Umrah 2013 - Part 10 (Melontar di Makkah)

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Ada istilah lucu semasa berada di Mekah.
Mutawwif kami menggelarkan shopping itu adalah 'melontar'.
hehe....nampak berbahasa sikitlah ...

Memandangkan kami tidak 'melontar' di Madinah, Abah ajak kami khususkan waktu di mana kami boleh 'melontar' selain waktu umrah atau ziarah.
Awal-awal Abah dah pesan supaya niat kita adalah untuk memakmurkan ekonomi penduduk Mekah dan Madinah, bukan niat ke sana untuk shopping.
Saya pun tiada niat langsung nak shopping itu ini melainkan kalau ada, nak beli sedikit hadiah ikhlas untuk adik-beradik dan kawan-kawan.
Apalah sangat dengan pashmina, ketayap dan tasbih tu kan?
Tapi rasa seronok sebab dapat memberi.

Di Mekah, harga tamar, manisan dan kekacang adalah agak scary.
Kekacang campur yang saya beli berharga SR 50 untuk sekilo!
Tamar yang dibungkus berbentuk hadiah pula, faham-faham je lah.. huhu...



#salah sebuah contoh kedai tamar di Mekah. Semua papan tanda kedai jual buah tamar ni lebih kurang sama saja. 



#suasana dalam kedai yang jual manisan dan kekacang. Jangan bimbang, mereka pandai berbahasa Melayu. Tapi agak malangnya orang Arab ni agak payah tawar menawar. Pandai-pandailah mencari kedai.




#Ini mentimun atau zucchini? Sila konpius.




#kat dalam kedai runcit pulak.



#yeay! cream cheese yang sangat sedap dimakan dengan buah tamar. Tak percaya, u olls try ler...memang terbaik.



#kedai-kedai runcit, makanan dan cenderahati yang berselerakan di tepi-tepi bangunan hotel dan lorong-lorong.



#terasa berada di tahun 80-an pulak apabila melihat cara-cara susun barang dan bedak talkum dalam tin besi.



#deretan hotel kosong yang hendak dirobohkan. Jika ada rezeki lagi untuk menjadi tetamu Allah, pemandangan sudah pasti berlainan.



Pintu besi berukir entah zaman bila ianya dibuat. Nampak macam antik.



#Tong gas di Arab Saudi.



#Kedai emas di sebelah hotel saya menginap. Jenuh saya bertekak dengan Pak Arab yang jual emas tu. Saya kata PM Malaysia ialah Najib, dia boleh kata Arab people suka Anwar Ibrahim! Maaflah Datuk Seri, nak buat macam mana...orang Arab Saudi ni kenal Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Siti Nurhaliza je. Sila tingkatkan populariti ye. :D



#lepas hantar barang-barang makanan yang dibeli di hotel, kami menapak ke As Safwa Tower pula. Nak masuk melontar ke Abraj Al Bait shopping centre. Betul-betul berhadapan Masjidil Haram. Alaaaa.....bangunan jam besar tu la...



#pemandangan eksklusif ini hanya ada di Mekah ye. Hanya pakai ihram masuk shopping complex.




#Selamba saja barangan emas dipamerkan sebegini. Maklumlah....siapa nak kena potong tangan, sila-silalah kalau berani. hehe...
Orang Arab rupa-rupanya sangat sukakan emas. Ada sekali tu saya ditegur sorang Mak Arab apabila melihat rantai tangan saya. "Zahab?" Yang saya terpinga-pinga. Apa yang dia cakap nih? Rupa-rupanya zahab itu emas. Saya ingat 'pergi'.....ekeke...




#tukar duit di sini adalah agak mahal. Lebaih baik tukar siap-siap di Malaysia.




#Sila tengok harga...




#Saya sungguh tak faham dengan orang Arab ni. Suka sangat dengan Pepsi. Kebanyakan makanan yang dijual di kedai-kedai, foodcourt atau restoran semuanya digandingkan dengan Pepsi. Di mana-mana boleh nampak orang Arab minum Pepsi. Sampaikan nasi bryani kambing pun digandingkan dengan Pepsi.




#lebih kurang KLCC je. Tapi yang perempuannya semua menutup aurat.  







#nak shopping barangan berjenama, semuanya ada di sini.



#tempat di mana batu melontar Abah banyak habis....hahaha...
 Butilk Al Amoudi. Jubahnya cantik-cantik. Dapatlah sehelai Abah dan mak present. Tuan punya kedai boleh jugaklah dibawa berunding harga. Siap bagi kami present lagi.



#Mak tengah belek-belek.....



#oh...Starbucks pun ada. Terkejut jugaklah saya. WHY???








#Kedai jual aiskrim berpapantanda agak creepy. hahaha...



#teh panas 1 Riyal....



#Jus manis melampau berharga SR 7 ..... 1 botol air mineral pun tak dapat cover rasa manis jus ni. Bayangkan.



#cintanya mereka pada Pepsi, hinggakan di botol air mineral pun terpampang iklan Pepsi.



#di depan pintu masuk Abraj Al Bait....


Sekejap je pun....pukul 11 dah masuk Masjid untuk tunggu waktu Zohor.
Tak perlu bawa banyak duit.
Harga barangan lebih kurang di Malaysia saja.
Cuma mungkin ianya dibeli di Mekah, value hadiah tu lebih sikit... :)


p/s: Sesiapa nak border lace hitam, stok masih ada ye. Jangan segan silu pm Audrra Blossom di Facebook. TQ.



7 Comments

  1. puas melayan mata,menatap gambar2 kat sana...kt kedai runcit tu mcm kat malaysia kan...semua brand bedak talkum,syampu ada..

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya kak.. saya harap dapat ke sana masa tengah kuat dan sihat ni.

    ReplyDelete
  3. Hahaa XD ada bahagian yang geli hati sket.."Sila tingkatkan populariti ye"...hehe XD

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan,

    Alhamdullilah sampai juga puan dan keluarga ke Mekah dan Madinah bagi menjalani Ibadah UMRAH.. Dugaan dan kesabaran yang mencabar lebih dirasai semasa menunaikan Ibadah Haji....di kala ketika ini Masjidil Haram sedang menjalani Ubahsuai......

    Kebanyakan gambar di N3 puan adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa menunaikan Haji pada tahun 1431/2010 tetapi terdapat banyak hotel yang telah di robohkan....

    Semuga puan dan suami dapat panggilan menunaikan Haji dan merasai akan suasana yang agak berlainan seperti merada di Arafah, Muzaliffah, Mina dan juga melontar yang lebih mencabar dan perlu banyak kesabaran......

    ReplyDelete
  5. Teringin nak menjejak kaki ke sana..InsyaAllah..satu hari nanti...

    ReplyDelete
  6. siti nur haliza pun diorg kenal ye...
    hehee...

    seronoklah tgk2 pic akak ni...
    :)

    ReplyDelete