Assalamualaikum wbt....bismillah...

Tengah busy mengushar info-info untuk next trip.
Makanya agak terbengkalai citer di Vietnam. hehe..
Don't worry, ecewaahhh...
Saya akan tulis juga pasal Vietnam ni walau agak terlewat sebab dah janji dengan kawan-kawan.
Banyak cerita menarik, tapi kali ni saya nak cerita pasal bajet ke Vietnam.
Atau lebih khusus ke Ho Chi Minh City.
Ye la, bajet ke Hanoi mest la lain sebab berada nun jauh di utara.hehe..

Harga tiket kapal terbang.
Bergantung kepada biasa, promosi atau di Matta Fair.
Kami membeli tiket pada tarikh yang kami semua available.
Makanya pada musim cuti sekolah sahajalah yang dah tentu agak mahal kerana tidak booking awal-awal.
Kami menempah Airasia yang berharga RM600 untuk pergi dan balik.
Mahal, kan?
Kalau nak murah, silalah tunggu Matta Fair.
Di sana, kami berjumpa seorang kakak yang naik Mas pada harga RM200 pergi dan balik. huhu..
Tak pun, dengan Airasia boleh dapat murah juga jika rajin menunggu tempoh promosi.

Harga Penginapan.
Kami booking hotel Thanh Thu di Agoda.
Bilik besar sekali mengadap jalan An Ninh.
Serba serbi dekat.
Especially ke Pasar Ben Tanh.

 #Bilik penginapan kami di Hotel Thanh Thu. Memang selesa sangat untuk kami berempat.

Harganya RM130 per malam.
Kami menginap di sini pada malam kedua kerana pada hari pertama kami dihantar ke hotel bajet yang lain disebabkan kerosakan lif di Hotel Thanh Thu.
Hotel di mana kami ditempatkan sebelumnya agak kurang selesa, tapi dah penat punya pasal..... tido jelah.


# Jalan yang selalu sangat dah masuk blog. An Ninh Street. Yang hujung warna putih tu, itulah Pasar Ben Tanh. Di jalan ni, terlalu banyak hotel bajet. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Bagusnya kat sini, letih angkut barang shopping je, boleh terus hantar ke bilik. Lepas tu sambung shopping balik.

Harga ke Mekong
Bergantung juga kepada pilihan masing-masing.
Di sana, boleh dapatkan perkhidmatan Pakcik Yusuf Pa Hang pada harga 25 USD seorang.
Asisah Salam pada harga 40 USD seorang dan ada macam-macam lagi servis macam ni..
Yang mahal-mahal ni selesa la sebab naik mpv.
Pastu, balik dari Mekong boleh suruh hantar sana-sini.
Tapi kami ambil yang bajet saja.
Mula-mula kami nak ambil Delta Travel saja.
Harganya hanya 11USD.
Tapi mengenangkan bab makanan halal, risau takut kelaparan sepanjang trip ke Mekong ini, akhirnya kami menempah pekej di Basiroh sahaja.
Harganya 20USD seorang.....huhu mahal.
Demi nakkan makanan halal, kena tambah 9USD.
Padahal boleh beli makanan dan tapau masa naik bas.
Ok. Sini link untuk Delta Travel.
Emel mereka untuk pakej paling murah.

Harga Pengangkutan.
Kami menggunakan teksi Vinasun sahaja sepanjang berada di Ho Chi Minh city.
Sila tunjukkan alamat kepada mereka kerana kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris.
Paling penting, silalah berhati-hati supaya tidak tertipu dengan jarak dan bayaran yang dikenakan.
Mereka menggunakan Dong untuk teksi.

Harga Makanan.
Terdapat banyak juga pilihan makanan halal di sepanjang jalan An Ninh  menghala ke Pasar Ben Tanh tu.
Kami makan tengahari dan sarapan di Basiroh dan Kedai Shamsuddin. Makan malam kami di Restoran Salima.
Harga makanan halal adalah agak mahal di sini.
Satu hidangan berharga antara RM15-RM20 dengan menggunakan matawang Dong.

Tiket flight - RM600
Hotel bajet - RM70 (kongsi berempat untuk 2 malam)
Mekong   - 20USD (RM 65) termasuk sarapan dan makan tengahari dari Basiroh.
Teksi dan makanan - RM200 (1.3 juta Dong) 

Makanya untuk trip ke Vietnam untuk 3 hari, bajet saya adalah seperti di atas dan tukaran saya adalah seperti berikut:

Dong - RM200
USD - RM500

Bawa duit shopping dalam ringgit sahaja.
Harga cotton, kurung manik dan telekung semuanya menggunakan Ringgit Malaysia.

#Dan pastikan u olls print dulu jadual tukaran wang untuk memudahkan proses shopping. Map pun jangan dilupa untuk mengelakkan driver teksi menipu perjalanan.



Untuk menjimatkan masa sepanjang berada di Ho Chi Minh city, sila dapatkan semua info dulu untuk menepati bajet yang diperlukan.
Ok kot citer pasal bajet ni. hehe...
Harap dapat membantu sedikit sebanyak.