Assalamualaikum wbt...bismillah..

Semalam pergi pasar malam.
Yezzaaa.....harga makanan yang selalu saya beli dah bertambah harganya.
Roti John RM3 dah jadi RM3.50.
Jagung rebus RM1.50 setongkol dah jadi RM1.70.
Fine.

Pergi foodcourt Giant, nasi goreng belacan feveret kami tu dah jadi RM6.00.
Sebelum ni RM5.50.
Naik 50 sen.
Fine.

Pergi Fruity nak beli kek untuk kakak saya.
Biasanya harga kek feveret saya tu RM48.
Semalam harga yang perlu dibayar menjadi RM55.10.
Naik RM7.10.
Fine.

Ada aku kesah? Ada aku kesah? Ada aku kesah?
Ko giler kalo tak kisah. hahaha...
(tawa dalam tangisan)

Kalau dulu, bila tiba bab makanan....ambik je.
Nak makan katanya. Bayar je laa...
Tapi sekarang ni mocik terpaksa berkira-kira.
Angkara 20 sen, duit minyak kereta dah bertambah lebih RM30 sebulan.
Kuih-muih dah jadi 50 sen.
Kalau ada yang 40 sen pun kecik bebeno.
Kerana kasih dan perut yang mintak diisi, terpaksa la layan.

Bunyi macam miskin je ye tak?
Betul la. 
Golongan pertengahan dikira kalau dah pakai Mercedes dan ada harta bernilai RM2 juta.
Jauh lagi tu. huhu
Makanya berjimatlah selagi boleh walau hakikatnya pemimpin-pemimpin negara ni ramai yang bermewah sakan.
Itu takpa.
Menjawablah kalian di akhirat sana.

Mocik di sini sangat kesah walau nampak macam tak kesah.
Mocik rasa macam nak masuk parlimen je bila tau hutang negara ni dah jadi RM 622 billion.
Menggeletar rasanya.
Bagaimana nasib Amsyar dan Qisya di masa akan datang?
Oh myyyy....... mengapa orang2 di atas tu macam tak kesah?
Semua kena penyakit 'ada aku kesah' ke?

*google
ko kucing jangan nak berlagak. lempang kang baru tau. :p


Makin jauh untuk menggapai impian nampaknya. huhu...