Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tidak dapat hadam banyak komen-komen yang macam IQ level rendah sangat macam tak pernah pergi sekolah sejak terjadinya cerita mengenai MH 370 yang misteri.
Tapi paling tak boleh hadam rasa nak hempuk sorang-sorangnya ialah orang yang EQnya sangat rendah tapi sibuk nak mengomen juga.
Atau mungkin sebab EQ memang rendah, maka wujudlah komen-komen sebegitu.
memang aneh-aneh jiwa mereka ini.
Ramai pulak tu wujud kat Malaysia ni.
Tepuk dahi dibuatnya bila baca komen-komen sebegitu.
Kat bawah ni saya letak sebahagiannya sahaja sebagai contoh rakayat Malaysia yang kurang EQ.
Harap-harap IQ diorang ni tak rendah dari IQ yang duduk kat dalam zoo tu.


#ini contohnya. Tapi mamat ni dah mintak maaf, kita maafkan je lah. Jadikan ini pengajaran.


 #jangan nak buat spekulasi yang boleh jatuh fitnah. Memandai-mandai je. 


 #yang ko dengki sangat dengan negeri Kelantan tu dah kenapa, bai???


#wah wah wah.....gamaknya dia ni takde family kot. Kurang kasih sayang. (haihh.... tak pasal-pasal ada perkataan maki pulak dalam blog ni)


Ok. Ini sebahagian yang kita nampak.
Cuba check keliling u olls.
Akan ada spesis macam ni.
"Lantak la."
"Malas nak fikir."
"Malas nak ambil tahu. Tunggu berita masa jumpa je la."

Tak peduli.
Masih sibuk dengan keduniaan.
Sedang Allah swt sedang beri 'warning'.
Cuaca kering.
Panas.
Air dicatu.
Politik cacamarba.
Dan terbaru MH 370.
Sigh.

Yang menangguk di air keruh pun ramai.
Terutamanya blogger.
Kejar traffik blog tak peduli cerita yang disampaikan itu sahih atau tak.
Gunakan hashtag MH370 tapi promot cerita lain.
Memang sakit hati bila mengenangkan yang kita ni tak senang duduk nak dapatkan info terkini.
Betul, kan?
Kalau u olls ada membaca di entri ini tapi termasuk dalam golongan seperti di atas, percayalah.
Anda memang tergolong dalam golongan lemah EQ.

Meh check EQ u olls. OK ke tidak?

Seiringkan IQ dan EQ, barulah hidup kita ni tak mengundang maki.
Mari sama-sama kita doakan keselamatan semua penumpang dan krew MH 370.