Disebabkan drama tempatan kini semakin tinggi mutunya,
jalan cerita pun memang menarik setiap sekali...
jadinya di tahun 2012 saya adalah menjadi penonton drama Melayu yang agak setia.
Tak dapat menonton di tv, saya gagah layan di Tonton atau dailymotion.
Memang terbaiklah drama-drama Melayu.
Kalau dipromosikan lebih giat, silap haribulan lagi best dari drama negara-negara lain.
*cuma saya sangat menyampah dengan penggunaan rumah yang sama berulang-kali. Sila take note wahai pengarah sekelian.
Dan saya juga buat pertama kali join menghantar borang untuk peraduan ABPBH 2012 ni.
makanya saya nak buat sedikit analisa tentang calon-calon kategori pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012 di mana empat daripada mereka memang mendapat undi saya.
Tahniah kepada Fasha Sandha, Izara Aishah, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha kerana tercalon.
Memang layaklah tercalon sebab populariti.
Kalau bab bakat, mari kita analisis sikit.
ecewaahh....analisis le pulak. ekeke...
Ok. Lets start... (lapangkan dada dan jangan emo dengan pandangan saya, ok...hehe)
#Fasha Sandha
Pada saya, Fasha Sanda adalah artis yang kuat semangat dan berdisiplin tinggi. Menjadi pilihan pengarah selalu, maka banyak drama lakonan beliau tersiar di tv. Selain kisah peribadi yang sering mengundang kontroversi, deretan drama lakonan beliau masih belum ada yang betul-betul melekat di ingatan saya melainkan drama Natasya. Tapi paling tidak boleh dinafikan, Fasha Sandha adalah pelakon drama TV yang popular.
#Izara Aisyah.
Izara Aisyah ni kalau berlakon drama yang sweet-sweet ala drama Korea memang sesuai. Memiliki raut wajah yang agak garang tapi comel memang sesuai sangatlah dengan watak agak keanak-anakan. Populariti Vanilla Coklat menaikkan nama Izara Aisyah dan buatkan saya teringat akan beliau seiring dengan nama Vanilla Coklat. Watak antagonis dalam drama Sofiyya pun agak menjadi juga.
#Nabila Huda
Sangat jelas sebab saya memilih Nabila Huda. Belum ada lagi pelakon drama wanita yang buat saya terkesan sangat dengan watak lakonan mereka. Nabila buat saya asyik terfikir-fikir akan nasib wanita bernama Julia watak lakonannya. Saya tak nampak Nabila tapi Julia yang tersangatlah Julia. Sangat mengesankan. Kalaulah anugerah ini bukan anugerah popular tapi anugerah pelakon terbaik, sudah pasti Nabila Hudalah pemenangnya.
#Neelofa
Maaf. Tiada lakonan Neelofa yang terkesan dihati. Jadi saya tak undi beliau. Tapi beliau selalu keluar TV. Macam-macam drama, macam-macam kontroversi. Tidak dapat dinafikan beliau adalah popular. Nama pun anugerah bintang popular, makanya saya tak hairan beliau tercalon sampai tiga kategori.
#Siti Saleha
Nora Elena dan Terlanjur Cinta adalah antara drama lakonan Siti Saleha yang melekat diingatan. Agak malangnya, dua-dua watak tu kena rogol. hehe... Tapi kesungguhan Siti Saleha membawa watak Nia sangat mengesankan. Boleh maju lagi ke depan. :)
Gigih juga cari gambar menutup aurat. hehe...
Kak Kamsiah pesan kita dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.
Saya pun bukan peminat tegar atau best friend mereka ini.
Nak tulis lebih-lebih takut tersilap pulak.
Kepada calon-calon Pelakon TV Popular ABPBH 2012, good luck la ye.
Ini je la yang mampu saya tulis sebagai si penghantar borang peraduan.
Harap-harap jadi pembaca bertuah...ekeke...
18 Comments
hebat2 semuanya ni kak..cuma neealofa tu..nur pun kureng sikit..dan setuju..xde watak yg melekat dalam ingatan kita untuk pelakon baru tu....
ReplyDeletemoga berjaya buat semua.. :)
yana..agak2 ada peluang ber 'red carpet' bersama artis tak nanti..:)
ReplyDeletesaya suka lakonan izara aisyah..hehehe.lakonan dalam drama yang comel2 memang sesuai dengan dia..
ReplyDelete@Cik Nur
ReplyDeletemana boleh berjaya semua nur. Sorang je yg boleh menang. hehe..
@❤Kamsiah❤
ReplyDeletetak mungkin kot. Tu yg antar byk2. Saya pun ngendeng paper abg saya utk peraduan je. ekeke....
@boni kacak
ReplyDeleteha'ah. Mmg sesuai sgt dgn dia. Macam Lee Da Hee version Malaya. :)
testing test
Deletemasa tengok gambar nabila huda tu memang dah perasan dah.."aik? nabila huda pakai tudung? lainnya muka dia"..then bila last baru la sedar yg semua gambar tu bertudung..hehehe
ReplyDeletekalau dalam lima2 tu, minat tengok neelofa dgn siti saleha..tapi kalau dari segi lakonan, lagi minat lakonan siti saleha..:D
Taki nak dah jd penyebar gambar seksi meksi diorang. Lgpun gambo pakai tudung lg lawa, kan? hehe..
DeleteSiti Saleha dah makin byk peningkatan. Dia pun mcm ok je x byk kontroversi. Ok jugak kalau dia menang. :)
saya suka izara aisyah...tp macam poyoooooooooooooooo jer...
ReplyDeleteHahaha....poyo la pulak. Comel je dia... :)
DeleteRasanye kalao nak ikut betul2 bakat, Fasha Sandha yg paling bagus kot..yg lain tuh so and so kecuali nabila huda..dia spontan dan watak nmpak hidup..neelofa minta maafla...x ada apa yg saya suka dengan dia even mengacara..hehe
ReplyDeleteBetul tu zuha. Walopun kdg2 rasa nyampah dgn kontroversi si Fasha Sandha, tp masih boleh le tengok drama2 dia. Kalau Neelofa, x teringin rasanya nak follow betul2. Tengok gitu-gitu je. Maybe sbb bila berlakon dan mengacara pun gaya cakapnya sama je. Entah le...
Deletebagus lah akak ni. saya salute dengan akak. hehe. kalau saya? saya minat siti saleha tu haaaa. penangan nora elena kot. hahha
ReplyDeletetgh musim melayan drama...hehe..
Deletesuka semua yang terpilih nie, pape pun mereka adalah yang terbaik...susah nak memilih....heheh
ReplyDeletemselim3
ye laa...semua cantik2. hehe... Saya pilih Nora Danish. Tak tercalon pulak dia.. :)
Deletebella suka siti saleha . kalau ada drama je yg dia berlakon mesti semangat habess ah nak tengok . err tak berapa suka jugak neelofa . lagi-2 lepas kontroversi dia dengan anzalna tempoh hari
ReplyDelete