Memandangkan blog ni memang suka tepek gambar melambak-lambak kat blog, makanya semalam adalah hari terakhir saya sedap-sedap tepek gambar sesuka hati.
Sudah cukup sudaahhhh....kata si Google.
Kedekut beno. grrr...



Sebenarnya ada cara kalau u olls nak mengelak dari membayar kat Google tu.
Sedikit pencerahan, tuan blog ni adalah pemalas sangat tang nak buat tutorial bagai.
Lagi pun, blog ni hanya blog picisan luahan rasa saja.
Tapi......disebabkan ramai juga yang bertanya macam mana nak buat, makanya dengan penuh kasih sayang saya bagitahu caranya.
Simple-simple punya penerangan, boleh faham, kan?
kalau tak faham, silalah tanya lagi.

1) Sila create akaun gmail yang baru. Gmail sahaja.

2) Buka dashboard blog u olls.

3) Klik Setting yang berada di sebelah kiri blog.

4) Di bahagian 'Permission' klik Add authors

5) masukkan acc baru gmail yang  di create tadi. Klik Invite authors

6) Sign out dari acc asal blogspot.

7) Sign in pulak acc baru gmail tadi. Di inbox tu terus klik line biru dan terus automatik masuk ke dashboard blog.

8) Untuk dapatkan semua fungsi blogspot ----> Sign out.

9) Sign in balik dengan menggunakan acc asal blog.

10) Klik Setting ----> di bahagian 'Permission' lihat bahagian 'Blog Authors'

11) Klik anak panah Author dan silalah pilih Admin.

12) Dah siap. Makanya bolehlah tulis dan tepek-tepek gambar menggunakan akaun gmail yang baru.

Tak faham sebab takde gambar?
Silalah tanya. Sekian. :)