Novel yang diangkat ke layar perak dan skrin tv pasti akan dibuat perbandingan.
Sebagai contoh novel Adam dan Hawa yang dramanya bikin ramai yang agak sasau sekarang ni.
Hari jumaat, sabtu dan ahad diharapkan cepat berlalu sebab nak tengok sambungannya macam mana.
betul tak?
kalau tiada yang sasau, kira orait le tu kan.
rileks rileks sudah. hehe..

Pada saya, novel tetap novel. 
Drama tetap drama walau jalan cerita dan skripnya adalah sama.
Nikmat feeling membaca novel adalah berlainan feeling tengok drama.
kalau tak, takkan dua-duanya saya layan? ngeee....
faham, kan?

#novel Adam dan Hawa cetakan terbaru baru khatam dua minggu lepas.

Saya pernah membaca novel ini lama dulu.
tak ingat novel siapa yang saya pinjam dan jalan ceritanya macam mana.
makanya bila adik ipar saya membeli novel ni, terus saya baca balik.
Maknanya apa, ya?
Adam Mukhriz dan Ain Hawani bukanlah watak novel yang melekat sangat dalam kepala saya ni.

Ada satu couple watak novel yang paling saya ingat sangat semenjak dari zaman sekolah hingga sekarang.
dah berpuluh tahun nama mereka ini dalam kepala saya.
Saya berharap sangat suatu masa nanti akan ada yang buat drama atau filem ni.
Siapakah mereka?

#kulit novel yang langsung tak menggambarkan ceritanya.

Mereka ialah Intan Samad dan Assad Effendi.
dengan kulit novel yang tidak menarik hati dan nama watak yang tak komersial....
Intan dan Assad adalah watak yang paling melekat.
Entah apa aura novel ini, saya teringat-ingat setiap adegan dalam novel ini.
Memang best sangat novel ni.
Entah kat mana nak cari novel ni sekarang.

Hujung minggu lepas, saya membaca novel Curi-curi Suka pula.

#kulit novel yang sangat berhubungkait dengan jalan cerita.

#si penulis yang cute Liyana Zahim punya contengan. hehe...

Jalan cerita yang best, diadun dengan semua rasa.
Seperti kata penulisnya, novel ini dihasilkan ketika beliau masih bersekolah.
Makanya ini adalah novel yang mesti dimiliki lantaran terkagum sangat dengan usia penulis yang sangat muda ketika menghasilkan novel sebegini.
Bagaimana dengan lima tahun yang akan datang?
Hopefully, akan terlahir lebih banyak karya-karya gempak dari beliau.
dan seterusnya ke layar perak.
Best kan dinde? 
Boleh terus beli SUV yang stylo. heheh!

Ada 5 buah lagi novel di tangan sedang menunggu giliran.
Walaupun novel paling trending sekarang ialah I Love U, Stupid! karya kak Melur Jelita....
rileks-rileks sudahhhh.....
panjang umur, pasti akan ketemu. :)

p/s: Setelah dua bulan tiada BE baru, akhirnya hari ini dah dapat BE Colgate. Terima kasih Nuffnang!