Assalamualaikum...bismillah..

ya Allah, hari ini digerakkan hati ini oleh Allah swt untuk tidak bertemu ejen catalyst di IOI Mall Puchong.
Saya terus mencadangkan untuk berjumpa di Giant Kinrara sahaja disebabkan ingin membeli barang-barang sempena majlis harijadi esok.
Dan hati ini juga digerakkan untuk tidak melalui laluan biasa saya balik ke rumah lantaran ternampak jammed yang agak teruk selepas tol LDP memasuki Puchong.
Alhamdulillah ya Allah...

 #IOI Mall Puchong yang mengalami banjir kilat buat pertama kali.



 #Dah jadi macam sungai.



 #Apa jadi kat tuan kereta ni. Kasihannya.



 #Keadaan di dalam IOI Mall Puchong.



#Simpang di mana kereta-kereta ini tersadai inilah jalan menghala ke rumah saya. Saya pernah juga meranduk banjir kilat di sini, tapi keadaan masa tu tiadalah seteruk macam ni yang melimpah sampai ke IOI Mall Puchong di sebelah sana.


#Sepatutnya saya parking di sini lepas balik kerja petang tadi.
*semua gambar ihsan FB

Alhamdulillah ya Allah....
saya pun tidak tahu keadaan di IOI Mall Puchong seteruk ini hinggalah encik hubby call tanya saya berada di mana.
Semoga proses pembinaan LRT siap cepat.
Dan pengajarannya di sini, rajin2lah baca doa naik kenderaan semoga perjalanan kita selamat.