak hantar klinik biasa je.
Kitorang book awal sikit sebab maklumlah, musim cuti sekolah hujung tahun ni biasanya ramai budak-budak nak bersunat.
So, bayaran yang akan kena bayar untuk di klinik biasa ialah RM170 untuk kaedah clamp.
Kalau kaedah jahit, RM160.
Pada saya, tak kisah la.
Ok la tu.

Tak lama lepas tu, Tok bah si Amsyar call suruh bersunat di Fakulti beliau saja.
Ada 3 orang pakar bedah yang akan uruskan program berkhatan ramai-ramai.
Mak aiii.....pakar bedah?
Kemain si Amsyar. hehe..

Apalagi...terus cancel book yang kat klinik tu.
Seronok juga nak tengok hospital baru UiTM ni.
Sekarang ni masih dalam keadaan membangun.
Office Tok Bah si Amsyar pun belum masuk perabot yang sepenuhnya lagi.
Coming soon akan jadi macam PPUM.
Tapi menurut my FIL, sekarang ni public sudah mula digalakkan untuk pergi ke situ.

#Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh.

Malangnya saya terlupa nak bawa kamera.
Sedangkan Amsyar adalah satu-satunya anak lelaki saya.
Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir saya menguruskan hal bersunat anak.  :)

Kami sampai di sana dalam pukul 10.30 macam tu.
Happynya si Amsyar sampai naik hairan saya dibuatnya.

#kemain buat peace...


Selepas daftar, terus masuk wad untuk ambil berat, tinggi, tekanan darah dan sesi interview dengan Doktor kat situ. 
Tanya macam-macam pasal history perubatan Amsyar.
Sungguh cantik Doktor tu. (menambah sengih si Amsyar).


#eh? Peace lagi? (guna kamera h/p je.)

Dah settle semua, nurse suruh buang air siap-siap dan tukar baju untuk pakai ke dewan bedah.
Prosedur ni rasa nak tergelak pun ada juga.
Bayangkan Amsyar pakai macam ni, siap bersarung kepala ditolak dengan sekali katil nak masuk ke dewan bedah sambil baring macam nak operate sakit yang serius.
Abah dan Tok Bahnya sekali pakai baju bilik bedah tu.
Dari tingkap kecil di pintu sebelum masuk ruang untuk ke dewan bedah tu, dia sempat lagi menyengih sambil melambai saya.
Wah! Kagum saya.
Kalau saya dalam keadaan dia, dah tentu seriau gila melihat begitu ramai yang hanya nampak mata. hehe..
Doktor yang mengkhatankan dia tu, pakar bedah breast cancer.

Tak sampai sejam kemudian, FIL dan encik hubby pun panggil saya di ruang menunggu bagitahu dah settle.
Terus excited tanya encik hubby.
"Macam mana Amsyar?" tanya saya.
"Meraung juga dia masa kena cucuk jarum bius tu." jawab encik hubby.

Hehe....ingatkan langsung tak nanges. 
Tapi dia memang berani.
Sampai je kami kat wad, tengok dia tengah lunch.
Senyum memanjang.

Lepas tu, kitorang pun terus lunch dan jalan-jalan kat office baru FIL saya.
Amsyar dah boleh keluar lepas pukul 2 petang.
Pesan siap-siap kat dia jangan bergerak banyak sangat.
Sekarang memang la tak sakit, takut sampai rumah kang asyik nanges je tanggung sakit.


#macam ni la dia kat rumah. Encik hubby fikir guna buai si Qisya ni dah habis kretip le ni. hahaha...

Masa ni dia tengah sedih, "takde sape tengok Aca ke? Aca sakit ni....aritu Uncle cakap nak datang."
Dah petang, ubat bius dah hilang, rasa sakit tu pun datang.
Lepas Maghrib, sorang Aunty Uncle pun tak nampak.
tambah lagi sedih di hati.
"Aca rasa semua orang tak datang tengok Aca."
"Ada. Nanti diorang datang la tengok abang." pujuk saya.
Hadoiii....tetibe pulak segala sengih hilang digantikan feeling sentimental pulak dah.

Tapi nasiblah lepas Isya' tu Tok Bah, Ummi, Uncle Is, Aunty Dija dan Aunty Amni datang.
Baru happy balik dia.
Sensitip gak budak ni ye. hehe..
Malam tadi ada lagi Uncle dan Aunty yang datang.
Ryann dan Irene pun ada.
Dah ramai budak-budak, banyaklah barang mainan yang dikeluarkan.

Makanya sebelum sempat nak kemas mainan selepas diorang balik malam tadi, Qisya telah sempat membaling lego yang telah bersambung ke arah tempat kecederaan Amsyar.
Boleh bayangkan macam mana?
Melalak la apa lagi.
Patutlah Amsyar beria-ia selepas sunat suruh jaga adik, jaga adik.
Apa nak buat, terjadi juga. huhu...
Sorry abang... mama tak sempat nak rescue.
Mama harap abang cepat sembuh.
Kuatkan semangat...abang kan dah jadi big boy?