Disebabkan drama tempatan kini semakin tinggi mutunya,
jalan cerita pun memang menarik setiap sekali...
jadinya di tahun 2012 saya adalah menjadi penonton drama Melayu yang agak setia.
Tak dapat menonton di tv, saya gagah layan di Tonton atau dailymotion.
Memang terbaiklah drama-drama Melayu.
Kalau dipromosikan lebih giat, silap haribulan lagi best dari drama negara-negara lain.
*cuma saya sangat menyampah dengan penggunaan rumah yang sama berulang-kali. Sila take note wahai pengarah sekelian.

Dan saya juga buat pertama kali join menghantar borang untuk peraduan ABPBH 2012 ni.
makanya saya nak buat sedikit analisa tentang calon-calon kategori pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012 di mana empat daripada mereka memang mendapat undi saya. 
Tahniah kepada Fasha Sandha, Izara Aishah, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha kerana tercalon.
Memang layaklah tercalon sebab populariti.
Kalau bab bakat, mari kita analisis sikit.
ecewaahh....analisis le pulak. ekeke...
Ok. Lets start... (lapangkan dada dan jangan emo dengan pandangan saya, ok...hehe)


#Fasha Sandha

Pada saya, Fasha Sanda adalah artis yang kuat semangat dan berdisiplin tinggi. Menjadi pilihan pengarah selalu, maka banyak drama lakonan beliau tersiar di tv. Selain kisah peribadi yang sering mengundang kontroversi, deretan drama lakonan beliau masih belum ada yang betul-betul melekat di ingatan saya melainkan drama Natasya. Tapi paling tidak boleh dinafikan, Fasha Sandha adalah pelakon drama TV yang popular.




#Izara Aisyah.

Izara Aisyah ni kalau berlakon drama yang sweet-sweet ala drama Korea memang sesuai. Memiliki raut wajah yang agak garang tapi comel memang sesuai sangatlah dengan watak agak keanak-anakan. Populariti Vanilla Coklat menaikkan nama Izara Aisyah dan buatkan saya teringat akan beliau seiring dengan nama Vanilla Coklat. Watak antagonis dalam drama Sofiyya pun agak menjadi juga. 



#Nabila Huda

Sangat jelas sebab saya memilih Nabila Huda. Belum ada lagi pelakon drama wanita yang buat saya terkesan sangat dengan watak lakonan mereka. Nabila buat saya asyik terfikir-fikir akan nasib wanita bernama Julia watak lakonannya. Saya tak nampak Nabila tapi Julia yang tersangatlah Julia. Sangat mengesankan. Kalaulah anugerah ini bukan anugerah popular tapi anugerah pelakon terbaik, sudah pasti Nabila Hudalah pemenangnya. 



#Neelofa

Maaf. Tiada lakonan Neelofa yang terkesan dihati. Jadi saya tak undi beliau. Tapi beliau selalu keluar TV. Macam-macam drama, macam-macam kontroversi. Tidak dapat dinafikan beliau adalah popular. Nama pun anugerah bintang popular, makanya saya tak hairan beliau tercalon sampai tiga kategori.



#Siti Saleha

Nora Elena dan Terlanjur Cinta adalah antara drama lakonan Siti Saleha yang melekat diingatan. Agak malangnya, dua-dua watak tu kena rogol. hehe... Tapi kesungguhan Siti Saleha membawa watak Nia sangat mengesankan. Boleh maju lagi ke depan. :)


Gigih juga cari gambar menutup aurat. hehe...
Kak Kamsiah pesan kita dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.
Saya pun bukan peminat tegar atau best friend mereka ini.
Nak tulis lebih-lebih takut tersilap pulak.
Kepada calon-calon Pelakon TV Popular ABPBH 2012, good luck la ye.
Ini je la yang mampu saya tulis sebagai si penghantar borang peraduan.
Harap-harap jadi pembaca bertuah...ekeke...