Setiap blogger pasti ada blogger feveret sendiri, kan?
Tak kiralah disebabkan orangnya yang cantik ke, yang pandai bercerita ke, karakter ke atau segala faktor-faktor lain yang mempengaruhi sebab-musabab u olls asyik nak ke blog beliau hari-hari.
Mesti ada dan senyap-senyap sendiri sudah la..hehe.

Ok. Siapa pulak blogger yang popular kepada orang sekeliling u olls?
Tak kiralah kawan-kawan setempat kerja ke, keluarga ke, saudara-mara ke, kawan-kawan sosial network ke..... siapa?

Adalah ironi sekali blogger yang paling popular pada orang sekeliling saya ialah sifu saya di alam blog yang merupakan follower pertama blog ini,  penjejak cbox blog ini yang pertama dan paling best ...
penyumbang besar trafik ke blog ini.
Siapakah beliau?
Beliau ialah ana suzana .
dan sila percaya.....beliau jugalah satu-satunya blogger yang pernah saya berjumpa selain orang sekeliling saya yang memang dah ada blog.

Kebanyakan diorang tak kenal Hanis Zalikha ke, Cik epal ke, Fatin Liyana ke (yang sangat dah sinonim pada para blogger)......tapi ana suzana selalu ada dalam topik sembang-sembang terutama bab masak-masak mengalahkan blogger Mat Gebu pulak.
Encik hubby sebagai contoh boleh tanya kat saya siapa host Mad Market kat tv tu.
hehe...sabo je la hanis Zalikha.

Buktinya macam kat bawah. 


#terima kasih ana. Erk! first time cecah lebih 1k sehari...:)


Apabila kezen saya yang jauh di mata pun sibuk nak link2 tutorial masakan ana kat FB, adik-beradik dan sedara mara pun bercerita jugak pasal blog ana, rasa nak je nyelit bagitau....weiiiii.....aku pun ada blog gak weiii...taknak jenguk ka....tak nak tolong link kan ka...? hahaha.... (agak sadis di situ..)

Well, kalau ramai yang hairan kenapa beliau seorang yang murah rezeki, ini jawapannya.
Jangan kedekut, jangan kedekut dan jangan kedekut.
Ana seorang blogger yang bila dia share info apa-apa terutama mengenai masakan, dia akan bagitahu dengan detail.
Brand apa yang diguna beserta sukatannya sekali.
Tak seperti blogger lain yang cerita sikit-sikit je tentang resepi selepas tepek gambar makanan.
Padahal katanya terel masak tapi kedekut resepi.
Pernah jumpa tak jenis macam tu?


#kawan saya berjiran dengan ana suzana. So, boleh le nak berjumpa kejap.

Saya tak rajin nak berjumpa blogger di alam nyata.
Walaupun hanya di alam maya, semuanya ada tempat di ruang hati saya.
Terima kasih pada ana dan semua blogger yang dikenali di alam maya ini.
Semoga terus berblog untuk berkongsi ilmu dan berkongsi citrawarna kehidupan.

p/s: Ana....lasagna satu bekas! hehe...