Pagi tadi tengah bersiap-siap nak pergi kerja, sempat berpesan kat Amsyar.
"Balik sekolah, abang tolong kemas bilik abang ni. Nanti lepas bersunat, abang duduk bilik ni. Dah buat appoinment doktor kena sunat hari ahad malam Isnin." saya.
"Aca sorang je ke kena sunat?" Amsyar.
"Yelah. Dalam rumah ni semua dah sunat. Abang sorang je belum." saya. (terus tepuk dahi sebab rasa macam silap cakap pulak lepas tu.)
"Eh? Adik (qisya) dah sunat ke? Mama tipu. " Amsyar.
"Dah. Perempuan pun semua bersunat. Tapi bersunat masa kecik, masa baby." saya. (terpaksa explain.)
"Sakit ke bersunat tu, mama? Aca takutlah. Nanti nak minta gula-gula." Amsyar.
"Apasal pulak nak gula-gula? Untuk penenang ke?" tanya saya.
"Yelah. Aca takut." Amsyar.
"Takyah ngada-ngada." saya.
Ok. Siap dah pakai tudung.
On the way nak ke pintu, tetiba dia bersuara.
"Alaaa......perempuan nanti kena bersunat lagi kalau bersalin, kan mama?"
Mamanya rasa nak hantuk kepala ke dinding tapi malas nak layan dah.
Entah dari mana datangnya idea tu tak tahulah saya.
hmmmm....amsyar, amsyar.....
*google
#Amsyar nak bersunat ramai-ramai macam ni kat kampung tapi maaflah, mama takde cuti dah. Macam mana nak jaga dia nanti.
16 Comments
anak kita darjah 1 plak minta nak sunat,katanya kawan kawan dia semua dah sunat hu hu
ReplyDeletehahaha ! nanti anak buah CP pown nak disunatkan serentak je , umur 11thn, 9thn, 5thn ... :)
ReplyDeleteplan thn ni nak sunatkan along/angah....nasib baik nak
ReplyDeleteha pompuan kena sunat lg kalau bersalin nanti..hehee info mana dia dapat tu...:)
ReplyDeletePerempuan bersunat masa bersalin. Bukan setakat bersunat, beribu-ribu urat putus ( terkenang pengorbanan seorang ibu ).
ReplyDeletesunat masa bersalin. hehe
ReplyDeletesunat masa bersalin??hehehehe
ReplyDeletemesti dup dap si amsyar tu..hihih
ReplyDeletebersunat masa bersalin, mana dia dapat citer tu kak..
xda jawapan dah...
ReplyDeletewahh nk brsunat dh amsyar.. mn plk dtg idea snt ms brsalin tu hihi
ReplyDeleteemm..tak tahu nak komen ape..hihi..
ReplyDeleteMasuk jawi menjadi lelaki sejati....selepas sunat.
ReplyDeleteKata bapa aku kononnya nak kasi ayat semangat...
Dalam hati..dup..dap..kikiki
ahahahaha...
ReplyDeleteamsyar.. amsyar...
hantuk yana jgn tak hantuk kepala tu ekekekekek...
lucu la anak teruna ko ni Yana :D
hehe. teringat dulu kenangan saya bersunat tahun 1999. hehe. tapi masa tu tak ramai, sorang je. hehe
ReplyDeletehaha.. lawak betol budak2 skrg. first time ni dgr prmpuan brsunat masa brsalin, hehe
ReplyDeletehehe comel betul gelagat..:)
ReplyDelete